Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Monday, February 28, 2011

Anoksia


Anoksia ialah kekurangan bekalan normal oksigen kepada tisu badan, atau ketakupayaan tisu menggunakan oksigen. Ia juga dinamakan hipoksia. Anoksia anoksik berlaku apabila darah yang mengalir menerusi paru-paru tidak membawa cukup oksigen. Ini boleh berlaku apabila tidak cukup oksigen di udara, seperti pada ketinggian 3000 meter ke atas. Darah juga boleh gagal membawa cukup oksigen oleh sebab kecacatan paru-paru atau oleh sebab halangan dalam saluran udara yang terlibat semasa bernafas. Pernafasan yang cepat dan panjang adalah gejala biasa anoksia anoksik. Keadaan ini biasanya disertai oleh sianosis, pewarnaan kebiru-biruan pada kulit. Kes yang teruk boleh menyebabkan pitam, malah kematian.


Anoksia anaemik berlaku apabila darah tidak dapat membawa bekalan normal oksigen. Keadaan ini berlaku apabila darah tidak cukup amaun hemoglobin (bahan yang membawa oksigen dalam darah atau apabila hemoglobin diubah oleh karbon monoksida atau racun lain. Anoksia lembap terjadi apabila darah mengalir terlalu perlahan sehingga ia kehilangan kebanyakan oksigennya sebelum menyempurnakan alirannya menerusi tisu. Oleh itu, sebahagian daripada tisu menerima sedikit atau tiada oksigen. Contoh, anoksia lembap berlaku semasa suhu sejuk apabila saluran darah di bawah kuku dan di bibir mencerut lalu menyebabkan sianosis pada bahagian badan tersebut. Anoksia histotoksik disebabkan oleh racun yang menyebabkan tisu tidak berupaya menggunakan oksigen yang dibekalkan. Salah satu daripada racun tersebut ialah sianida.  



Sumber : Ensiklopedia dunia 2



Sunday, February 27, 2011

Tekad



Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita


Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba


Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian


Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa
Menggapai cita-cita




Friday, February 25, 2011

Malam ni layanzz encik spiderman3 sensorang




Sampai rumah lebih kurang pukul enam lebih tadi asyu dapat sms daripada osmet asyu. "syu, saya balik kampung tau hari ni...baik baik tinggal sorang kat rumah tu. nurul pun balik kampung juga". alamak..malam ni sorang-sorang la pulak, baru nak gediks buat-buat tayang adiah yang orang bagi ni. silap timing la dorang ni balik kampung hehhee. jadinya terpaksalah asyu layan citer spiderman3 kat tv3 dalam bilik sorang-sorang sambil jenguk-jenguk blog mana yang sempat. dari lepas isyak tadi langsung tak kuar bilik.. nak ke ruang tamu bukak astro terasa macam takut la pulak tetiba ngeh3. sib baik dalam bilik asyu ada tv so layan je lah channel mana yang ada tu...



Jumaat yang penuh berkat! ... hehehe ... sukenya hati dapat adiah : )



Masa lunch tadi ada kawan opis call asyu suruh turun bawah....jeng jeng jeng! tak sangka dapat adiah ni walopun cuak jugak mula-mula tu sebab hari ni bukannya harijadi asyu atau hari yang spesel ke apa...hati dok kata ni  mesti dorang dorang ni saja nak kenakan asyu.. last last dorang kata hadiah ni memang untuk asyu. sapa bagi? .....ntah lah sapa bagi. aikk??? takmo lah amik adiah ni...mesti orang lain punya. alaa...dah orang kasi awak amik je lah adiah tu....sapa yang bagi tak penting, yang penting adiah tu memang untuk awak. dengan feeling kompius asyu amik jugak lah adiah tu....


... balik umah pasni baru nak bukak ...
... (^_^) ...



