Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Saturday, November 26, 2011

Tak percaya?


Semalam saya tidur lambat, masuk jam lima baru mata ni boleh lelap.
semenjak kebelakangan ini saya susah sangat nak tidur. puncanya 'tiadalah aku ketahuan' hehhehe.
entah lah...puas saya fikir, fikir dan fikir. tetapi saya 'blurr' kenapa saya boleh jadi 'insomnia' macam sekarang ini. masalah dalaman dan luaran yang tidak dapat dikesan kot. ahhh lupakan aje.

semalam kawan saya ajak saya pergi karok lagi. lepas isyak, saya blurr tak tahu nak borak dengan siapa sebab semua housemate saya 'hilang' entah kemana. jadinya, saya buat keputusan temankan kawan pergi karok di wangsa walk. ala...bukan selalu pun. sekali sekala hilangkan rasa bosan apa salahnya. yang penting tahu jaga batasan. betul tak? makanya melalak lah kami bertiga dengan penuh perasaan. lontarkan volume suara sedaya mungkin seolah-olah melepaskan rasa hati dan semua masalah yang terbuku didada. padahal bukan selesai pun semua masalah itu dengan berkarok hehhee. cuma kepuasan melepaskan perasaan. tapi takpe...layankan aja kepala kawan-kawan saya tu. yang tengah putus cinta menyanyi lagu sedih lagu frust mendayu-dayu... apa kes? hahahhaa tak faham saya... kot iyer...nyanyi lah lagu yang happening yang tak sedih mendayu-dayu. ada ketikanya sungguh saya tak faham layan kepala kawan-kawan saya. hurrmmmm. tapi saya layankan juga...asalkan dorang 'release'. nasib baik tempat karok tu tak runtuh dek lantunan suara sumbang kami semua ahahahaa.

hari ni, pagi-pagi lagi saya dah bangun tidur. pelik, saya tak mengantuk langsung walaupun saya tak cukup tidur. saya mulakan dengan membasuh baju dan buat apa yang patut. hari ni banyak benda yang saya perlu buat. macam-macam. kena berlari sana berlari sini. sorang-sorang pulak tu. ala, selama ini pun memang saya selalu 'survive' sorang-sorang pun. saya memang jenis tak suka menyusahkan orang lain. kalau saya boleh selesaikan sendiri saya selesaikan sendiri. kecualilah sesuatu perkara itu saya betul-betul memerlukan bantuan orang lain maka time tu saya akan minta tolong sesapa yang sudi  menolong saya hehehe. saya kena 'settle' semua perkara sebelum december. go go chaiiyoooookkk!!!!! tapi sambil-sambil itu sempat lagi tu saya buat entri blog ni hahahhahaa.







Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU MALAYA membaham GARUDA!!


PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi. Harimau Muda menang 4-3 pada penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.

 Tahniah diucapkan kepada semua pemain-pemain muda harimau malaya. satu semangat berpasukan yang amat mengagumkan, amat luar biasa, anda semua adalah hero pada malam ini. bertarung dengan lawan dan berdepan dengan lebih 100 ribu penyokong bukanlah sesuatu yang mudah tetapi akhirnya harimau malaya berjaya membuktikan yang kita adalah terbaik, lebih baik daripada mereka dari segenap segi terutamanya dari segi mental. kawe rasa sangat bangga dengan pasukan muda harimau malaya dan kawe amat bangga sebab kawe pun ada MYKAD hahahahaa. kepada khairul fahmi...kawe lappiuuuu larhh...ralit tengok demo igak bola...terbaik...cemerlang. :)

 

*malam ni kawe nak tido dalam senyum... ahaksss :)




Sunday, November 20, 2011

Benang-benang hati.


Sambil lepak tengok rancangan nona tadi sempatlah saya siapkan beberapa keping hati
yang hancusss musnah hehehhee.
rindu lah kat u...u all rindu i tak? 
ahakksss... 

 *
selembar benang di kait menjadi sekeping hati...
ada banyak makna tersirat disitu...
fikir-fikir kan...
(^_^)







Saturday, November 19, 2011

...dalam teka-teki...

Ke mana lagi nak ku buang langkah
ke arah hilang terbenam mentari
nun di hujung lautan terpancar jua
semuanya...
telah pun aku langkahi
sudah aku renangi
namun di hati masih mencari...

sedangkan sungai ada muaranya
begitu juga bumi dan paksinya
tetapi hatiku kosong terbiar
pasangannya...
dalam cahaya ku mencari
bagai teka-teki
di manakah cinta...

menerangi jiwa yang gelap gelita
membuai aku yang terlena
pesona antara yang nyata
hadirlah kau hilangkan rindu
dengan wajahmu di mataku
biarlah bersatu...

biarpun hanya sekali
namun kan terbukti
biarlah menjadi rahsia abadi...

dalam cahaya ku mencari
bagai teka-teki
dimanakah cinta...
menerangi jiwa yang gelap gelita
membuai aku yang terlena
persona antara yang nyata
hadirlah kau hilangkan rindu
dengan wajahmu di mataku
biarlah bersatu...



