Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Sunday, October 30, 2011

bingit kenduri kendara.

da da da di di dammm!
ada kenduri kawen kat bawah.
bingit dengan macam-macam lagu sampai pening dah kepala den ni hahahhaa.
lepas satu lagu...lagu lain pulak.
dari lagu dangdut, pop, balada sampai lah ke lagu hindustan. 
kuch kuch ho ta hai...mohabbatein...tak sesuai. muahahaha gelak jahat!
berzanji? selawat nabi? nasyid? setakat ni tak dengar lagi pun. huhuuu.
tak pa...tak pa...bagi peluang kat depa depa berhibur.


"jangankan gunung fujiyama, puncak himalaya ku turut kamu"
"kalau memang kamu cinta aku, ke kutub utara aku ikut kamu"


iyoo lah tu...aku ikut kamu konon.
masa tengah bahagia becinta sume bikin janji wakakakaka.
lautan api sanggup direnangi konon.
tipuuuuu sume tuh. mana ada lautan api kat dunia nih.
kalau betul ada...kita pakat tengok! 
berapa orang yang sanggup berenang dalam lautan api tu...
panas sikit dah mengeluh...dah meraung guling-guling...
ini kan pulak nak berenang dalam lautan api. 
puiiiiiii...manis mulut je tuu...sila jangan percaya.






*
terasa lapar lah. dapat hidu makanan sedap2. 
ok, saya chauww cari makan dulu. 
take care sume :)

Tuesday, October 25, 2011

biarkan berlalu

hidup sendirian...
keseorangan...
terasa bagaikan sebatang kara 
walaupun dikelilingi kaum kerabat.
sungguh...
sangat terasa...
hidup sentiasa dipenuhi dengan kejutan-kejutan.
kejutan yang ada kalanya membuatkan diri terasa hampir lemas...
lemas menongkah arus dugaan...
kadang terkapai kepenatan...
keseorangan...
keletihan...
seringkali menangis sendirian...
bersaksikan dinding bilik...
kadang menangis sendirian didalam kereta berhampiran tasik...
sentiasa begitu disaat hati rawan...
hati berkata....
diri...mesti kuat!
mesti kuat semangat!
dugaan sebanyak ini cuma cebisan kecil dari Allah...
esok akan ada lagi dugaan yang lebih besar...
yang secebis ini sekadar untuk melatih diri supaya menjadi lebih kuat...
diri...menangis tiada salah...
andai tangisan itu dapat meredakan rawan hati...
teruskan menangis untuk meraih kekuatan bukan putus asa...
su sedar...
diri sebenarnya sedang didakap Allah...
kerana Allah sayang...
maka diri diduga sebegini...
untuk menguji tahap keimanan dan ketaqwaan...
kesabaran...
keikhlasan...
keredhaan...
duhai hati...
tabahlah selalu...
ini cuma sedikit...
ingatlah...
Allah sayang hambaNya yang sabar...
Allah sayang hambaNya yang ikhlas...
Allah sayang hambaNya yang redha...
ingatlah...
Allah sayang...
jika Allah tidak sayang...
mana mungkin ada dugaan sebegini...
kenangan yang lepas biarkan berlalu...
esok pasti ada sinar baru...
cuma tinggal untuk sabar menantikan sinar baru itu...
InsyaAllah...




Thursday, October 20, 2011

Diam berdiam

Saat ini saya rasa diam itu indah.
Hati merindu kepada...

...ma (mak)...
...abah...
...adik2 dan abang...
...ayah (bapa sedara saya panggil dia ayah)...
...mak (mak sedara)...
...anak2 sedara...
...sepupu2 saya yang saya sayang...
...orang2 kampung saya (yg kekadang dorang kompius saya ni anak sapa?)...

dan juga rindu kepada...

...'Teeeeeeeeeeeeetttt' (orang istimewa pengubat jiwa lara hamba..muahaha gelak
jahat. mana boleh sebut nama. karang ada yang jeles, pastu mulalah buat
'spotcheck'...pastu...bla bla bla...pastu gaduh. buang masa. ahakss. 

dan tak lupa juga rindu kepada...

...jiran belakang rumah abah. dah lama saya tak jumpa dia tu. apa khabar dia sekarang.
yang pasti lepas dia balik dari mesir kami langsung tak bertegur sapa walau pun
dah beberapa kali jarak kami cuma sedepa. masing2 ego.
padan muka kami berdua. nak tapi ego...puuiiii. ko punya ego melangit tak agak2
aku cari lain muahahahaaa. tak heran.
                                 