"Projek Rahsia"



Dari semalam asyu dok berkira-kira sama ada nak ambik risiko ni atau tidak.. sempat juga lah dok mundar mandir jalan ulang alik dari dalam bilik ke ruang tamu...pastu dari ruang tamu ke dalam bilik berulang-ulang kali. macam orang tak betul pun ada. sampaikan housemate asyu sorang tu yang tengah dok kusyuk nonton citer saka jentayu sambil mulut ternganga... menegur asyu..  "syu ko kenapa? ain tengok dari tadi dok jalan ulang-alik bilik ke ruang tamu...naik migrain ain tengoklah...kenapa? ada masalah besar ke? kalau ada share lah...mana tahu kalau ain boleh tolong ain tolong.." 


Selepas ditegur oleh ain, asyu terus duduk bersila atas sofa sambil menongkat dagu dengan kedua belah tangan. asyu tengok muka ain, sambil buat muka takde perasaan hehhee... nak citer ke tanak citer ni eh....hati asyu mula lah dok monolog sorang-sorang. kang kalau citer sekarang kang...dah tak surprise lah pulak bila projek tu dah berjaya nanti. dan kalau projek tu tak berjaya seperti yang asyu harapkan nanti...maka biarlah projek ni menjadi rahsia peribadi, sekurang-kurangnya asyu dah ada pengalaman melaksanakan projek tu dan projek tu pun nanti takde lah akan gagal terus cuma akan mengambil masa lambat sikit lah untuk berjaya. kesudahannya asyu cuma cakap "takde papee lah ain...cuma kaki ni je gatal nak exercise malam-malam ni tak reti nak dok diam diam" itu je alasan yang sempat terlintas dalam kepala asyu time tu.. ain mencebik sambil berkata "hurmm ye sangat la tu...tanak share sudah..." sambil menyanyikan bait lagu "gemuruh jiwa! semangat membara...dari puncak ingin ke angkasa...bla bla bla..." asyu berangkat ke paip air untuk ambik wudhuk nak solat............................semoga Allah bagi petunjuk.


Pagi ni asyu benar benar nekad nak sahut cabaran tu.  risiko tetap ada, tapi mesti cuba mesti berani. kalau tak cuba asyu tak tahu potensi dan kemampuan asyu. bagun tidur pagi tadi seperti ada jeritan suara dalaman yang kuat dari hati asyu menyuruh asyu sahut cabaran itu. "aku mesti daftar pagi ni jugak! aku mesti cuba buat projek tu sampai menjadi! kalau tak buat sekarang bila lagi aku nak buat! takkan nak tunggu esok lusa tulat tubing...atau dah bongkok esok baru nak pikir untuk bekalan hari tua....oh tidak...masa tu aku dah terlambat! masa tu orang sume dah sampai ke planet pluto tp aku baru nak merangkak naik kebulan pakai tali. itu pun belum tentu tali tu kukuh. silap-silap aku jatuh tergolek kebawah. waktu tu kalau dah jatuh tergolek ke bawah lukanya susah nak sembuh sebab dah tua kan kan? kalau aku buat sekarang, sekurang-kurangnya kalau aku jatuh tergolek pun....tenaga aku masih kuat dan sihat dan kalau cedera pun senang sikit nak sembuh dan masa untuk aku mencuba lagi tetap masih ada...betul tak? yang penting kalau buat sekarang tapi gagal...aku boleh cuba buat lagi...cuba lagi...cuba lagi sampai berjaya...!! 


Haa..dan sekarang asyu dah pun daftar masuk program tu...so, tak sabar nak tunggu april nanti! segalanya akan bermula april nanti...dari situ asyu akan melangkah setapak, dua tapak, tiga tapak, dan akhirnya bertapak tapak lagi. semoga ilmu yang bakal dikutip nanti dapat membantu asyu melaksanakan "PROJEK RAHSIA" asyu tu. sebenarnya bukan senang nak buat keputusan ni sebab ni projek personal. seandainya asyu berjaya nanti...ini akan menjadi hadiah yang paling istimewa untuk asyu..untuk ayahanda dan bonda asyu jugak!


