Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Friday, November 26, 2010

"Jangan terlalu mencari yg sempurna": .....

"Jangan terlalu mencari yg sempurna": .....: "Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN i..."

"padah sengaja lewatkan": "sama-samala kita perbaiki diri"

"padah sengaja lewatkan": "sama-samala kita perbaiki diri": "بسم الله الرحمن الرحيم (sebagai ingatan bersama, sama2 kita mencari keredoaanya.. sesungguhnya manusia itu lemah..dan sentiasa lalai..) ..."

Jangan abaikan ape yg tak sepatutnya kita abaikan.: "Jangan abaikan ape yg tak sepatutnya kita abaikan...

Jangan abaikan ape yg tak sepatutnya kita abaikan.: "Jangan abaikan ape yg tak sepatutnya kita abaikan...: "Dosa yang lebih besar Dari zina.. Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba h..."

"Lupakah Kita Padanya": "Hargaila Mereka Selagi ade peluang"

"Lupakah Kita Padanya": "Hargaila Mereka Selagi ade peluang": "Saya SAYANG IBU... Dari Abu Hurairah R.A: Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang pa..."

Malam pertama ku..: Malam pertama ku..

Malam pertama ku..: Malam pertama ku..: "' Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam y..."

Wanita dari mata lelaki: SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN

Wanita dari mata lelaki: SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN: "Seorang lelaki balik rumah.. Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-kor..."

Saturday, November 13, 2010

Abdullah Fahim




Abdullah Fahim (1859-1961), tokoh politik dan ulama Malaysia. Dia merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama di Seberang Prai, Pulau Pinang, iaitu semasa UMNO dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar.

Abdullah Fahim lahir pada tahun 1859 di Makkah dan meninggal dunia pada 25 April 1961. Nama penuhnya ialah Abdullah bin Ibrahim. Semasa di Makkah, dia mengikuti pengajian sastera Arab dan ilmu falak. Dia juga mempelajari beberapa bidang ilmu termasuk bidang agama dan politik. Semasa Perang Dunia II, dia kembali menetap di Tanah Melayu.

Abdullah yang arif dalam hal ehwal agama Islam telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap bagi menasihati parti UMNO tentang hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan. Selain melibatkan diri dalam kegiatan politik, Abdullah juga mengajar agama dari rumah ke rumah dan di masjid-masjid.

Pada tahun 1926, dia mendirikan Madrasah Dairat al-Ma'arif al-Wataniyah di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Daripada sebuah madrasah, Dairat al-Ma'arif bertukar menjadi sekolah agama dan berkembang maju di bawah pentadbiran Abdullah iaitu antara tahun 1926 hingga tahun 1931. Antara anak muridnya yang turut menjadi ulama ialah Syekh Abdul Halim al-Hadi (Mudir Dairat al-Ma'arif, 1934-1947), Tuan Haji Salleh Shafie, Datuk Syeikh Muhammad bin Haji Hashim (bekas Mufti Pulau Pinang), Syeikh Ahmad Muhyiddin Said (Mudir Dairat al-Ma'arif, 1931-1933), dan Haji Abu Bakar al-Baqir (bekas Mudir Maahad Ehya al-Syarif, Gunung Semanggol).


Abdullah pernah ditawarkan jawatan Syekhul Islam di Kedah, tetapi menolak kerana komitmen yang tinggi dengan madrasahnya itu. Namun selepas negara merdeka, dia terpaksa menerima jawatan Mufti Pulau Pinang atas rayuan beberapa pihak. Jawatan tersebut dipegang selama lima tahun.



Sumber: Ensiklopedia Dunia 1.



Friday, November 12, 2010

Pesanan buat suami


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

50 Langkah bestari suami mithali


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.


8C Sebab suami benci isteri


8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…


C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

Petua 8P Ustazah Siti Nor Bahyah


1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’
6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

Petua mendapatkan pasangan


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Jangan ada benci...


Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.


