Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Sunday, May 30, 2010

Ketam bercili

Bahan-bahan:
5 ekor ketam (dipotong 2 dan goreng)
6 biji cili merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas bawang merah - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 biji telur (dipukul)
Sedikit air
Garam
Gula

Cara menyediakannya:
1. Tumis bawang merah, putih dan halia hingga naik bau.
2. Tuangkan bahan yang dikisar dan kacau hingga garing.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan air.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Masukkan ketam dan kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan telur dan kacau lagi kemudian angkat dan hidangkan.

Info:
Pastikan cili digoreng hingga garing sebelum memasukkan bahan lain, jika tidak rasanya kurang enak.

Ayam golek badam

Bahan-bahan:
Seekor ayam
2 sudu besar serbuk rempah lima rasa
2 sudu besar kicap pekat

Bahan A (hiris halus)
2 ulas bawang besar
3 inci halia
3 ulas bawang putih

Bahan B
5 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar serbuk jintan putih
3 sudu besar jintan manis
3 cawan santan pekat
15 biji buah keras
3 tangkai daun ketumbar

Cara membuatnya
1. Bersihkan ayam dan sapu bahagian dalam dengan serbuk rempah lima rasa. Perapkan selama 2-3 jam.
2. Sapu bahagian luar dengan kicap pekat dan goreng sebentar hingga kulit ayam menjadi garing.
3. Kukus atau bakar ayam hingga masak dan ketepikan.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga garing.
5. Masukkan bahan B dan kacau rempah hingga garing.
6. Masukkan buah keras dan santan.
7. Apabila santan mendidih, masukkan ayam dan biarkan selama 10 minit.
Keluarkan ayam dan taburkan hirisan badam ke atas ayam, hiaskan dengan daun ketumbar.

Info:
Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein berbanding bijirin lain manakala kandungan lemak dan karbohidratnya yang tinggi seperti kalsium dan fosforus yang dimiliki dabam melebihi keju.

Nasi goreng nanas

Bahan-bahan:
150gm beras
50gm minyak masak
2 biji telur
80gm nenas (dipotong dadu)
100gm buah gajus
15gm serbuk stok ayam
20gm serbuk perasa
50gm kismis
30gm bawang besar
25gm serbuk kari
jejari ketam

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan masukkan telur, kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan nasi putih, kacau hingga rata.
3. Masukkan jejari ketam, potongan nenas dan bawang, kacau lagi hingga sebati.
4. Jangan lupa masukkan perasa, stok ayam.
5. Akhir sekali, taburkan sahaja kismis dan buah gajus.

Info:
Gajus atau nama botani Anacardium Occidentale Lin mempunyai banyak khasiat terutamanya dalam perubatan tradisional yang dipercayai boleh membersihkan darah.

Ayam panggang bersama sos kacang

Bahan-bahan:
Bahagian dada dan paha ayam (dicampur garam, lada putih selama setengah jam)

Sos (Bahan A):
20gm lobak kecil
100gm kacang pine
15gm gula perang (dicairkan)
sedikit garam (secukup rasa)
100gm air

Bahan B:
30gm mentega
10gm tepung gandum
20gm lobak merah (kisar)
15gm bawang (kisar)
1 tangkai tyme
sedikit daun bay
20gm tomato puri

Cara membuatnya:
1. Panggang dada dan paha ayam tadi di dalam ketuhar pembakar pada suhu 200c selama 12 minit / sehingga ia bertukar warna kuning keemasan.
2. Sementara itu, tumiskan bahan B dan tambah Bahan A, kacau rata. Sesuaikan dengan rasa anda.
3. Hidangkan bersama aneka sayuran kacang manis, asparagus, salad, tomato ceri.
4. Tuangkan sos keatas ayam panggang tadi dan hidangkan.

info;
Berada dalam kategori sebagai sayur-sayuran, tomato kaya dengan vitamin A,B,C dan serat galian. Dipercayai boleh meremajakan kulit wajah jika sentiasa dimakan begitu sahaja.

Saturday, May 29, 2010

Khasiat rempah ratus dan ramuan lain dalam masakan Utara India

Kunyit
Kajian perubatan menunjukkan bahan ini mampu merawat barah pankreas, barah sel tulang (multiple myeloma) dan melawan jangkitan seksual cylamydia. Khasiatnya juga berupaya membantu mengatasi masalah penurunan mental dan melambatkan kesan penyakit pengurangan sistem saraf seperti Alzheimer.