Dalam masa terdekat sebelum bulan april, apa yang perlu asyu buat ialah cari maklumat yang berkaitan dengan projek rahsia tu sebanyak mungkin....InsyaAllah. Keputusan telah dibuat, tinggal lagi usaha + doa + tawakal dan yakin Allah akan memakbulkan seandainya kita ikhlas melakukan kerana mengharapkan redha-Nya.





Thursday, February 24, 2011

Senarai tokoh sejarah Islam



Assalamualaikum kawan-kawan semua dan selamat pagi kepada kawan-kawan bukan muslim yang terbaca n3 asyu ni yer.... semua dah breakfast ke? ada yang kata belum dan ada yang kata dah yer hehhee. kepada yang belum breakfast tu takpe, habiskan dulu bacaan n3 ni yer pastu boleh pegi breakfast okeh.


Last n3 semalam asyu dah ceritakan sedikit berkenaan novel sejarah Islam yang bertajuk Hulagu Khan khabar hitam dari timur. kepada kawan-kawan yang belum baca sila klik disini okeh. dalam n3 kali ni pulak asyu nak senaraikan beberapa nama besar tokoh sejarah Islam yang kita ada okeh...


Zaman Nabi Muhammad S.A.W
  • Abu Ubaidah al Jarrah
  • Bilal bin Rabah
  • Khalid al Walid
  • Saad bin Abi Waqas
  • Amru al Ash


Zaman Khulafa Al Rasyidin
  • Abu Bakar
  • Umar Al Khattab
  • Uthman Affan
  • Ali bin Abi Talib


Zaman Bani Umaiyyah
  • Muawiyah Abu Sufian
  • Tariq bin Ziyad
  • Khalifah Umar bin Abdul Aziz
  • Saidina Husin bin Ali


Zaman Bani Abbasiyah
  • Imam Syafie
  • Imam Hanbali
  • Imam Maliki
  • Imam Hanafi
  • Khalifah Harun al Rasyid
  • Sultan Salahudin al Ayubi


Zaman Uthmaniah
  • Sultan Muhammad al Fateh
  •  


Disebabkan kisah Hulagu Khan ni berlaku pada zaman Bani Abbasiyah, maka disini asyu ringkaskan sedikit la yer....jangan malu-malu, sila baca.... :)



Sejarah Bani Abbasiyah (132H/750M hingga 656H/1258M)


Selepas tumbangnya kerajaan Bani Umayyah pada tahun 132H/750M, Bani Abbasiyah mengambil alih tampuk pemerintahan. Mereka berkuasa selama 508 tahun bermula tahun 132H/750M hingga 656H/1258M. Semua Khalifah Bani Abasiyah terdiri daripada keturunan al-Abbas iaitu bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W.



