Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Sunday, October 24, 2010

ALPS

ALPS ialah sistem pergunungan yang terbesar di Eropah. Puncaknya yang menjulang tinggi dilitupi salji dan lembahnya yang damai menjadikannya salah satu pemandangan yang paling menakjubkan di benua Eropah. Alps menganjur ke utara dari pinggir Laut Mediterranean di perancis dan membentuk sempadan di antara Perancis dan Itali. Ia terus menganjur ke timur merentasi utara Itali, Switzerland, Liechtenstein, barat daya Jerman, Austria dan utara Slovenia.





Keseluruhan sistem pergunungan ini panjangnya kira-kira 1200 kilometer. Di bahagian yang terlebar, di antara selatan Jerman dengan utaraItali, lebarnya kira-kira 260 kilometer. Bahagian yang paling sempit ialah Alps Liguria di barat laut Itali, kira-kira 48 kilometer. Mont Blanc, tingginya 4807 meter, ialah gunung yang tertinggi di Alps. Gunung Matterhorn, sebuah lagi gunung yang terkenal di Alps, tingginya mencecah 4478 meter.








Pelawat dari seluruh dunia melawat Alps untuk melihat pemandangan yang mengagumkan, dan mengambil bahagian dalam sukan seperti mendaki gunung dan bermain ski. Beratus-ratus tahun lamanya orang ramai menggeruni dan juga mengagumi keindahan Alps. Penduduk kampung di Alps percaya bahawa penunggu dan naga tinggal di Alps dan menyebabkan salji runtuh dan bencana alam. Penduduk yang tinggal di Alps masih menghadapi ancaman salji runtuh pada musim sejuk dan musim bunga.
Alps menjadi sawar besar di antara pelbagai bahagian Eropah. Sebelum zaman Christ, tidak banyak orang membuat perjalanan melalui pergunungan ini. Oleh itu, orang Rom purba membina peradaban besar di selatan Alps tetapi budaya orang di utara pergunungan sebahagian besarnya kekal. Perhubungan merentasi Alps meningkat selepas orang Rom membina jalan raya melalui beberapa genting di Alps kira-kira pada zaman Christ. Pada hari ini, lebuh raya dan landasan kereta api membolehkan orang ramai merentasi Alps ini dalam masa kurang daripada sehari.




BANJARAN UTAMA ALPS...ramai ahli geografi membahagikan kawasan Alps kepada Alps Barat, Tengah, dan Timur. Alps Barat dan Tengah lebih tinggi dan sempit daripada Alps Timur. Alps Barat termasuk semua banjaran di barat Genting Besar St. Bernard yang terletak di antara Itali dengan Switzerland. Banjaran Alps Selatan termasuk Cottia, Graia, Ligurian, dan Alps Maritim. Alps Tengah terletak di antara Genting Besar St. Bernard dengan Tasik Constance di sempadan Austria, Jerman, dan Swirzerland. Banjarannya termasuk Alps Bern, Lepontine, Pennines, dan Thaetian. Alps Timur menjulang ke timur Tasik Constance. Banjarannya termasuk Dolomite, Hohe Tauern, Bavaria, Carnic, Julian, Karawanken, dan Alps Otztal.





IKLIM di Alps berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat lain. Umumnya, kawasan tinggi lebih sejuk dan mendapat lebih hujan dan salji daripada kawasan rendah. Alps Utara kerap mendapat angin panas dan kencang yang dikenali sebagai angin fohn atau foehn. Angin ini cepat mencairkan ais dan salji di lereng gunung dan kadangkala menyebabkan salji runtuh.





TUMBUH-TUMBUHAN DAN HAIWAN...pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan tumbuh di altitud yang berbeza di Alps. Beech dan oak terdapat di cerun rendah, manakala fir, pain, dan sprus di cerun tinggi. Padang rumput terletak betul-betul ke atas garis pokok, iaitu latitud yang ke atas daripadanya pokok tidak boleh hidup. Hanya tompok-tompok tumbuhan wujud menjangkai padang rumput. Tiada tumbuhan hidup di zon paling tinggi di Alps, yang terdiri daripada batu dan ais.




