Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Thursday, February 24, 2011

Senarai tokoh sejarah Islam



Assalamualaikum kawan-kawan semua dan selamat pagi kepada kawan-kawan bukan muslim yang terbaca n3 asyu ni yer.... semua dah breakfast ke? ada yang kata belum dan ada yang kata dah yer hehhee. kepada yang belum breakfast tu takpe, habiskan dulu bacaan n3 ni yer pastu boleh pegi breakfast okeh.


Last n3 semalam asyu dah ceritakan sedikit berkenaan novel sejarah Islam yang bertajuk Hulagu Khan khabar hitam dari timur. kepada kawan-kawan yang belum baca sila klik disini okeh. dalam n3 kali ni pulak asyu nak senaraikan beberapa nama besar tokoh sejarah Islam yang kita ada okeh...


Zaman Nabi Muhammad S.A.W
  • Abu Ubaidah al Jarrah
  • Bilal bin Rabah
  • Khalid al Walid
  • Saad bin Abi Waqas
  • Amru al Ash


Zaman Khulafa Al Rasyidin
  • Abu Bakar
  • Umar Al Khattab
  • Uthman Affan
  • Ali bin Abi Talib


Zaman Bani Umaiyyah
  • Muawiyah Abu Sufian
  • Tariq bin Ziyad
  • Khalifah Umar bin Abdul Aziz
  • Saidina Husin bin Ali


Zaman Bani Abbasiyah
  • Imam Syafie
  • Imam Hanbali
  • Imam Maliki
  • Imam Hanafi
  • Khalifah Harun al Rasyid
  • Sultan Salahudin al Ayubi


Zaman Uthmaniah
  • Sultan Muhammad al Fateh
  •  


Disebabkan kisah Hulagu Khan ni berlaku pada zaman Bani Abbasiyah, maka disini asyu ringkaskan sedikit la yer....jangan malu-malu, sila baca.... :)



Sejarah Bani Abbasiyah (132H/750M hingga 656H/1258M)


Selepas tumbangnya kerajaan Bani Umayyah pada tahun 132H/750M, Bani Abbasiyah mengambil alih tampuk pemerintahan. Mereka berkuasa selama 508 tahun bermula tahun 132H/750M hingga 656H/1258M. Semua Khalifah Bani Abasiyah terdiri daripada keturunan al-Abbas iaitu bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W.



Senarai khalifah Bani Abasiyah.
  1. Abul 'Abbas al-Safaah (132-137H / 750-754M)
  2. Abu Ja'far al-Manshur (137-159H / 754-775M)
  3. Al-Mahdi (159-169H / 775-785M)
  4. Al-Hadi (169-170H / 785-786M)
  5. Harun al-Rasyid (170-194H / 786-809M)
  6. Al-Amiin (194-198H / 809-813M)
  7. Al-Ma'mun (198-217H / 813-833M)
  8. Al-Mu'tashim Billah (618-228H / 833-842M)
  9. Al-Watsiq Billah (228-232H / 842-847M)
  10. Al-Mutawakil 'Ala al-Allah (232-247H / 847-861M)
  11. Al-Muntashir Billah (247-248H / 861-862M)
  12. Al-Musta'in Billah (248-252H / 862-866M)
  13. Al-Mu'taz Billah (252-256H / 866-869M)
  14. Al-Muhtadi Billah (256-257H / 869-870M)
  15. Al-Mu'tamad 'Ala al-Allah (257-279H / 870-892M)
  16. Al-Mu'tadla Billah (279-290H / 892-902M)
  17. Al-Muktafi Billah (290-296H / 902-908M)
  18. Al-Muqtadir Billah (296-320H / 908-932M)
  19. Al-Qahir Billah (320-323H / 932-934M)
  20. Al-Radli Billah (323-329H / 934-940M)
  21. Al-Muttaqi Lillah (329-333H / 940-944M)
  22. Al-Musaktafi al-Allah (333-335H / 944-946M)
  23. Al-Muthi' Lillah (335-364H / 946-974M)
  24. Al-Tha'i' Lillah (364-381H / 974-991M)
  25. Al-Qadir Billah (381-423H / 991-1031M)
  26. Al-Qa'im Bi Amrillah (423-468H / 1031-1075M)
  27. Al-Mu'tadi Bi Amrillah (468-487H / 1075-1094M)
  28. Al-Mustadhhir Billah (487-512H / 1094-1118M)
  29. Al-Mustarsyid Billah (512-530H / 1118-1135M)
  30. Al-Rasyid Billah (530-531H / 1135-1136M)
  31. Al-Muqtafi Liamrillah (531-555H / 1136-1160M)
  32. Al-Mustanjid Billah (555-566H / 1160-1170M)
  33. Al-Mustadli' u Biamrillah (566-576H / 1170-1180M)
  34. Al-Naashir Lidinillah (576-622H / 1180-1225M)
  35. Al-Dhahir Biamrillah (622-623H / 1225-1226M)
  36. Al-Mustanshir Billah (623-640H / 1226-1242M)
  37. Al-Musta'shim Billah (640-656H / 1242-1258M)


