Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Tuesday, October 19, 2010

Abdul Rahim Kajai




Abdul Rahim Kajai (1894-1943) ialah tokoh sasterawan dan 'Bapa Kewartawanan Melayu Moden'. Dia merupakan tokoh wartawan yang ingin memajukan nasib orang Melayu melalui penanya iaitu dari tahun 1930 hingga tahun 1943. Di dalam bidang sastera, dia juga dianggap sebagai 'Bapa Cerpenis Melayu' yang produktif. Abdul Rahim Kajai lahir pada tahun 1894 di Setapak, Kuala Lumpur dan meninggal dunia pada 5 Disember 1943 di Singapura.

Nama sebenarnya ialah Abdul Rahim bin Salim Kajai. Dia pernah menggunakan nama samaran seperti Pak Lacuk dan Wak Ketuk bagi ruangan pojoknya. Dia mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Setapak pada tahun 1900 sehingga tamat darjah lima. Abdul Rahim Kajai berhajat untuk melanjutkan pelajarannya di Sekolah Inggeris, namun hasratnya tidak kesampaian. Justeru, dia sanggup belajar bahasa Inggeris sendiri demi ingin meluaskan pengetahuannya itu. Pada tahun 1906 dia dihantar ke Mekah selama 3 tahun untuk belajar agama dan bahasa Arab. Disana, dia mempelajari mata pelajaran seperti Usuluddin dan Fikah.

Pada tahun 1909, Abdul Rahim Kajai pulang ke Tanah Melayu dan mula bekerja sebagai penjilid, kemudiannya menjadi pengatur huruf Melayu di Pejabat Cap Kerajaan di Kuala Lumpur selama tiga setengah tahun. Di samping itu, dia terus mempelajari bahasa Inggeris dan pada tahun 1912 hingga tahun 1913, dia bekerja sebagai pengatur huruf Inggeris di syarikat Malaya Publishing House, Singapura. Setelah berhenti kerja di syarikat Malaya Publishing House, Abdul Rahim Kajai kembali ke Kuala Lumpur dan menjadi pelukis pel Malaatih di sebuah pejabat Jurutera Bangunan. Kemudian sebagai pelukis sementara dengan kerajaan iaitu di Jabatan Ukur untuk beberapa bulan sahaja.

Abdul Rahim Kajai mula meminati bidang kewartawanan tatkala berumur 26 tahun, iaitu pada tahun1920-an. Sumbangannya adalah dalam bentuk rencana berkenaan sosial, agama dan kadangkala berita, dan disiarkan dalam Utusan Melayu dan Sehubungan itu, dari tahun 1925 hingga tahun 1927, dia yang ketika itu tinggal di Makkah menguruskan perniagaan arwah ayahnya telah dilantik menjadi wakil wartawan di sana untuk akhbar Lembaga Melayu.Idaran Zaman yang diterbitkan di Pulau Pinang.

Pada 15 Mac 1930 setelah dia kembali ke tanah air, Abdul Rahim Kajai menjawat jawatan penolong pengarang bagi akhbar mingguan Saudara. Sebelum itu, dia pernah menjadi penulis bebas untuk akhbar tersebut. Pada 30 Ogos 1930 pula dia dilantik sebagai pengarang. Pada tahun 1930, bidang penulisannya kian berkembang sehingga menghasilkan Hikayat Dzul-Ruhain, sebuah novel saduran tiga jilid. Setelah berhenti daripada Saudara, Abdul Rahim Kajai menjadi pengarang akhbar Majlis yang mula diterbitkan pada 17 Disember 1931 di Kuala Lumpur. Setelah meninggalkan Majlis pada 31 Januari 1935, dia kemudiannya bekerja sebagai wartawan di (Kuala Lumpur), Warta MalayaWarta Ahad dan Warta Jenaka (Singapura). Pada 29 Mei 1939, dia bekerja pula dengan Utusan Melayu Press Ltd.

Abdul Rahim Kajai kembali ke Kuala Lumpur semasa Tanah Melayu ditawan Jepun. Pada bulan Mac 1942, dia telah menerbitkan akhbar Perubahan Baharu. Kemudian pada 1 Januari 1943, dia dilantik pula menjadi Ketua Pengarang Berita Malai yang diterbitkan oleh Malai Shimbun Sha di Singapura. Abdul Rahim Kajai adalah antara wartawan Melayu yang mula-mula menyuarakan beberapa perkara pokok tentang politik yang banyak menyokong orang Melayu dalam akhbar yang dikendalikannya. Misalnya, ketika dia menjadi pengarang Majlis, hasil tulisannya cuba untuk menunjukkan kemajuan dalam bidang politik dan ekonomi orang Melayu. Selain itu, ruangan pojok dalam akhbar yang dikendalikan, begitu digemari ramai hingga ia menjadi tradisi dalam penulisan akhbar pada masa kini.

Abdul Rahim Kajai juga dianggap sebagai seorang pendidik akhlak, pengibarat dan penasihat. Cerpen-cerpennya dikatakan berlandaskan kesusilaan Islam dan banyak menitikberatkan soal kesabaran, kesetiaan, kerajinan, amanah dan kepentingan pendidikan. Sepanjang pembabitan Abdul Rahim Kajai dalam bidang penulisan cerpen, dia telah menerbitkan kira-kira sebanyak 48 buah semuanya. Kebanyakan daripada cerpen ini disiarkan dalam Warta Ahad, Warta Malaya, Warta Jenaka, Utusan Zaman dan Kemudian, empat kumpulan cerpen persendiriannya diterbitkan iaitu Mastika.Pustaka Kajai (1949) sebanyak empat jilid; Banyak Udang Banyak Garam (1959); (1961) dan Lain Padang Lain BelalangSatira Kajai: Cerpen Pilihan A. Rahim Kajai (1985). Cerpennya juga ada dimuatkan dalam antologi cerpen seperti Rintisan: Antologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia ke-2 (1964); Koleksi Cerpen-Cerpen Malaysia (1977), (1979); Cerita Seorang SenimanMenunggu Ratu Adil (1984); Angin dari Gunung (1988) dan Cerpen Malaysia Sebelum Perang Dunia ke-2 (1988).


Sumber: Ensiklopedia Dunia 1


No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...