Banyak spesies haiwan hidup di hutan dan padang rumput Alps. Ia termasuk chamois yang menyerupai antelop dan Ibeks, iaitu kambing liar bertanduk panjang. Burung helang kuning dan falkon peregrine terbang tinggi di puncak untuk mencari mangsa.





PERTANIAN DAN INDUSTRI...ramai petani Alps berternak lembu, kambing, dan biri-biri. Cerun curam dan berbatu menyukarkan petani bercucuk tanam di Alps. Kebanyakan ladang di Alps terletak di lembah atau di cerun yang mendapat cahaya matahari. Petani menggunakan kuda untuk membajak tanah di lereng curam kerana jentera moden tidak dapat digunakan. Petani menanam barli, oat, rai, dan gandum.





Kilang beroperasi di kebanyakan bandar dan di banyak kampung di pergunungan. Kawasan yang paling diindustrikan di Alps adalah di Austria dan keluaran kawasan Alps termasuk bahan kimia, kulit dan kasut, kayu dan keluaran kayu, jentera, kertas, dan tekstil. Kebanyakan kilang di Alps menggunakan kuasa hidroelektrik yang dijana oleh air terjun di kawasan ini. Stesen janakuasa di Alps membekalkan tenaga elektrik untuk bahagian-bahagian lain di Eropah. Pelombong mendapatkan bauksit (bijih aluminium) di Alps Perancis dan bijih besi di Alps Austria. Alps juga membekalkan batu binaan; arang perang bermutu rendah yang dikenali sebagai lignit dan garam.





Pelancongan memainkan peranan penting dalam ekonomi kawasan Alps. Tempat peranginan yang terkemuka di Alps termasuk Chamonix, Perancis; Berchtesgaden dan Garmisch-Partenkirchen, Jerman; St. Moritz dan Zermatt, Switzerland; dan Innsbruck dan Salzburg, Austria.





PERJALANAN di ALPS...lebih daripada 40 genting merentasi sebahagian atau keseluruhan Alps. Kebanyakan genting ini mempunyai lebuh raya yang baik. Genting Brenner, yang tingginya 1374 meter, menghubungkan Austria dengan Itali, dan merupakan genting yang paling banyak digunakan di Alps Timur. Di Genting Besar St. Bernard, di antara Itali dengan Switzerland, terdapat sebuah tempat penginapan yang terkenal, Great St. Bernard Hospice yang diusahakan oleh paderi hampir 1000 tahun lamanya. Anjing St. Bernard banyak membantu paderi menyelamatkan pengembara yang tersesat di pergunungan atau tertimbus dalam runtuhan salji. Genting-genting lain yang penting ialah Semmering di Austria; Simplon, di antara Itali dengan Switzerland; dan St. Gotthard, di Switzerland.





Terowong kereta api Frejus, terowong pertama dibina melalui Alps, dibuka pada tahun 1871, ia menghubungkan Perancis dengan Itali. Terowong Simplon, terowong kereta api yang terpanjang di Alps, dibuka pada tahun 1906. Panjangnya 19.8 kilometer antara Itali dengan Switzerland. Terowong jalan raya pertama melalui Alps ialah Terowong Besar St. Bernard yang dibuka untuk lalu lintas di antara Itali dengan Switzerland pada tahun 1964. Terowong jalan raya St. Gotthard, di Genting St. Gotthard di selatan Switzerland, adalah terowong lebuh raya yang terpanjang di dunia. Terowong ini yang panjangnya 16.3 kilometer siap dibina pada tahun 1980.





MENDAKI ALPS...penyair Itali, Petrarch mendaki puncak-puncak Alps pada tahun 1300-an, dan pelukis Itali, Leonardo da Vinci, mendakinya pada awal tahun 1500-an. Namun, tidak ramai orang yang cuba mendakinya sehingga tahun 1700-an, apabila ahli sains mula membuat kajian tentang haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan bentuk muka buminya. Pada tahun 1786, Michel G. Paccard, doktor Perancis, dan pemandunya, Jacques Balmat, menjadi orang yang pertama sampai di puncak Mont Blanc. Mereka merakamkan pelbagai cerapan saintifik di sepanjang perjalanan mereka.