Senarai khalifah Bani Abasiyah.
  1. Abul 'Abbas al-Safaah (132-137H / 750-754M)
  2. Abu Ja'far al-Manshur (137-159H / 754-775M)
  3. Al-Mahdi (159-169H / 775-785M)
  4. Al-Hadi (169-170H / 785-786M)
  5. Harun al-Rasyid (170-194H / 786-809M)
  6. Al-Amiin (194-198H / 809-813M)
  7. Al-Ma'mun (198-217H / 813-833M)
  8. Al-Mu'tashim Billah (618-228H / 833-842M)
  9. Al-Watsiq Billah (228-232H / 842-847M)
  10. Al-Mutawakil 'Ala al-Allah (232-247H / 847-861M)
  11. Al-Muntashir Billah (247-248H / 861-862M)
  12. Al-Musta'in Billah (248-252H / 862-866M)
  13. Al-Mu'taz Billah (252-256H / 866-869M)
  14. Al-Muhtadi Billah (256-257H / 869-870M)
  15. Al-Mu'tamad 'Ala al-Allah (257-279H / 870-892M)
  16. Al-Mu'tadla Billah (279-290H / 892-902M)
  17. Al-Muktafi Billah (290-296H / 902-908M)
  18. Al-Muqtadir Billah (296-320H / 908-932M)
  19. Al-Qahir Billah (320-323H / 932-934M)
  20. Al-Radli Billah (323-329H / 934-940M)
  21. Al-Muttaqi Lillah (329-333H / 940-944M)
  22. Al-Musaktafi al-Allah (333-335H / 944-946M)
  23. Al-Muthi' Lillah (335-364H / 946-974M)
  24. Al-Tha'i' Lillah (364-381H / 974-991M)
  25. Al-Qadir Billah (381-423H / 991-1031M)
  26. Al-Qa'im Bi Amrillah (423-468H / 1031-1075M)
  27. Al-Mu'tadi Bi Amrillah (468-487H / 1075-1094M)
  28. Al-Mustadhhir Billah (487-512H / 1094-1118M)
  29. Al-Mustarsyid Billah (512-530H / 1118-1135M)
  30. Al-Rasyid Billah (530-531H / 1135-1136M)
  31. Al-Muqtafi Liamrillah (531-555H / 1136-1160M)
  32. Al-Mustanjid Billah (555-566H / 1160-1170M)
  33. Al-Mustadli' u Biamrillah (566-576H / 1170-1180M)
  34. Al-Naashir Lidinillah (576-622H / 1180-1225M)
  35. Al-Dhahir Biamrillah (622-623H / 1225-1226M)
  36. Al-Mustanshir Billah (623-640H / 1226-1242M)
  37. Al-Musta'shim Billah (640-656H / 1242-1258M)


Sejarah kemunculan Bani Abasiyah bermula apabila Muhammad bin Ali, cicit Saidina Abbas berusaha mengembalikan pemerintahan Islam kepada keluarga Bani Hasyim. Usaha itu dimulakan pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (99 hingga 102H / 717 hingga 720M). Penentangan itu sampai ke kemuncaknya pada masa pemerintahan Khalifah Marwan II (127 hingga 133H / 744 hingga 750M). Akhirnya, Abu al-Abbas al-Saffah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umayyah lalu dilantik sebagai khalifah.


Pada masa pemerintahan Bani Abasiyah, dunia Islam mengalami kemajuan yang pesat dalam bidang ilmu pengetahuan. Salah satu usaha yang dilakukan mereka adalah menterjemahkan karya-karya Yunani, Parsi dan Hindi ke bahasa Arab. Pada masa itu lahir cendekiawan Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Kindi, Al-Farabi dan ramai lagi.


Dalam bidang ekonomi, muncul al-Fazari. Di Eropah beliau dikenali dengan nama Al-Faragnus. Beliau menulis buku astronomi yang diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona dan Johannes Hispalensis.


Dalam bidang kedoktoran pula lahir al-Razi dan Ibn Sina. Al-Razi adalah tokoh pertama yang dapat mengenali penyakit cacar. Ibnu Sina pula berjaya dengan penemuannya berkenaan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia. Antara karyanya adalah al-Qoonuun fi al-Thibb yang merupakan ensiklopedia kedoktoran. 


Dalam bidang optik pula muncul Abu Ali al-Hassan ibn al-Haythami, di Eropah beliau dikenal dengan nama Alhazen. Teori beliau mengatakan benda yang mengirim cahaya kepada mata bukan mata yang mengirim cahaya kepada benda, kini terbukti kebenarannya.


Jabir ibnu Hayyan pula terkenal dalam bidang kimia. Beliau berpendapat logam seperti timah, besi dan tembaga dapat diubah menjadi emas ataupun perak dengan mencampurkan suatu zat tertentu.

 
Dalam bidang matematik pula muncul Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi yang juga mahir dalam bidang astronomi. Beliau menciptakan ilmu aljebra. Nama itu berasal daripada judul bukunya iaitu al-Jabr wa al-Muqoibalah.


Dalam bidang sejarah pula muncul tokoh sejarah seperti al-Mas'udi. Beliau juga ahli dalam ilmu geografi. Antara karyanya adalah Muuruj al-Zahab wa Ma'aadzin al-Jawahir. 