Mengapa lambat bertemu jodoh...


Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.
Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?
Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

;) :)

Thursday, November 11, 2010

Abdullah ibn al-Abbas

Abdullah ibn al-Abbas (3 S.H. - 68 H./619 M. - 687 M.), anak saudara Rasulullah s.a.w. yang dilahirkan sebelum Hijrah dan tidak pernah dicemari dengan unsur-unsur syirik. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn al-Abbas ibn Abd al-Muttalib ibn Hisham, seorang sahabat besar yang berasal dari Makkah.

Dia berusia lapan tahun ketika berhijrah bersama-sama abangnya al-Fad ibn al-Abbas dan menemui Rasulullah s.a.w. di Madinah. Pada waktu itu, Rasulullah s.a.w. sedang bersiap sedia untuk menghadapi musuh dalam Perang Khandak.

Baginda Rasulullah s.a.w. menghampiri dan terus memeluknya. Al-Bukhariy meriwayatkan bahawa Abdullah ibn al-Abbas berkata: "Rasulullah s.a.w. telah mendakapku ke dadanya, lantas berdoa: "Ya Allah ajarkanlah dia (Abdullah) ini dengan ilmu pengetahuan. Ya Allah ajarkanlah dia dengan al-Quran". Manakala dalam Haji Widak pula, Abdullah telah menjadi pengiring Rasulullah s.a.w.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., dia telah diberi kepercayaan oleh para Khulafa' al-Rasyidin dan dilantik sebagai penasihat oleh Umar al-khattab r.a. Dia juga sering dipanggil untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan dan Umar sering berkata kepadanya, "Kamu berhak menyelesaikannya dan orang yang selayaknya". Dia dikenali sebagai seorang yang benar dan amanah. Khalifah Uthman pernah mewakilkannya untuk mengerjakan haji pada tahun pergolakan yang membawa kematian khalifah.

Dia amat terkenal dengan kebolehannya dalam ilmu tafsir sehingga Rasulullah s.a.w. menggelarkannya dengan panggilan "Tarjuman al-Quran". Banyak buku tafsir dihasilkan olehnya dan tafsir-tafsir itu dikumpulkan dengan usaha para ilmuwan. Ilmu pengetahuannya amat luas dan dia sentiasa mencurahkan ilmu tersebut kepada orang lain. Dia sering duduk di masjid supaya senang ditemui oleh orang ramai dan memperuntukkan satu hari untuk permasalahan fiqh, hari yang berikutnya untuk tafsir, kemudian ilmu perang, seterusnya untuk syair dan satu hari khusus untuk membincangkan peristiwa-peristiwa dalam sejarah Arab.

Dia diberi tanggungjawab oleh Khalifah Ali ibn Abi Talib mengendalikan urusan pentadbiran di Basrah selama beberapa tahun dan dia turut bersama Ali dalam Perang Jamal dan Perang Siffin.

Abdullah ibn al-Abbas terkenal dengan sifatnya yang pemurah dan amat bersimpati terhadap orang lain. Dia sering memenuhi kehendak mereka dan pernah melangsaikan hutang beberapa golongan.

Dia turut memberi bai'ah kepada Muawiyah r.a. sebagai khalifah setelah Sayidina al-Hasan ibn Ali r.a. menarik diri pada tahun al-Jama'ah (penyatuan semula).

'Abdullah telah meriwayatkan sebanyak 1660 hadith daripada Rasulullah s.a.w. dan terdapat dalam buku-buku hadith dan 95 buah hadith dimuatkan dalam dua Salih Bukhary dan Sahih Muslim. Sementara itu sebanyak 28 buah hadith lain terdapat dalam Sahih Bukhary dan manakala 49 buah hadith pula terdapat dalam Sahih Muslim.' Abdullah ibn al-Abbas ini dikenali sebagai "Hibrul Ummat" atau Dakwat Umat.