Sejarah kemunculan Bani Abasiyah bermula apabila Muhammad bin Ali, cicit Saidina Abbas berusaha mengembalikan pemerintahan Islam kepada keluarga Bani Hasyim. Usaha itu dimulakan pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (99 hingga 102H / 717 hingga 720M). Penentangan itu sampai ke kemuncaknya pada masa pemerintahan Khalifah Marwan II (127 hingga 133H / 744 hingga 750M). Akhirnya, Abu al-Abbas al-Saffah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umayyah lalu dilantik sebagai khalifah.


Pada masa pemerintahan Bani Abasiyah, dunia Islam mengalami kemajuan yang pesat dalam bidang ilmu pengetahuan. Salah satu usaha yang dilakukan mereka adalah menterjemahkan karya-karya Yunani, Parsi dan Hindi ke bahasa Arab. Pada masa itu lahir cendekiawan Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Kindi, Al-Farabi dan ramai lagi.


Dalam bidang ekonomi, muncul al-Fazari. Di Eropah beliau dikenali dengan nama Al-Faragnus. Beliau menulis buku astronomi yang diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona dan Johannes Hispalensis.


Dalam bidang kedoktoran pula lahir al-Razi dan Ibn Sina. Al-Razi adalah tokoh pertama yang dapat mengenali penyakit cacar. Ibnu Sina pula berjaya dengan penemuannya berkenaan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia. Antara karyanya adalah al-Qoonuun fi al-Thibb yang merupakan ensiklopedia kedoktoran. 


Dalam bidang optik pula muncul Abu Ali al-Hassan ibn al-Haythami, di Eropah beliau dikenal dengan nama Alhazen. Teori beliau mengatakan benda yang mengirim cahaya kepada mata bukan mata yang mengirim cahaya kepada benda, kini terbukti kebenarannya.


Jabir ibnu Hayyan pula terkenal dalam bidang kimia. Beliau berpendapat logam seperti timah, besi dan tembaga dapat diubah menjadi emas ataupun perak dengan mencampurkan suatu zat tertentu.

 
Dalam bidang matematik pula muncul Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi yang juga mahir dalam bidang astronomi. Beliau menciptakan ilmu aljebra. Nama itu berasal daripada judul bukunya iaitu al-Jabr wa al-Muqoibalah.


Dalam bidang sejarah pula muncul tokoh sejarah seperti al-Mas'udi. Beliau juga ahli dalam ilmu geografi. Antara karyanya adalah Muuruj al-Zahab wa Ma'aadzin al-Jawahir. 


Bidang falsafah juga tidak kurang hebatnya. Antara tokoh-tokoh yang terkenal seperti al-Farabi, Ibn Sina dan Ibn Rusyd. Al-Farabi banyak menulis buku falsafah, ilmu logik, ilmu jiwa dan kenegaraan. Ibn Sina pula mengarang buku berkenaan falsafah yang terkenal iaitu al-Syifa'.


Dalam bidang agama pula muncul Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi 700 hingga 767M) Imam Malik (Mazhab Maliki 713 hingga 795M) Imam Syafi'i (Mazhab Syafie 767 hingga 820M) dan Imam Ahmad ibn Hanbal (Mazhab Hambali 780 hingga 855M).


Di samping itu lahir pula fahaman muktazilah yang dipelopori oleh Abu al-Huzail al-Allaf (135 hingga 235H / 752 hingga 849M) dan al-Nazzam (185 hingga 221H / 801 hingga 835M) dan ahli sunnah Abu al-Hasan al-Asy'ari (873 hingga 935M).


Semasa tentera Monggol menakluk Baghdad, ramai ulama dan cendekiawan Islam dibunuh. Kitab-kitab dibakar dan dibuang ke dalam sungai Dajlah hingga air sungai itu berwarna hitam. Semua kemajuan yang dibangunkan oleh Bani Abasiyah lenyap. Semenjak itu, bermulalah zaman kemunduran umat Islam.


...(^_^)...





    No comments:

    Cari Blog di sini

    Anda Mungkin Meminati

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...