Bidang falsafah juga tidak kurang hebatnya. Antara tokoh-tokoh yang terkenal seperti al-Farabi, Ibn Sina dan Ibn Rusyd. Al-Farabi banyak menulis buku falsafah, ilmu logik, ilmu jiwa dan kenegaraan. Ibn Sina pula mengarang buku berkenaan falsafah yang terkenal iaitu al-Syifa'.


Dalam bidang agama pula muncul Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi 700 hingga 767M) Imam Malik (Mazhab Maliki 713 hingga 795M) Imam Syafi'i (Mazhab Syafie 767 hingga 820M) dan Imam Ahmad ibn Hanbal (Mazhab Hambali 780 hingga 855M).


Di samping itu lahir pula fahaman muktazilah yang dipelopori oleh Abu al-Huzail al-Allaf (135 hingga 235H / 752 hingga 849M) dan al-Nazzam (185 hingga 221H / 801 hingga 835M) dan ahli sunnah Abu al-Hasan al-Asy'ari (873 hingga 935M).


Semasa tentera Monggol menakluk Baghdad, ramai ulama dan cendekiawan Islam dibunuh. Kitab-kitab dibakar dan dibuang ke dalam sungai Dajlah hingga air sungai itu berwarna hitam. Semua kemajuan yang dibangunkan oleh Bani Abasiyah lenyap. Semenjak itu, bermulalah zaman kemunduran umat Islam.


...(^_^)...





    Hulagu Khan...khabar hitam dari timur




    Tiga hari lepas asyu berjaya menghabiskan bacaan novel sejarah Islam tulisan Abdul Latip Talip. Tajuk novel sejarah Islam ni rasa-rasanya kawan-kawan dah tahu kan? tu kat sebelah kiri tu ada asyu tepek gambar novelnya...kalau baca tajuk n3 ni pun korang dah tahu...sudah terang lagi bersuluh hehhee. tapi takpe, asyu bagitahu jugak tajuknya ialah "Hulagu Khan : khabar hitam dari timur".


    Bagi asyu novel ni best sangat dan patut dijadikan novel wajib baca bagi semua golongan. asyu ni sebenarnya hantu novel dan semenjak dari alam remaja sehinggalah ke alam dewasa ni [dewasa ke? bukan kanak-kanak ribena?]...dah bermacam-macam jenis genre novel yang asyu dah baca. dari novel cintan cintun syahdu syahdan sehingga menetes neteskan air mata sehinggakan berlakunya pembaziran air mata...novel triller yang boleh membuatkan otak berfikir membuat andaian suspen yang bukan-bukan...novel humor yang boleh buat asyu gelak sakan sampai guling-guling dan banyak lagilah....


    Novel Hulagu Khan ini menceritakan matlamat serta impian cucu kepada penakluk ulung Monggol, iaitu Genghis Khan. Hulagu Khan merupakan lelaki yang keras dan bercita-cita tinggi, beliau mahu menjadi penakluk yang lebih ulung lebih agung daripada datuknya Genghis Khan...dan mewangikan kota Baghdad dengan darah adalah menjadi tujuan utama beliau. semuanya itu datang tepat pada waktunya, iaitu semasa umat Islam berpecah dan lalai pada tugas hakiki mereka di dunia.


    Selepas berjaya menakluk wilayah Lurs di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha untuk menakluk Kota Baghdad yang terkenal dengan kekayaan dan panggilan kota seribu satu malam itu. setelah berjaya menumbangkan Khalifah al Musta'sim Billah dan menakluk Kota Baghdad, dan menghancurkan peradaban Islam, Hulagu Khan menakluk Damsyik...kemudian  dia cuba menakluk Mesir pulak...dan dunia Islam sudah berada di hujung tanduk, diasak hingga ke nafas terakhir....


    .....lalu siapa yang mampu menahan Hulagu Khan daripada menghancur luluhkan dunia Islam????