Keimanan 'Abdullah terhadap Allah amat teguh dan dia menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Ta'if. Matanya telah menjadi buta dan dia hanya keluar ke masjid sahaja. Akhirnya dia meninggal dunia pada zaman pemerintahan 'Abdullah ibn al-Zubayr dalam usia 70-an.


Sumber: Ensiklopedia Dunia 1.

Wednesday, November 10, 2010

Sentiasa mendapat petunjuk


"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya."


Pengajaran doa:
  • Dalam pelbagai permintaan yang kita sampaikan kepada Allah dalam doa harian, jarang-jarang kita berdoa agar sentiasa berada dalam petunjuk Allah. Kita juga perlu berdoa agar Allah memelihara kita daripada terpesong ke dalam ajaran yang sesat atau ke arah agama lain.
  • Maka doa di atas diajar oleh Allah di dalam al-Quran, surah Ali Imran, ayat ke lapan, agar kita sentiasa berada di bawah petunjuk Allah.
  • Melalui doa ini juga kita meminta Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita. Rahmat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk umpama kebahagiaan , ilmu, kesihatan dan sebagainya.
  • Doa ini patut dibaca setiap hari, lebih baik sebagai doa lazim selepas solat fardu.


Dari Ibnu Mas'ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."

Allah itu bersifat lemah lembut...


Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."

Huraian:

  1. Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah.
  2. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga, perhubungan masyarakat dan sebagainya.
  3. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Aisyah bint Abu Bakar

Aisyah bint Abu Bakar (8 S.H.-50 H./614-670 M.), isteri Rasulullah s.a.w dan merupakan wanita yang paling banyak meriwayatkan hadith. Dia lahir di Makkah al-Mukarramah. Rasulullah s.a.w. telah mengahwininya dan Sa'udah bint Zam'ah pada tahun yang sama tetapi Sa'udah terlebih dahulu bersama Rasulullah berbanding Aisyah kerana usianya yang masih muda. Dia bersama Rasulullah s.a.w. pada tahun ke-2 H., iaitu ketika berusia sembilan tahun. Dia berkahwin ketika masih anak dara tetapi tidak melahirkan anak untuk Rasulullah s.a.w.

Aisyah adalah isteri yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. dan dia pernah menceritakan kisah perkahwinannya, katanya: "Kelebihanku berbanding dengan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang lain melibatkan 10 perkara tetapi bukanlah aku nak berbangga: Akulah isteri baginda yang paling disayangi, bapaku pula adalah lelaki yang paling dikasihi oleh Rasulullah s.a.w., aku dikahwini ketika masih dara dan tidak ada mana-mana isteri Baginda lain sepertiku, aku dikahwini ketika berusia tujuh tahun dan bersama Baginda ketika berusia sembilan tahun, Allah S.W.T. menurunkan ayat al-Quran untuk membersihkan aku daripada fitnah "al Ifki".
Rasulullah s.a.w. pernah meminta izin daripada isteri-isteri Baginda yang lain ketika Baginda gering, sabdanya: "Sesungguhnya aku tidak kuat lagi untuk berulang-alik ke rumah kamu semua. Izinkanlah aku untuk bersama sebahagian saja dari kamu". Lalu Ummu Salamah pun menyampuk: "Kami memang telah tahu hasrat abang, yang dimaksudkan itu ialah Aisyah. Kami semua telah mengizinkannya. Satu-satunya peninggalan Baginda di dunia ialah aku yang masih muda. Baginda juga sering bersugi dengan sugiku. Baginda akhirnya menghembuskan nafas terakhir di antara bilikku dengan ambang rumahku (tengah rumah) dan dikebumikan dalam rumahku".

Aisyah adalah seorang wanita yang bijak, alim, faqih dan seorang ahli hadith. Dia banyak mengajar wanita-wanita Islam lain dan para sahabat sering bertanyakan permasalahan agama kepadanya. Aisyah pernah berkata: "Sesungguhnya ayat yang diturunkan pada zaman Rasulullah, kami sangat mengambil berat terhadap perkara halal, haram, yang diperintah dan yang dilarang serta yang tidak sepatutnya diambil peduli".

