Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Sunday, July 31, 2011

Hidayah Allah ada untuk well...

Seminggu berlalu. rasa macam sekejap je masa berjalan. sedar tak sedar esok dah masuk bulan ogos, juga bulan ramadhan bulan puasa bagi kita umat Islam. so, selamat berpuasa syu ucapkan kepada muslimin muslimat seantero dunia :) marilah kita sama-sama pakat melipat gandakan amal ibadah di bulan ramadhan yang mulia ini. jangan poser yop yop pulak! ehehehee...

hari ni syu gembira sangat sebab....sebab syu dapat tahu yang sorang kawan baik syu masa belajar kat universiti dulu dah masuk Islam. sejuk mata memandang bila tengok dia dah bertudung sekarang. cantik sangat. masa belajar dulu nama dia wellhemina, sekarang dah jadi zahirah wellhemina..Alhamdulillah, akhirnya Allah bagi dia hidayah untuk masuk Islam.

serba sedikit cerita tentang seorang wellhemina yang saya kenal.
well yang syu kenal dulu adalah seorang yang periang dan suka senyum. dia juga seorang yang sangat coooooool giler. susah nak tengok dia marah, tapi kalau sekali dia marah...'alamak tok ampunkan daku' la jawabnya ehehehe. agak mengerikan juga lah kalo tengok  muka dia time dia marah. well yang syu kenal ini juga seorang yang sangat malas pergi gereja pada hari ahad. hari-hari bila habis kelas dia selalu lepak di rumah sewa syu. pastu hari sabtu ahad pun dia suka lepak di rumah sewa syu.
masa belajar dulu syu sempatlah rasa hidup menyewa diluar kampus bersama rakan-rakan se-universiti. belajar hidup berdikari. susah senang kami bersama-sama. pahit manis suka duka zaman pengajian kami telan bersama-sama. satu pengalaman yang benar-benar pengajar kami erti hidup, erti bertolak ansur, erti satu hati lima jiwa...kenapa lima jiwa? sebab didalam rumah itu kami berlima mengharungi susah senang hidup bersama-sama sehinggalah kami tamat pengajian dan akhirnya masing-masing mendapat kerja. dua orang berasal dari sabah dan dua orang lagi berasal dari sarawak. syu pula dari pantai timur. bahasa pengantar kami dirumah itu adalah bahasa sarawak, cuma sesekali bahasa bugis dan sabah menjadi bahasa rasmi kami dirumah itu. syu pulak...terikut-ikut dengan bahasa sarawak dan sabah. mula-mula tu agak biol juga lah kepala syu nak fahamkan bahasa-bahasa housemate syu dari sabah sarawak tu. tapi lama kelamaan syu dah boleh bertutur bahasa dorang ehehehe. boleh lah faham. maybe sebab ada gang sabah sarawak jugalah si well ni suka lepak sama-sama....sebab well pun dari sabah cuma berbeza agama jer. dia menyewa bersama-sama gang sabah yang beragama kristian.

ada sesuatu yang menarik perhatian kami berlima tentang si well ni. setiap kali dia lepak dirumah kami, dia tak pernah 'miss' mengingatkan kami tentang solat setiap kali masuknya waktu solat. si well ni hafal waktu-waktu solat? setiap kali apabila masuk je waktu solat dia akan paksa kami untuk solat dulu, kemudian baru boleh sambung buat assingment. dia kata kami tak boleh lengah-lengahkan solat! kami cuma diam je, kagum didalam hati sambil mengiakan kata-katanya. pernah kami ajak dia solat sama-sama tetapi dia menolak...*saje nak try test dia ehehehe.
pastu kalau dia dengar kami-kami ni mengaji dia akan dengar dengan penuh khusyuk. sepanjang kami berkawan tak penah pulak dia bertanyakan apa-apa tentang Islam kepada kami. dia cuma mendengar apa yang kami baca dan memerhati apa yang kami  buat terutamanya solat.
kami juga perasan, dia agak jarang pergi gereja pada hari ahad. tidak seperti housemate dia yang selalu pergi gereja. kami pernah tanya dia..kenapa dia tak suka pergi gereja? ...dia cuma diam...diam...dan terus diam. tiada jawapan yang keluar dari mulut well. maka kami pun turut sama diam.