    Haaa..... kalau kawan-kawan nak tahu bagaimanakah kesudahan novel Hulagu Khan khabar hitam dari timur ni, jangan malu-malu jangan segan-segan... silalah cepat-cepat pergi ke kedai buku yang berhampiran anda dan beli...harganya tak murah dan tak mahal cuma rm24.00 hinggit je yer. buku ini boleh disimpan sebagai koleksi dan harta pusaka untuk anak-anak cucu cicit kita okeh... 


    Pada pandangan mata asyu yang agak-agak tak bulat tapi tak sepet ni..... peperangan, pergolakan dan juga terlucutnya maruah serta kedaulatan beberapa negara Islam pada hari ini adalah ulangan daripada sejarah peperangan dan pergolakan yang berlaku pada zaman khalifah-khalifah yang terdahulu....semua faktor yang bertentangan dengan "roh Islam" itu sendiri akan menyumbangkan peranan kepada berlakunya peperangan dan persengketaan. natijah daripada dunia Islam yang tidak bersatu padu dan tidak saling bantu membantu untuk berjihad di jalan Allah telah dapat kita saksikan sekarang seperti mana yang berlaku kepada negara Palestin, Iraq....itu sebahagian kecil daripada contohnya saja yer kawan-kawan... ada banyak lagi yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah penaklukan Hulagu Khan ni....maka sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal...[saje pinjam tagline prof. izi].


    So, silalah kawan-kawan semua baca buku novel sejarah Islam ini... apabila kawan-kawan baca dengan penuh pemahaman serta pengertian, pasti akan terdetik 'sesuatu' dihati kawan-kawan hehee. kalau dah habis baca tapi tak memberi apa-apa kesan kepada kejiwaan dan patriotik kawan-kawan... sendiri pikirlah ye..hehehee.




    Wednesday, February 23, 2011

    Nak cantik tak?? jom kita layan...zaasssss!!








    1. Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur, dan yang tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar.


    2. Dia tidak akan menyampai-yampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun ia benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, sentiasa berusaha dan bersangka baik dengan sesama manusia.


    3. Dia mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar berselindung di sebaliknya.


    4. Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan manusia, dan semestinya di sisi ALLAH s.w.t.




    Friday, February 18, 2011

    Anouilh, Jean

    Anouilh, Jean (1910-1987) merupakan seorang penulis drama popular Perancis yang menghasilkan banyak karya. Dia terkenal dengan dramanya yang sangat cemerlang. Dia menyifatkan drama komedinya sebagai "ros" atau "bijak". Biasanya dramanya menonjolkan kesulitan emosi yang berpunca daripada wang, sama ada kerana kekurangan wang atau terlalu banyak wang.

    Watak utama dalam dramanya terdiri daripada orang muda sensitif yang sentiasa tercari-cari kepastian dan orang tua yang agak aneh. Antara karya komedinya termasuklah Thieves Carnival (1932), Time Remembered (1939), Ring Round The Moon (1947), The Rehearsal (1950).

    Anouilh menggelar drama beratnya "hitam" atau "menyayat". Drama "Legend of Lovers" (1941), Antigone (1942), dan Medea (1946) berdasarkan bahan klasik. Drama The Waltz Of The Toreadors (1951), memaparkan gambaran buruk terhadap perkahwinan. Drama Poor Bitos (1956), menonjolkan gambaran yang tidak menyenangkan terhadap sikap politik Perancis. Anouilh lahir di Bordeaux.




    Monday, February 14, 2011

    Abdurrauf Singkel



    Abdurrauf Singkel (1592-1693), ulama Indonesia yang terkenal. Nama sebenarnya Syekh Aminuddin Abdur Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri. Nama Abdurrauf Singkel diperoleh daripada 'Abdoerraoef Van Singkel', nama yang digunakan oleh penulis-penulis Barat seperti, D.A. Rinkers. Gelaran lain untuk Abdurrauf ialah Syekh Kuala, Tengku Syekh Kuala, Syiah Kuala dan Teuku (Tengku) Ciah Kuala.