*
hari ini saya temankan kawan saya pergi lowyatt beli handphone, lepas tu temankan dia pergi office dia pula. ada meeting katanya. jadinya melangutlah saya sorang2 menunggu dia habis meeting dari pukul 3 petang tadi huhuu.. bilalah nak habis pun tak tahu. boring. sib baik dia bagi pinjam laptop dia kepada saya, so dapatlah saya melakukan aktiviti meng'google' macam-macam. malu pun ada kat kawan2 opis dia yang lain. asyik dok tanya je saya ni sapa? datang dengan sapa? dah lama kawan ke? aihhh....malasnya nak menjawab soklan2 itu yang saya rasa tidak mencabar minda langsung. tetapi saya jawab lah juga ala-ala buat ramah-tamah. padahal tengah mengantuk ni. semalam setelah sekian lama tidak karok...saya pergi karaoke kat alamanda. pastu sambung tengok muvie kat screen cinema pulak.... mulanya saya takmo pergi sebab penat balik kerja lambat pastu ditambah dengan hujan lebat, tetapi kawan2 saya paksa. katanya dah lama kami tak 'hangout' dan kebetulan pula semalam kawan kami dari universiti petronas singgah kuala lumpur dan nak sangat berkaraoke...makanya dalam terpaksa rela saya gagahkan diri menjoinkan diri bersama kawan2 yang giler nak glemer kat pusat karaoke karok okey. yang klakarnya masing2 hilang suara lepas habis berkarok okey...maklumlah masing-masing dah lama tak pergi karaoke hehheehe. tapi kan, sesekali lepas gian di karaoke ok jugak...lepas sume tekanan masa melalak tu...tambah pulak kalo nyanyikan lagu2 nasyid... kah kah kah...







 

Thursday, November 17, 2011

Ma...rindu ma....

Apa aku rasa?
banyak rasa.
apa aku rindu? 
banyak rindu.
aku teringat...
banyak ingatan...
aku tak boleh tidur..
aku teringat kepada ma aku...
aku rindu kat ma aku... (panggilan untuk mak aku).
padahal baru minggu lepas aku balik kampung.
terbayang-bayang wajah ibu kesayangan aku.
wajah mulus seorang ibu...
wajah suci seorang ibu...
wajah bahagia seorang ibu yang inginkan kebahagiaan bagi semua anak-anaknya.
sungguh saat ini aku teramat rindukan ma aku...
aku teringin peluk ma aku seerat yang mungkin...
aku teringin cium ma aku banyak-banyak...lama-lama...
aku ingin pegang pipi ma aku...
aku ingin picit-picit ma aku biar hilang semua rasa lenguh badan ma aku...
kenapa malam ini lain benar rasa rindu ini dirasa...
ma....
ma....
ma....
andai boleh aku terbang, akan aku terbang sekarang juga.
terbayang wajah seorang ibu...
wajah yang tersirat seribu rasa...
wajah yang menyimpan seribu...berjuta kesusahan serta kepayahan dalam membesarkan aku dan adik-beradik sehingga menjadi manusia seperti apa adanya sekarang.
sebenarnya aku bimbangkan kesihatan ma aku...
sebelum aku balik kl 4 hari lepas ma aku tak berapa sihat...
dia demam dan batuk-batuk...
aku sebenarnya berat hati untuk balik kl memandangkan ma aku tak berapa sihat.
tapi aku terpaksa balik juga...
tanggungjawab kerja...
sedangkan hati aku memberontak untuk tinggal dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak disaat ma aku tidak sihat...
aku berdoa semoga ma aku sihat dan tidak sakit-sakit lagi...
hari-hari aku berdoa supaya ma dan abah aku sihat-sihat selalu dan dipanjangkan umur untuk beramal ibadat kepada Allah.
terbayang-bayang lagi wajah ma aku disaat aku ingin berangkat pulang ke kl...
aku salam aku cium lama-lama tangan ma aku...
kemudian aku cium pipi kanan pipi kiri dan dahi ma aku sebelum aku peluk ma aku erat-erat... sebelum dia cium pipi kanan pipi kiri dan dahi aku...seperti kebiasaannya sebelum aku menyalami dan memeluk abah aku pula...
aku lihat ada genangan air mata ditubir mata ma aku...
tapi aku tahu...ma sedaya upaya cuba menahan tangis setiap kali melepaskan aku pulang ke kl
dengan berbekalkan doa restu dan bermacam-macam lagi nasihat dan bekalan supaya aku tidak kebuluran keseorangan.
itulah ma aku...
setiap kali aku nak balik kl macam-macam yang dia kirim padahal aku boleh beli aja di kl...
kalau boleh...dengan ayam itik lembu kambing kerbau sekali dia nak kirim kat aku hehehhee. 
takut aku kebulur katanya. 
tapi aku diam aja...aku terima apa aja yang ma aku bagi...hati ibu mesti dijaga.
sempat juga ma aku jahitkan aku sepasang baju kurung kain cotton english. 
esok aku nak pakai baju kurung yang ma aku jahit tu....*terapi untuk melepaskan rindu kepada ma aku...harap-harap ianya berkesan.