lepas konvo well terus balik sabah. nak dekat dengan keluarga katanya. sedangkan rakan-rakan serumah sewa dengannya yang lain teruja amat untuk terus mencari kerja dan menetap di kole lumpo. manakala well sudah ada perancangannya sendiri. balik sabah dan kini telah menjadi seorang guru disana. mendidik anak-anak sabah supaya menjadi insan berguna kepada bangsa dan agama. juga telah membawa bersama akidahnya berhijrah menjadi wanita muslimah yang cantik bertudung litup. bukan senang untuk berhijrah menjadi wanita muslimah, sedangkan orang tua dan ahli keluarganya begitu kuat berpegang kepada ajaran kristian. semoga well terus kuat dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang. kini setelah beberapa tahun berlalu, barulah kami jumpa jawapan kenapa well sangat malas pergi gereja tetapi amat mengambil berat tentang waktu solat kami. rupa-rupanya hati dia lebih berminat kepada Islam. alhamdulillah syukur, segala-galanya adalah perancangan Allah...hidayah Allah ada untuk welhemina. insyaAllah well, kita akan sama-sama mencari keredhaan Allah...amin..:)












Sunday, July 24, 2011

Cerita tentang KATAK kecil

Katak yang bergaya dan jaya

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil....



....yang berlumba lari....
Tujuannya adalah untuk MENCAPAI PUNCAK SEBUAH MENARA YANG SANGAT TINGGI.





Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberi semangat kepada para peserta....




Perlumbaan dimulai....




Secara jujur....
Tiada satu pun diantara penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil itu akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:


"Oh, jalannya TERLALU SUKAR!!!
mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak."


atau:



"Tidak ada kesempatan untuk berhasil.... menaranya terlalu tinggi....!!!




Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu.....


....Kecuali katak-katak yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan...semakin tinggi...dan semakin tinggi....




Penonton terus bersorak!!!...


"Terlalu SUKAR!!!.... tak seekor pun akan berjaya!!!"




Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah....
....Tapi ada SATU yang melanjutkan pendakian hingga semakin tinggi....dan tinggi....
Dia tidak akan menyerah!!!



Akhirnya yang lain telah menyerah kalah untuk menaiki menara. Kecuali seekor katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!!!....



SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya!!!??


 Seekor katak yang juga peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan???




Ternyata....

Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!





Kata bijak dari cerita ini adalah....


Jangan dengar kata-kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis....
....kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpi kita dan menjauhkannya daripada kita....
Selalu fikirkan kata-kata bertuah dan positif yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kita dengar dan kita baca boleh mempengaruhi perilaku kita!!!


Kerana itu....

Tetaplah selalu....




POSITIVE!!!


 

Dan yang penting:




Buat PEKAK jika orang berkata kepada kita bahawa KITA tidak boleh mencapai cita-cita yang KITA impikan!!!


Selalulah berfikir....


I CAN DO THIS!!!



ALAMAT mati dalam Husnulghathimah (Keadaan baik)

1.
Sempat mengucap dua kalimah syahadah.


2.
Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan kelaurnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.


3.
Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.


4.
Mati di medan perang kerana membela agama Allah.


5.
Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:

- Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya disyurga  (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
- Diselamatkan dari seksa kubur.
- Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
- Diperhiasi dengan iman.
- Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).
- Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.
*(Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.)

6.
Mati kerana melhirkan anak.


7.
Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya). - Riwayat oleh Muslim.


8.
Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah, Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". - Riwayat oleh Muslim.


9.
Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.


10.
Mati terbakar. Riwayat Tabrani.


11.
Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.


12.
Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid. Riwayat Tabrani.


13.
Mati akibat luka perang du jalan Allah. Sabda Rasulullah"Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka beerti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud.


14.
Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.


15.
Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid. Riwayat Abu Daud.


16.
Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.


17.
Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah.


18.
Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalakan 4 perkara:

- Mejaga sembahyang 5 waktu.
- Banyak bersedekah.
- Banyak membaca Al Quran.
- Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia meninggalkan:
- Meninggalkan dusta.
- Meninggalakan sifat khianat.
- Meninggalkan sifat mengadu - domba.
- Menjaga Kencing.

Sultan Agung

Sultan Agung, ialah pemerintah paling berkuasa di Mataram, sebuah kerajaan di Jawa Tengah yang kini adalah Indonesia. Baginda bertakhta dari tahun 1613 hingga tahun 1646.