    Abdurrauf merupakan Mufti Kerajaan Aceh. Dia dilantik oleh Sultanah Safiyatuddin Syah. Sekembalinya dari mendalami bidang agama di Timur Tengah. Dia memegang jawatan ini hingga dia meninggal dunia pada tahun 1693. Abdurrauf juga mengajar ilmu hadith dan menterjemah pelbagai jenis kitab. Salah sebuah kitab hadith terjemahannya ialah Syarh Latif ala Arbain Haditsan Lil Iman al-Nawawi. Dia juga mentafsir kitab suci al-Qur'an ke dalam bahasa Melayu. Antara kitab tafsirannya, iaitu Turjuman al-Mustafid Tafsir al-Baidhawi. Kitab-kitabnya yang lain, iaitu Umdat al-Ansab (terjemahan daripada bahasa Parsi), Miat al-Tullab (kitab figh), Aghmadh al-Sail (kitab tauhid), Daqaiq al-Huruf (kitab tasawuf), Mir-at al-Tullab fi Tashil Marifat Ahkam al-Syaroiyah al-Mulk al-Wahhab (kitab undang-undang). Dia juga menghasilkan 26 buah kitab yang berkaitan dengan tarekat dan tasawuf.


    Abdurrauf Singkel lahir di Aceh, Indonesia pada tahun 1952, dan mendapat pendidikan asas melalui sistem pendidikan pondok, di Pondok Dayah Suro Lipat Kajang Simpang Kanan Singkel yang diasaskan oleh ayahnya, Syekh Ali al-Fansuri. Kemudian dia mendalami ilmu keagamaan dengan bapa saudaranya, Syekh Hamzah al-Fansuri di Dayah Obah Simpang kiri Rundeng dan di Dayah Geudong yang dipimpin oleh Syekh Samsuddin al-Sumatrani.


    Abdurrauf juga mengembara ke beberapa negara untuk mendalami pengajiannya dalam bidang agama seperti Makkah, Madinah, Yaman, Mokha, Bait al-Faqih, Ibnu Ujail dan Jeddah. Pada tahun 1642, Abdurrauf melanjutkan pelajarannya ke Timur Tengah dan pulang ke Aceh pada tahun 1659. Sepanjang 19 tahun pengembaraannya di Timur Tengah, dia mendalami pelbagai disiplin ilmu Islam seperti ilmu nahu, saraf, fiqh, tauhid, hadith, ilmu al-Qur'an, tasawuf dan lain-lain. Dia juga mengamalkan Tarekat Sufiyah iaitu Tarekat Qadiriyah, Tarekat Syatariah dan Tarekat Naqsyabandiyah.


    Abdurrauf meninggal dunia pada tahun 1693 dan dimakamkan di Kuala Sungai Aceh. Atas jasanya, pemerintah daerah Aceh mendirikan Universitas Syiah Kuala mengambil sempena namanya.




    Sunday, February 13, 2011

    Abdullah Munsyi




    Abdullah Munsyi (1796-1854), penulis Malaysia. Dia digelar "Bapa Kesusasteraan Melayu Moden" berdasarkan hasil karya pentingnya Kisah Pelayaran Abdullah (1849). Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abdul Kadir, berketurunan Arab dan India. Dia lahir di Kampung Pali, Melaka dan mendapat gelaran "munsyi" sewaktu mengajar bahasa Melayu kepada askar-askar Kerajaan Inggeris berbangsa India di Melaka. Selain menjadi guru bahasa , Abdullah juga menjadi guru agama, penterjemah, wartawan, dan jurutulis kepada pemerintah Inggeris. Malah dia pernah diberi kepercayaan untuk memangku tugas Pengetua Anglo-Chinese College apabila pengetua kolej ketika itu pulang ke England. 