*entri tak siap. sambung kendian....









Monday, October 10, 2011

bang...boleh tolong parking elok2 tak...

ragam manusia macam-macam...

straight to the point!

peristiwa di tempat letak kereta pagi tadi benar-benar membuat kepala saya berfikir dan terus berfikir tentang perangai dan sifat-sifat manusia lelaki yang tak cukup sifat adat sopan dan budi bahasa sesama insan. hurmmm...lelaki... 

lelaki...hebat sangat ke lelaki?

ciri-ciri lelaki hebat?

"kalau lelaki berkereta besau, rumah besau, kerja bagus...awek pun  besau, bukan setakat awek besau malah ramai pulak tu...maka lelaki itu boleh dikategorikan sebagai lelaki hebat takk??"

ok, jawapan ada pada korang masing-masing. 
setiap orang ada versi jawapan yang berbeza-beza bergantung kepada tahap pemikiran dan pemahaman korang masing-masing.

pada saya lelaki dengan ciri-ciri seperti itu belum layak memenuhi piawaian sebagai seorang lelaki hebatt. banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu diambil kira bagi memenuhi piawaian 'lelaki hebat' mengikut 'standard saya'. statement 'standard saya' tu macam cerewet je saya ni kann? memang saya cerewet. tetapi cerewet saya bertempat dan mengikut situasi dan keadaan. bukan main menonong je nak cerewet...hokeyy...paham!

ok, pendirian saya tetap pendirian saya...
saya tak akan ubah pendirian saya mengikut silibus pendirian orang lain. saya bukan spesis manusia lalang. saya tak akan ubah pendirian saya selagi ianya relevan dan realistik.

ok. hari ni saya sebenarnya rasa meloya dan berbulu dengan perangai lelaki sorang ni. saya tak kenal dia pun sebenarnya. tetapi saya kecewa giler dengan perangai dia pagi tadi. gara-gara dia parking kereta ditengah-tengah garisan antara dua petak parking. bukan kah itu pentingkan diri sendiri namanya tu? tak bertanggungjawab. takde tanggungjawab sosial. sedangkan ada lagi sebuah kereta di belakang kereta dia tengah tunggu nak masuk petak paking. kesudahannya terpaksalah kereta malang tu cari petak paking lain. ntah jumpa paking lain ntah tidak. tapi saya rasa dah takde dah sebab sebelum saya paking kete saya dah pusing tempat tu dulu dan yang ada cuma tiga petak kosong. satu saya dah chopp dulu, so, tinggal lagi dua sebelah menyebelah. tetapi lelaki selfish tu rembat dua2 petak paking tu sorang2. pastu bila tuan punya kereta kat belakang dia tu hon dan tegur supaya paking betul2 sebab dia pun nak masuk paking...di tengkingnya orang tu. sungguh tak  masuk akal. takde otak agaknya lelaki tu...takkan benda basic macam tu pun tak boleh nak pikir? saya yang kebetulan ada lagi kat situ dan jadi pemerhati secara tak rasmi terkejut terkedu-kedu. wujud lagi spesis manusia tak bertamadun semacam itu rupanya. last2 sebab takmo  panjangkan sengketa maka tuan punya kete yang tak dapat paking tu blah aje dari situ dengan muka memerah. saya pulak rasa nak tembak je lelaki selfish tu dengan bola-bola api andai kata saya boleh transform jadi naruto....tapi apakan daya saya. saya sebenarnya nak aje bagi tazkirah kat lelaki tu...tapi bila difikirkan balik bukan tempat dan masa yang sesuai kot. tambah pulak masa tu saya sorang aje yang ada kat situ, pompuan pulak tu. kalau dia buat apa-apa kat saya...kan susah mak ayah saya...

yang paling buat saya kecewa sebab lelaki tu adalah lelaki melayu. umur maybe dalam lingkungan awal 30-an. naik kete bmw. dan lelaki yang kena tengking tu pulak dah agak berumur, naik kete buatan malaysia aje. korang nampak tak perbezaannya disitu. korang terfikir tak macam apa yang saya sedang fikir.....?? korang rasa lelaki yang angkuh bongkak dan sombong serta tak reti nak hormat orang macam tu HEBAT SANGATT ke??? korang yang pompuan tu kalau dapat pakwe atau suami yang spesis alien macam lelaki tu bangga ke jadi awek atau isteri dia??? korang rasa ibu bapa yang ada anak perangai macam ni bangga ke tidak?? saya bukan baik sangat pun, tapi seingat saya tak pernah lagi sesuka hati nak tengking2 orang macam tu...tambah lagi kalau orang tu orang tua. paling teruk saya akan pastikan orang macam tu akan kena lastik dengan lastik getah saya. itu zaman saya budak2 sekolah dululah. saya doakan semoga lelaki tadi tu cepat2 insaf...berubah jadi insan yang lebih baik lebih bertimbangrasa...barulah aman dunia ni....betul tak. tak guna pangkat, darjat, harta bertimbun kalau tak reti nak hormat orang beb...orang tetap akan benci...