Di bawah Sultan Agung, sempadan kerajaan telah meluas. Pada tahun 1624, Pulau Madura berjaya ditakluki. Pada tahun 1625, Surabaya telah dikepung dan berjaya ditawan. Sultan Agung melakukan sesuatu yang terbaik untuk berjaya menentang Belanda bagi memenuhi keinginannya untuk menawan Bantam di barat Jawa. Baginda membina penempatan berhampiran Batavia (sekarang Jakarta) pada tahun 1619. Apabila Belanda menolak untuk menolongnya, baginda menyerang Batavia pada tahun 1628, dan menyerangnya sekali lagi pada tahun 1629, tetapi tidak berjaya. Baginda juga memusuhi Portugis, yang mempunyai pos perdagangan di kawasan itu.

Sultan Agung adalah penganut agama Islam. Pada tahun 1633, baginda memperkenalkan kalendar Islam, Arab-Jawa di dalam pemerintahannya bagi menggantikan kalendar Hindu yang berdasarkan matahari. Bermula saat itu, pusingan tahun Islam antara 354 atau 355 hari digunakan. Pada tahun 1641, baginda bergelar sultan selepas satu misi dari Mataram kembali dari Makkah memberikannya gelaran ini.

Menjelang saat kemangkatannya pada tahun 1646, Sultan Agung menjadi seorang penakluk yang hebat di Indonesia sejak zaman Majapahit. Baginda menguasai seluruh kawassan tengah dan timur Jawa. Baginda digantikan oleh puteranya, Amangkurat I yang ditabalkan dari tahun 1646 hingga tahun 1677.


Sultan Agung

Kalau nak tahu lebih banyak lagi pasal Sultan Agung ni, sila ziarah encik google disini dan disini atau disini hokey...jangan malas membaca untuk tambah ilmu sejarah :)

Saturday, July 23, 2011

Maafkan bila ku tak sempurna

Semakin jauh ku dari-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku, oh Tuhan Yang Maha Pengasih
siapalah diriku di pandangan-Mu. semakin cuba ku dekati semakin kuat pula Kau mendugai aku. Oh Tuhan Yang Maha Sempurna kerdilnya diriku di hadapan-Mu...

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun.

Di bayangan mentari aku kealpaan, dusta dunia penuh kepura-puraan. di kala dini hari aku kepasrahan
mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan. andainya dihitung amalanku belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu. oh Tuhan Yang Maha Pemurah, hindari diriku dari siksa-Mu oh Tuhan.

Kasih sayang-Mu Tuhan, itu yang ku dambakan. dengan rahmat-Mu ampunilah diriku....


Aku, damba kasih...

Saturday, July 16, 2011

Aguinaldo, Emilio

Emilio Aguinaldo (1869-1964), First President of Philippine Republic.



Aguinaldo, Emilio (1869-1964) ialah pemimpin penting dalam perjuangan Filipina menentang pemerintahan penjajah Sepanyol dari 1897 hingga tahun 1901.

Aguinaldo lahir berhampiran Cavite, Luzon. Pada tahun 1895, dia menyertai persatuan revolusi rahsia KAPITUNAN. dia dilantik menjadi presiden kerajaan revolusi anti-Sepanyol pada bulan Mac 1897. setelah menemui jalan buntu dalam peperangan menentang Sepanyol, dia melarikan diri ke King Kong Hong Kong lalu cuba membeli senjata untuk meneruskan perjuangannya.

Pada bulan Mei 1898, Aguinaldo kembali ke Filipina. dia membentuk pasukan tentera Filipina untuk membantu tentera Amerika dalam perang Sepanyol-Amerika. pada 12 Jun 1898, Filipina mengisytiharkan kemerdekaan dan membentuk republik sementara dengan Aguinaldo sebagai presidennya. dalam perjanjian yang ditandatangani pada bulan Disember 1898, Amerika Syarikat mengambil Filipina daripada Sepanyol. Aguinaldo percaya bahawa Amerika Syarikat akan memberi kemerdekaan kepada Filipina dengan secepat mungkin. pada 23 Januari 1899, Kongres Filipina bertemu di Malolos dan merangka perlembagaan untuk membentuk Republik Filipina. Aguinaldo disahkan sebagai presiden. konflik yang semakin memuncak antara Filipina dan Amerika akhirnya mengakibatkan pertembungan pada 4 Februari 1899 antara dua bekas sekutu itu. Aguinaldo ditangkap oleh tentera Amerika pada bulan Mac 1901, dan dibawa ke Manila. pada 19 April, dia mengikrarkan sumpah kesetiaan kepada Amerika Syarikat dan kembali kepada kehidupannya sebagai orang biasa.



encik google tolong cari disini http://www.loc.gov/rr/hispanic/1898/aguinaldo.html dan http://en.wikipedia.org/wiki/Emilio_Aguinaldo kalau nak tahu lagi sila berbaik-baik dengan encik google okeh!