    Salah satu kegemaran Abdullah Munsyi ialah mengembara. Hasil daripada pengamatan dan pemerhatiannya yang tajam semasa pengembaraannya, dia telah berjaya menghasilkan karya Kisah Pelayaran Abdullah dan Hikayat Abdullah. Dia dibesarkan dalam zaman peralihan dan pertembungan kebudayaan Barat dan kebudayaan Melayu. Dia membandingkan kedua-dua  cara pemikiran itu, iaitu semangat perubahan, kemajuan dan dinamisme Barat dengan kelembapan pemikiran dan cara hidup bangsa Melayu yang statik, dan tidak berupaya membebaskan diri daripada belenggu adat istiadat yang kolot. Pada waktu itu sedang berlaku keruntuhan kuasa politik golongan bangsawan Melayu dan kebangkitan pengaruh asing, terutama Inggeris dan hal ehwal pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Peristiwa pergolakan inilah yang dicatatkan dalam kedua-dua karyanya. Malah, Hikayat Abdullah telah menjadi karya sejarah yang penting tentang sejarah sosial dan politik di Singapura dan Melaka. 

    Abdullah Munsyi membawa banyak pembaharuan dalam sastera Melayu. Dia menjadi penulis Melayu pertama yang memperkenalkan bentuk autobiografi dalam tulisannya. Selain itu, dia juga membawa pembaharuan dari segi isi dan  bentuk penulisan dengan menggunakan pengalaman dan pemerhatiannya dalam masyarakat dan sekali gus meninggalkan sama sekali kisah dongeng dan mitos seperti mana yang terdapat dalam karya sastera Melayu tradisional lain. Selain itu, dia juga menggunakan sudut pandangan orang pertama iaitu ganti nama 'aku' dalam tulisannya selain penggunaan bahasa pasar dan bahasa Inggeris.

    Penghasilan karya tersebut telah benar-benar memperlihatkan jiwa dan pemikirannya yang kritis sebagai pengarang. Ketokohan Abdullah bukan sahaja sebagai pelopor pembaharuan dalam bidang kesusasteraan Melayu terutamanya dari segi minat dan kesungguhannya untuk memperdalami bahasa Melayu, tetapi juga keberaniannya mengkritik raja-raja Melayu, golongan pembesar Melayu dan susunan masyarakat Melayu dalam zamannya serta adat istiadat serta kebiasaan orang Melayu. 

    Kesemua ini dilakukannya untuk menyedarkan bangsa Melayu agar mengubah sikap dan cara berfikir supaya menjadi manusia Melayu yang berilmu, sentiasa mengejar kemajuan, moden dan bersifat dinamik. Malah dia sendiri mempelajari pelbagai bahasa dan cabang ilmu seperti bahasa Tamil, Arab, Inggeris, Hindi dan ilmu matematik. Hikayat Abdullah yang siap ditulis pada tahun 1843 dan diterbitkan pada tahun 1849, telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain dan diulang cetak beberapa kali. 

    Abdullah Munsyi meninggal dunia di Jeddah pada tahun 1854. 



    Monday, February 7, 2011

    Bukan itu bukan ini


    Disini ku berada. disini ku tetap jua. dari dulu ku menanti. dari mula dan kini. mimpiku impianku. harapan dan keinginanku. membara selalu. tak dapatkah kau merasakannya..kehangatan dan sucinya cinta ini. agak sukar bagiku, untuk meluahkannya. dari dulu kumenanti. dari mula dan kini. bukan itu bukan ini, hanya engkau sentiasa dihati. bukan itu bukan ini, yang ku ingin hanya segalanya..dirimu kasih. apalah ada pada diri ini. tanpamu berada disisi, segalanya sunyi dan sepi. apalah ada pada hidup ini, jika dunia cinta semuanya tanpa kehadiranmu. bukan itu bukan ini, hanya engkau sentiasa dihati. bukan itu bukan ini, yang ku ingin hanyalah dirimu. bukan itu bukan ini, hanya engkau sentiasa dihati. bukan itu bukan ini, yang ku ingin hanyalah segalanya...dirimu kasih. 

    ....baru sampai rumah dari kampung. esok nak masuk keja. selamat tido semua....
    (^_^)

    Cari Blog di sini

    Anda Mungkin Meminati

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...