*
*
*
masih teringatkan ma.....................






Wednesday, November 16, 2011

Konsert Melodi Cinta Rossa KL 2010 (part 2/8)

Layan...
practice lagu ni untuk persembahan annual dinner bulan depan...
hurmm boleh lah lagu ni pun. belasah aje lah.

Tuesday, November 15, 2011

Pening + ngantuk = pentuk

Ngantuk sebab tak cukup tidur.
dah la semalam lebih kurang pukul 2 pagi baru terlelap sebab susah lelap.
pastu terjaga pulak kul 3.30 pagi sebab panas. 
dalam keadaan mamai tu saya bangun tekan suis kipas. pastu tekan pulak suis lampu.
aikkk...dalam mamai terkeluar perkataan ini. 
lampu kipas tak berfungsi....elektrik takde??
pastu saya capai buku note dan kipas-kipas badan kasi berangin berangin sikit.
sambil kipas sambil baring. pastu bangun duduk bersila pulak...panas lagi.
sambil saya dok layan mengantuk dalam kepanasan
tetiba terdengar suara-suara bising pakcik-pakcik kat luar rumah.
dorang call orang tnb suruh mai repair kot sebab tak lama selepas tu kipas start berfungsi seperti biasa.
makanya dapat lah saya tidur barang seketika sebelum bangun mandi, solat subuh dan bersiap2 untuk mai opis...... sekian bebelan saya yang sedang mengantuk. sedang berkira-kira untuk tidur sekejap dibawah meja keja. nak tido ke tak? nak tido ke tak? ahahhahaaaa........



saya tak breakfast lagi ni. ada sesapa nak belanja saya sila pegang telinga anda...





Monday, November 14, 2011

Hadiah last minit!

Last minit dapat tahu tarikh birthday sorang staff dibawah seliaan su.
buat kira-kira tambah tolak bahagi darab = memang dah tak sempat nak beli hadiah untuk dia. tengah ralit dok tengok citer kungfu lakonan jackie chan tetiba dapat idea nak buat uncang dan sarung handphone sebagai hadiah harijadi kat staf sorang tu ngeh ngeh ngeh....

dan hasilnya amat amat amat lah menyenangkan hati...
nah amik ini hadiah daripada bos awak yang cerewet! eerrrkkk...cerewet ke ek ek ek....????
bukan teliti ke ek ek ekk????  what ever lah...syu tak kesah :) wink! wink! wink!
teliti untuk kebaikan takpe. mesti sentiasa berhati-hati. yang penting jangan gejolos gelojoh.
orang tua dahulu kala ada berkata 'tak kenal maka tak cinta...' ok. muahahaaa gelak jahat.



uncang yang dah siap dikait.



sarung handphone dan uncang yang dah siap. 
handphone cap ayam tu sesaje je nak interpremmm.



hadiah dah masuk kotak. 
pembalut tu su buat sendiri pakai kertas kaler A4.
kaler biru kuning je yang ada.
so, belasah aje lah kaler apa pun yang ada...muahahhaa.



ditambah dengan aksesori card bentuk hati buatan sendiri
yang seada dan sedaifnya hehehee.
harap-harap birthday girl sukeeee hadiah ni....
tapi kalau tak sukeee jangan dibakul sampah kan. 
kalau tidak karang dengan birthday girl sekali akan dibakul sampah kan tauuuu...
kah kah kah gelak kejam.
penat buat ni...lenguh bahu, kebas sume jari jemari kuuu...
kepada birthday girl harap pasni rajin-rajin buat kerja,
tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi heheheee.
sentiasa focus dan jangan careless selalu-selalu sangat.
karang tak pasal-pasal ada orang yang akan bertukar rupa
jadi hulk 'orang hijau' muahahaa gelak ngeri.



sekian, masa untuk tido.
ada sesape nak dodoikan su tido?? 
dusshhh duusshhh duuuuusssshhhhh




ilham dalam kesejukan...