Sumber sejarah ada menyatakan bahawa dia banyak meriwayatkan hadith sama ada daripada Rasulullah s.a.w. atau yang diriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Fatimah al-Zahra, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Hamzah ibn 'Amru al-Aslamiy dan Jumazah bint Wahab yang berjumlah 2210 hadith. 297 hadith masing-masing dimuatkan dalam Sahih Bukhariy dan Muslim. Manakala hadith yang Muttafaq Alaiyh berjumlah 174 hadith. Terdapat sebanyak 450 hadith lagi yang tertulis hanya dalam Sahih Bukhariy dan 96 hadith dalam Sahih Muslim. Oleh kerana itu, Aisyah termasuk dalam kategori "al-Ruwwat al-Mukaththirin" atau perawi yang meriwayatkan hadith melebihi angka 1000 selain daripada Abu Hurayrah, Abdullah bin Umar, Qabil Ibnu Abbas, Jabir bin Abdullah al-Ansariy dan Abi Sa'id al-khudriy. Dalam pada itu ramai pula para sahabat yang meriwayatkan hadith daripadanya. Antara mereka ialah Umar al-Khattab dan Amru bin al-As serta para tabi'in.

Aisyah seorang yang tegas ketika berkata-kata, suka memuliakan tetamu dan banyak bersedekah. Sungguhpun demikian, dia terlalu cemburu terhadap Rasulullah s.a.w. kerana kasihnya yang amat mendalam. Lantas diturunkan ayat yang menceritakan perasaan cemburunya terhadap Habsyah bint Umar, firman Allah: "Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan); dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi Muhammad s.a.w., maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibrail dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. Jika Nabi Muhammad s.a.w. menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan. (Surah al-Tahrim 66:4-5).

Kedua-dua ayat tersebut dan juga ayat yang sebelumnya, diturunkan ke atas para isteri Rasulullah s.a.w. khususnya kepada Aisyah dan Habsyah yang sering bertelingkah lantaran cemburukan Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat Baginda yang berulang-alik mengikut giliran ke rumah isteri-isteri Baginda.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Aisyah: "Saya tahu kemarahan kamu apabila kamu meradang dan keredaan kamu apabila kamu tunjukkan kegembiraan". Aisyah bertanya: "Bagaimana abang tahu semua ini? Sabda Baginda: "Apabila kamu marah, kamu akan panggilkan saya dengan kata "Wahai Muhammad", tetapi apabila kamu gembira, kamu panggil dengan panggilan "Wahai Rasulullah". Sungguhpun demikian Rasulullah s.a.w. amat menyayangi Aisyah dan pernah bersabda: " Lelaki yang sempurna (mulia peribadinya) ramai, tetapi tidak terdapat wanita yang paling baik kecuali Asiah, isteri Firaun dan Mariam bint Imran. Manakala Aisyah pula lebih baik daripada wanita-wanita lain seperti berbanding makanan lain" (Riwayat Bukhariy).

Al-Quran telah menolak angkara fitnah 'Ifki' yang dilontarkan oleh golongan munafikin dan mereka yang memusuhi Islam dan Aisyah. Walau bagaimanapun Allah S.W.T memperakui kesuciannya Aisyah melalui ayat dalam surah al-Nur. Perakuan dari langit terhadap Aisyah ini merupakan suatu penghargaan yang besar terhadap Aisyah di sisi Rasulullah s.a.w. dan seluruh umat Islam.