Friday, July 15, 2011

Simbiosis antara 'Aku' dan 'Dia'...kanak2 dan remaja bawah umur tidak digalakkan membaca n3 ini.


S.I.M.B.I.O.S.I.S...simbiosiskah antara aku dan dia?
hari ini aku dapat merasakan SIMBIOSIS antara aku dan dia...
dia...siapa dia?
selak file investigation...ditepek result pada halaman depan file tu "masih dalam siasatan" secara peribadi.
sape investigator? 
ehem ehem...sape lagi kalo bukan aku...aku kan teliti kalo bab siasat orang-orang penting nih terutama orang penting yang akan ada kaitan dengan hidup dan mati aku. wow...'yang akan ada kaitan dengan hidup dan mati aku?' saspens jugak ni...harap-harap miss oniey dan nick harith tak terbaca ini statement. kalo tak mampus mana aku  nak ceduk alasan untuk menjawab soklan soklan cepu emas
mereka, karang tak pasal-pasal rahsia yang baru nak jadi rahsia ni terbongkang terbongkar ahahhahaa.

S.I.M.P.T.O.N apakah yang melanda aku sejak akhir-akhir ini?  simpton baru. aku baru terperasan simpton ni sejak dua menjak ni...tapi yang pasti tiada penghuraian yang jelas tentang apakah simpton yang sedang aku alami sekarang ini.
R.I.N.D.U weh...aku merindu. tahu tak apa itu makna merindu? ianya tentang berkeinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang yang sentiasa berada dalam ingatan dan fikiran aku.  adakah dia pun merasakan perasaan yang sama seperti apa yang aku rasa? guulp! aku tak pasti! dan aku kurang pasti dengan perasaan aku sendiri!

dan tiba-tiba......

*
*
*
pagi tadi aku mendapat satu panggilan dari dia..........

"sayang, abang ada depan bangunan pejabat sayang ni. abang nak jumpa sayang, rindu sayang lah"
"guulp! abang? nak jumpa aku? dia panggil aku sayang?" dup dap dup dap jantung aku weh... aku baru jer teringat teringat dan termimpikan dia malam tadi, tiba-tiba dia wujud didepan mata aku. aku tak percaya...aku tak percaya...dan akhirnya aku terpaksa percaya apabila setelah aku jenguk kebawah aku nampak dia ada disebelah keretanya yang di parking!!.

seperti dialam mimpi yang penuh fantasi (cewah ghiler ayat..kalo miss oniez baca kompem dia gelakkan aku like crazy) aku gagahkan kaki aku melangkah turun kebawah menghampirinya. rasa nak peluk dia lama-lama sebab dah lama tak jumpa...oppss! jangan buat hal! jangan peluk la..! nanti batal air sembahyang...dosa tau! sempat lagi tu setan menghasut. sib baik aku tidak tersasar haluan ngeee....astaqhfirullah..kebetulan dah masuk tengahari. so dia bawak aku lunch kat 'rumbia coffee house' de palma hotel. kami makan buffet. aku ambik nasi sikit je tapi lauknya yang banyak sebab seme lauknya aku nampak macam sedap. pastu aku ambik kerabu 3 jenis sebab sebelum ni aku teringin sangat nak makan kerabu yang mak aku buat tapi sampai hari ni tak kesampaian lagi. kena balik kampung baru boleh makan yang  mak masak. dan yang pasti kerabu yang mak aku buat lagi sedap dan enak daripada kerabu de palma hotel tu...opsss!!   dia pun sama macam aku...ambik lauk banyak...tiru aku la tu ngeeee.

habis makan kami lepak sat kat lobi de palma, sib baik tak ramai orang. kebetulan ada dua sofa kosong nun dihujung lobi dekat dengan kaunter...so kami duduk situ. selesa sikit borak-borak kat situ.
*
*
*
sementara dia pergi solat jumaat kat surau nurul hikmah di tingkat atas hotel de palma tu aku duduk je kat lobi tu sambil berfikir...ntah apa yang aku fikir aku pun tak pasti. yang pasti aku merasa amat gembira hari ini kerana semua yang berlaku pada hari ini seolah-olah macam mimpi. tak sangka dia datang jumpa aku disaat aku rindukannya dan termimpikannya....
*
*
*

p/s :

* miss oniez, rasa-rasanya i ni normal tak hari ni?

* tajuk entri macam tak bleh blah ahahahhaa...





Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...