*saya merepek apa ntah...
*tapi yang pasti lelaki tadi telah membuatkan saya berfikir tentang banyak perkara berkenaan... LELAKI?









Friday, October 7, 2011

survey program master. jom buat master pulak!


Jumaat yang penuh berkat...:)

hari ini tak bizi sangat. suam suam kuku je. sempat lagi sambil buat kerja sambil google maklumat program master yang ada kat universiti-universiti didalam Malaysia ni. sebenarnya dah lama su pasang niat nak sambung buat master tapi last last minit ada aje halangannya. sakit lah... itu lah... ini lah... macam-macam lah... tapi kali ni su tak kira...walo apa pun terjadi su nak jugak sambung buat master. PhD...pelan-pelan kayuh. InsyaAllah...semoga Allah permudahkan. amin. 

tadi sempat buat survey berkenaan satu progam ni...(off record program apa. su namakan ia sbg program 'usaha'). try buat perbandingan program 'usaha' yang ditawarkan di universiti 'M' dengan yang ditawarkan di universiti 'T'. sebelum ni penah juga usha-usha dan buat survey nak sambung kat mana tapi hanya setakat survey aje, tiada keputusan. tetapi kali ini ada keputusan... keputusannya su nekad pilih universiti 'T' untuk pengajian master su bulan julai tahun depan. bulan julai tahun depan? iye julai tahun depan sebab untuk kemasukan november tahun ini su dah terlepas tarikh permohonan...bukan rezeki tahun ini. harap ianya menjadi rezeki tahun hadapan...amiin... :) terasa sedikit jeles dan bangga kepada kawan su yang akan konvo  master pada 20hb oktober ini. jeles kerana kami sepatutnya konvo sekali lagi bersama-sama. bangga kerana akhirnya dia berjaya habiskan master dia dengan begitu jayanya...hehehee. so, lepas ni su pulak follow okeh!


*semoga permulaan tahun depan mendung beransur pulang...mentari kembali menyinari hidup ini.



di saat kau mencintaiku vs di saat aku terpaksa meninggalkan mu



kisah hidup untuk diingati. Dia tujukan lagu ini khas untuk saya. namun apa daya saya. niat bukan untuk mengecewakan disaat kisahnya sedang indah...tetapi...*segalanya ku serahkan kepada-MU.

ku terpaksa pergi...
ku terpaksa pergi...
disaat kau mulai mencintai diri ku...
berharap aku jadi kekasih hati mu...
namun aku terpaksa pergi jauh dari hidup mu...

ku menangis lagi...
ku menangis lagi...
disaat aku terpaksa meninggalkan diri mu pergi...
ku tak pernah layak menghiasi hari mu...
disaat kau terbangun dari tidur mu...

aku memang inginkan diri mu...
datang dan temui aku...
kan ku...katakan pada mu...
aku sangat mencintai diri mu...

aku memang inginkan diri mu...
datang dan temui aku...
kan ku... katakan pada mu...
aku sangat mencinta...

ku menangis lagi...
ku menangis lagi...
disaat aku terpaksa meninggalkan diri mu pergi...
ku tak pernah layak menghiasi hari mu...
disaat kau terbangun dari tidur mu...

aku memang inginkan diri mu...
datang dan temui aku...
kan ku...katakan pada mu...
aku sangat mencintai diri mu...

sayang... apakan daya ku...
terpaksa... meninggalkan diri mu...
andai... inilah takdir ku...
aku redha melepaskan diri mu...

sayang... harap kau mengerti...
akan...keterpaksaan ini...
maaf... ku terpaksa pergi...
meninggalkan indahnya cinta...

maaf... sungguh ku tak mampu...
untuk terus... mencintai diri mu...
maaf... ku terpaksa pergi...
meninggalkan cinta suci mu...

aku memang inginkan diri mu...
datang dan temui aku...
namun... apakan daya ku...
aku terpaksa meninggalkan cinta mu...






*disaat cinta mu ada untuk ku, aku terpaksa pegi meninggalkan diri mu... :(



Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...