Aisyah, pada suatu ketika dahulu terdorong untuk menuntut bela di atas kematian Khalifah Uthman bin Affan sehingga dia menyertai Perang Jamal menentang Ali bin Abi Talib (kerana tidak berpuas hati di atas tindakan Ali). Perang ini dinamakan Perang Jamal sempena dengan unta yang ditunggangi oleh Aisyah dalam pertempuran itu. Aisyah telah dapat ditawan oleh orang Ali, tetapi lantaran memuliakannya, Ali telah membebaskan Aisyah dan dihantar pulang ke Madinah bersama satu rombongan. Apabila Ali terbunuh, Aisyah amat sedih dan dia terus mengadu sambil menangis di makam Baginda Rasulullah s.a.w. sambil berkata: "Assalamualaikum wahai Nabi yang membawa petunjuk, Assalamualaikum wahai bapa Qasim, Assalamualaikum wahai Rasulullah dan juga ke atas kedua sahabatmu. Saya amat rindukan kamu lantaran kasih mesramu, aku benar-benar teringatkanmu dan amat sayangkanmu. Dia (Ali) dibunuh, demi Allah, sesungguhnya Ali adalah orang yang engkau sayangi dan sukai. Dia (Ali) dibunuh, demi Allah, sesungguhnya engkau telah kahwinkannya dengan wanita yang terbaik. Dia dibunuh...demi Allah, sesungguhnya dialah orang yang mula-mula beriman dan setia dan aku amat sedih dan meratapi kematiannya. Andainya dapat digali tanah ini, aku akan ceritakan kepada engkau bahawa dia telah dibunuh dan mereka patut memuliakannya keranamu dan menanamnya di sisimu...".

Abdurabbih ada meriwayatkan dalam buku al-Aqd al-Farid, bahawa sewaktu Aisyah hampir menemui ajalnya, ada yang bertanya kepadanya: "Wahai Umm al-Mukminin, apakah awak mahu dikebumikan di sisi Rasulullah s.a.w.? Aisyah menjawab: "Setelah saya berbincang, saya membuat keputusan, kamu hendaklah kebumikan saya bersama-sama adik-beradik saya di Baqi".

Satu sifat yang diketahui terdapat pada diri Aisyah ialah sifat pemalu. Sewaktu dia mengunjungi makam Rasulullah s.a.w. dan di tepinya makam bapanya Abu Bakar, dia membuka tudung kepalanya sambil berkata: "Makam ini adalah makam suamiku dan makam ini bapaku". Tetapi setelah Umar dikebumikan di samping mereka berdua, setiap kali 'Aisyah mengunjungi mereka, Aisyah masuk sambil bertudung litup kepalanya kerana malukan Umar. Dialah orang yang mengizinkan Umar dikebumikan di samping suami dan bapanya sewaktu memohon kebenarannya, dia berkata: "Ya, demi kemuliaannya".

Aisyah muncul sebagai umm al-mukminin yang banyak memberi tunjuk ajar orang lain, memperincikan hadith dan sunnah, kedudukan tinggi sebagai isteri Rasulullah, seorang sahabat, seorang faqih yang terkenal serta hidup di kalangan para sahabat, tabi'in dan umat Islam yang cemerlang. Aisyah meninggal dunia di Madinah dan dikebumikan di Baqi'. Dia disembahyangkan oleh Abu Hurayrah yang mengimamkan para sahabat besar yang lain.

Sumber: Ensiklopedia Dunia 1

Tuesday, November 9, 2010

Jika aku jatuh cinta.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar aku tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu. Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...Amin.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala yang tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan..bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan NabiNya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai. Memang jodoh itu di sembunyikan dari pengetahuan untuk menguji ketaqwaan hamba-hambaNya.

Dengan iman yang lemah ini ku buat mendaki keredhaan Mu, dalam usia ini harus ku gali ilmu Mu. Jauhkan aku dari maksiat, sesungguhnya maksiat itu memuntahkan ilmu, maksiat itu mematikan hati. Semoga Allah SWT memelihara hati ini dari godaan syaitan dan dikurniakan kekuatan dalam mengharungi hiruk piruk duniawi. Tiada rasa susah pada hati yang saling berkasih sayang.



Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...