Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Monday, February 28, 2011

Anoksia


Anoksia ialah kekurangan bekalan normal oksigen kepada tisu badan, atau ketakupayaan tisu menggunakan oksigen. Ia juga dinamakan hipoksia. Anoksia anoksik berlaku apabila darah yang mengalir menerusi paru-paru tidak membawa cukup oksigen. Ini boleh berlaku apabila tidak cukup oksigen di udara, seperti pada ketinggian 3000 meter ke atas. Darah juga boleh gagal membawa cukup oksigen oleh sebab kecacatan paru-paru atau oleh sebab halangan dalam saluran udara yang terlibat semasa bernafas. Pernafasan yang cepat dan panjang adalah gejala biasa anoksia anoksik. Keadaan ini biasanya disertai oleh sianosis, pewarnaan kebiru-biruan pada kulit. Kes yang teruk boleh menyebabkan pitam, malah kematian.


Anoksia anaemik berlaku apabila darah tidak dapat membawa bekalan normal oksigen. Keadaan ini berlaku apabila darah tidak cukup amaun hemoglobin (bahan yang membawa oksigen dalam darah atau apabila hemoglobin diubah oleh karbon monoksida atau racun lain. Anoksia lembap terjadi apabila darah mengalir terlalu perlahan sehingga ia kehilangan kebanyakan oksigennya sebelum menyempurnakan alirannya menerusi tisu. Oleh itu, sebahagian daripada tisu menerima sedikit atau tiada oksigen. Contoh, anoksia lembap berlaku semasa suhu sejuk apabila saluran darah di bawah kuku dan di bibir mencerut lalu menyebabkan sianosis pada bahagian badan tersebut. Anoksia histotoksik disebabkan oleh racun yang menyebabkan tisu tidak berupaya menggunakan oksigen yang dibekalkan. Salah satu daripada racun tersebut ialah sianida.  



Sumber : Ensiklopedia dunia 2



2 comments:

Blog Tuan Hamba said...

aslkm tuan rumah. minta izin copy untuk perkongsian ilmu ya.

Diary Ilham Bonda said...

dipersilakan copy wahai tuan hamba :)

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...