Kat luar hujan turun sangat lebat.
saya pula sorang-sorang di rumah.
housemate ntah kemana-mana.
dating agaknya....
dalam telekung menunggu solat isyak.
terasa kesejukan...
lalu saya taip n3 ini hehehhee.
yess...sekarang azan sudah berkumandang.
jap lagi nak solat isyak dulu.
tiba-tiba teringat pengumuman imam masjid pagi tadi.
katanya ada kematian disini di penempatan ini.
akhirnya kepada-Nya kita semua akan dikembalikan.
tiba-tiba badan terasa menggigil...
ingat kematian...
ingat dosa pahala...
ingat amal ibadat yang tidak seberapa...
masih ada kekurangan disana sini.
sedekah jariah banyak mana sangat.
rasanya timbangan bahu sebelah kiri lagi berat daripada timbangan bahu sebelah kanan.
Allahuakhbar....Allahuakbar....Allahuakhbar...
takutnya ya Allah...
kerdilnya dirasakan diri hamba mu yang lemah ini...
ingat dosa-dosa kecil besar semenjak saat dilahirkan sehinggalah kesaat ini...
Ya Allah....
Engkau terimalah solat solat ku...
Engkau terimalah amal ibadat ku...
Engkau terimalah sedekah jariah ku...
Engkau terimalah taubat hamba mu yang lemah ini...
Engkau terimalah diri ku yang khilaf ini...
diri yang lemah ini mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Mu...
diri yang lemah ini mengharapkan rahmat dan redha Mu...
diri yang lemah ini mengharapkan kebahagiaan dunia akhirat...
sesungguhnya diri ini hanyalah insan biasa yang banyak kelemahan dan khilaf.
sesungguhnya kepada-Mu hamba berserah diri...
kuatkanlah semangat ku...
berikan daku ketabahan...
bimbinglah hamba yang lemah ini kejalan yang lurus lagi diredhai...
hamba tawakkal kepada Mu...
amin ya rabbalalamin...




*kawan-kawan...jom kita semua solat jom :) 
*sayang kamu sume :-*






Thursday, November 3, 2011

Jerat Percintaan




Jom kita layan jerat percintaan sat...
"tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini.
aku bertanya sendiri apakah akan terjadi.
oh apakah kita kan teruskan didalam arus percintaan
perlukah kita untuk berkorban..."

Wednesday, November 2, 2011

Sekian kalinya lagi.


*
*
lagi...
lagi...
muntah darah lagi...
muntah lagi...
sekian kalinya lagi.
selepas ni apa pula lagi...
tunggu dan lihat.
dah tak larat dah rasa...
tapi takpe lah...
yang penting saya tak akan susahkan sesiapa...
terutama orang-orang yang saya sayang.
*
*
hari ni silent MODE.
mood, feeling, tekak, peti suara... 
kurang selesa untuk berkata-kata...
tetapi yang penting saat ini muka mesti senyum...
mesti ceria walaupun lakonan semata...
yeahh hati!! mesti kuat!! mesti kuat!!
jangan tunjukkan sakit itu!!!
kuatkan semangat!!
kuatkan diri!!
mesti happy selalu!!
mesti ketawa selalu!!
mesti senyum selalu!!
*
*
tapi hari ni pagi-pagi lagi si izat dah merajuk dengan saya...
hehehe dia memang macam tu dengan saya suka sangat merajuk...
tak padan dengan lelaki...
puncanya sebab saya tak layan dia berborak.
esok-esok kalau dah ada makwe...
tak tahulah caner makwe dia nak handle...
dapat bertahan atau tidak dengan si izat ni. hurmm.
hal sekecil kuman macam tadi pun dia boleh nak merajuk..
takpe lah...lagi pun dia tak tahu apa-apa.
dan harapnya semoga akan datang dia lebih matang...
takmo lagi la rajuk2 selalu...kadang2 merimaskan.
rajuk manja sekali sekala masih boleh diterima... 
nak kena buat sesuatu ni supaya dia tidak lagi merajuk...
kena cari idea caner nak pujuk rajuk dia...
kalau susah-susah sangat biar saya pulak yang merajuk..ok tak?
kalau perempuan macam saya merajuk kira ok lagi sebab ada 'kecomelan' disitu huahaha...perasan.
tapi kalau lelaki yang merajuk memang tak kacak langsung kan kan? hikhik...
*
*
hidup mesti diteruskan 
walau apa pun yang terjadi.
*
*
say cheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeesseee!!!!




Tuesday, November 1, 2011

Rahsia 6 perkara

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...