Buah Pelaga
Juga dikenali sebagai 'permaisuri rempah ratus' kerana antara rempah paling eksotik di dunia dan mahal harganya. Buah pelaga muda digunakan untuk perubatan, wangian dan kosmetik.

Bunga Cengkih
Baunya yang wangi bukan sahaja sebagai pengawet makanan, tetapi untuk mengubati sakit gigi, melegakan kahak dan menyembuhkan penyakit.

Jintan Manis
Boleh digunakan untuk penyakit asma dan melegakan kesakitan dalam badan. Ia turut membantu melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Kulit Kayu Manis
Digunakan untuk mengelak makanan daripada mudah basi. Khasiatnya yang lain ialah mengurangkan berat badan berlebihan, sakit gigi dan tekanan darah tinggi. Kajian turut mendapati ia membantu memberi ketenangan jiwa, mengatasi masalah keguguran rambut dan cirit-birit.

Bawang Putih
Elok untuk memanaskan badan dan membantu seseorang yang menghadapi tekanan, rasa cemas dan kesedihan.

Dadih
Mambantu menggalakkan pertumbuhan bakteria dalam usus, menjadikan usus lebih sihat dan boleh mengelakkan masalah sembelit. Mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A di samping kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.

Tiap yang berlaku ada hikmahnya!!

Hidup di dunia penuh dengan pancaroba, dugaan kian datang tanpa hentinya, tiada diduga, tiada disangka...ibarat ombak pantai, ibarat hujan renyai-renyai. 

Kita sentiasa merasa duka, merasa sengsara, merasa derita dengan dugaan yang menimpa... Bukankah itu ujian Tuhan? Yang mematangkan setiap kelakuan...yang telah diatur dalam mengejar masa depan. Tiap kurniaanNya mempunyai makna di sebaliknya. 

Ada hikmah di setiap peristiwa, supaya kita sedar tentang kebesaranNya. Yang tak akan memberi ujian di luar kemampuan manusia. DIAlah yang menciptakan kita. DIAlah yang menentukan kematian kita. DIAlah yang menghitung setiap amalan kita. Pohonlah agar dipermudahkan segalanya kerana DIA yang mengabulkan doa...sesungguhnya...TIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA!!

Friday, May 28, 2010

Belajar ubati kekecewaan

Rasa kecewa atau kesal ada pada setiao orang. Bagi remaja, perasaan ini memang sudah sinonim. Masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah antara punca utama. Kebiasaannya apabila sudah terkena 'penyakit' kecewa, ramai yang sukar mengikisnya.
Berasa kecewa atau kesal adalah normal, malah anda boleh dikatakan 'tidak normal' jika tidak pernah berasa kecewa sepanjang hidup! Bagaimanapun, jangan biar ia menguasai diri hingga mendorong anda bertindak diluar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya. Sebagai remaja, anda perlu mengharunginya dengan matang. cuba belajar untuk mengubati kekecewaan. Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa depan.

Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa:

  • TERIMA KENYATAAN
Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.
Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.

  • BERFIKIR
Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak merasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.

  • BERFIKIRAN POSITIF
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagiaan yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.
Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

  • LUAHKANNYA
Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress).
Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu yang paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit-sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh daripada mereka.

  • BERI TUMPUAN PADA HIDUP
Teruskan berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.

Friday, May 7, 2010

Yakin dengan diri sendiri!!

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dahulu sehingga kini "Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu. Bunyinya amat cliche tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar! Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita kita, kita perlu mempunyai keyakinan didalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada kita untuk tidak menoleh kebelakang lagi!. Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub...kita tidak perlu menyakinkan orang ramai. Kita hanya perlu menyakinkan diri kita sendiri sahaja. Usah risau dalam menyakinkan orang ramai, kita perlu tunjuk bahawa cita-cita kita tercapai..itu sahaja yang akan menyakinkan orang ramai. Bagaimana hendak meningkatkan keyakinan kita? Mainkan lagu diatas tadi berpuluh-puluh kali di dalam kepala kita!:) katakan pada diri sendiri berkali-kali bahawa "You Can Do It!!".

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...