Banyak puncak gunung Alps didaki buat pertama kali pada pertengahan tahun 1800-an, apabila mendaki gunung menjadi popular sebagai sukan. Pada tahun 1855, kumpulan enam orang pendaki Inggeris Switzerland berjaya pertama kali mendaki Monte Rosa. Pada tahun 1865, pendaki sampai di puncak Matterhorn buat pertama kali. Kumpulan itu terdiri daripada empat orang pendaki Inggeris, dua orang pemandu Switzerland, dan seorang pemandu Perancis. Menjelang tahun 1900, tidak banyak lagi puncak Alps yang tidak didaki. Mendaki gunung di Alps menjadi semakin popular pada tahun 1900-an. Pemandu pendaki Alps menggunakan kelengkapan mendaki moden untuk membantu pendaki sampai di puncak tertinggi. Setiap tahun, kira-kira 2000 orang sampai di puncak Matterhorn.





BAGAIMANA ALPS TERBENTUK...ahli geologi percaya bahawa laut besar pernah meliputi kawasan Alps kini. Lebih 100 juta tahun yang lalu, jisim tanah di utara dan selatan laut tersebut mula bergerak rapat. Pergerakan ini memaksa dasar laut beransur-ansur terlipat dan terbentuk rabung dan lembah yang besar. Di sesetengah kawasan, batuan yang besar-besar tertolak atas satu sama lain. Proses semula jadi ini telah membentuk banjaran utama Alps kira-kira 15 juta tahun yang lalu.





Kebanyakan banjaran Alps terdiri daripada batu kapur yang membentuk dasar laut purba itu. Bahagian yang tertinggi di Alps tengah dan barat mengandungi batuan hablur. Ahli geologi percaya bahawa batuan ini, termasuk gneis, granit, dan syis, dahulunya terletak jauh di dasar laut, kemudian ditolak ke atas oleh daya yang membentuk Alps. Glasier-glasier besar memenuhi lembah-lembah Alps pada Zaman Ais Pleistosen yang bermula kira-kira 1 3/4 juta tahun lalu dan berakhir kira-kira 10 000 tahun lalu. Semasa meluncur ke bawah lereng bukit, glasier-glasier itu mengaut tanah dan batu. Akibatnya terbentuk lembah bercerun curam, amfiteater semula jadi yang besar, dan lain-lain bentuk muka bumi. Glasier-glasier itu membawa tanah dan batu yang terhimpun di gigi ais. Setelah ais cair, bahan itu membentuk empangan di lembah, yang berisi air. Kebanyakan tasik di Alps terbentuk dengan cara ini, termasuk Tasik Lucerne, Tasik Como, Tasik Constance, Tasik Geneva, dan Tasik Zurich. Kini, terdapat kira-kira 1300 glasier di Alps. Yang paling besar ialah Glasier Aletsch, di selatan Switzerland.





SEJARAH...manusia tinggal di Alps sejak beribu-ribu tahun dahulu. Menjelang tahun 500-an S.M., puak Celt menguasai banyak kawasan ini. Dari tahun 58 S.M. hingga 15 S.M., orang Rom purba telah menawan puak Celt Alps dan bahagian utama Eropah. Orang Rom membina jalan raya melalui genting-genting di Alps untuk menghubungkan Rom dengan provinsinya di utara. Tidak lama kemudian jalan raya ini menjadi laluan yang paling sibuk di Eropah hasil daripada perdagangan orang Rom dengan provinci utara.





Perjalanan melalui Alps menurun setelah Empayar Rom runtuh pada tahun 400-an M. Namun, pegawai kerajaan, saudagar, pemimpin agama, dan tentera masih menggunakan jalan orang Rom ini untuk merentasi gunung tersebut. Sepanjang abad itu, Alps menjadi beberapa empayar dan negara. Landasan kereta api yang pertama merentasi Alps dibina pada akhir tahun 1800-an. Pembaikan dalam pengangkutan membantu ke arah pertumbuhan pesat industri pelancongan di kawasan ini. Kini, orang ramai boleh merentasi Alps dalam masa kurang daripada sehari melalui jalan raya atau landasan kereta api yang terbaik.










































No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...