Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Monday, April 30, 2012

7 Tip dapur

1. Menjaga cili segar
    supaya tahan lebih lama, buangkan tangkai sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.

2. Buah cepat masak / matang
    untuk mempercepatkan buah masak/matang, balut ia dengan menggunakan surat khabar dan letakkan di 
    tempat yang kedap udara selama dua hingga tiga hari.

3. Kelebihan kentang
    Rendam kentang di dalam air garam selama 15 minit sebelum dibakar. gunakan kulit kentang rebus untuk
    mengelap cermin bersih berkilauan.

4. Menanggalkan kulit tomato
    letakkan di dalam air suam selama 5-10 minit. maka, kulitnya selepas itu akan mudah dikupas.

5. Pisau bersih sediakala
    hilangkan kesan minyak pada bilah pisau, lapkan ia dengan menggunakan buah lemon yang dihiris.
    kemudian basuh dibawah aliran air. sifat berminyak itu akan hilang.

6. Sayur segar berkhasiat
    potong sayur apabila sudah bersedia untuk menggunakannya. jangan potong terlebih dahulu kerana
    ia boleh menyebabkan kerosakan khasiatnya. 

7. Elak ais beku
    bagi mengelakkan pembentukan ais di dalam peti sejuk, gosokkan garam kedalam penyejuk beku anda.







Biskut Oren

Bahan-bahan A (Dikisar halus)
- 260 g tepung gandum.
- 1/2 camca teh serbuk penaik.
- 60 g Nestle Cornflakes

Bahan-bahan B (Dicampur)
- 130 g mentega.
- 50 g lelemak sayuran.
- 145 g gula kastor.
- 1/2 cawan larutan gula aising dalam 2 camca teh air suam dan hirisan kulit oren.

Bahan-bahan C (Dicampur)
- 2 1/2 camca teh parutan kulit oren.
- 3 camca besar jus oren.
- 1 biji kuning telur (kecil)

Cara membuat;
1. Campurkan bahan-bahan A dengan Nestle Cornflakes.
2. Masukkan bahan-bahan B ke dalam campuran Nestle Cornflakes, gaul sehingga menyerupai serbuk roti halus.
3. Masukkan gula dan bahan-bahan C, gaul sebati sehingga menjadi doh lembut.
4. Canai doh setebal 6 mm di antara 2 helai plastik. Terap dengan acuan biskut yang disukai.
5. Letak di atas dulang pembakar yang telah dilensar.
6. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180 celcius selama 12-15 minit atau sehingga kekuningan. 
7. Bila biskut telah sejuk, paip larutan gula aising dan tabur hirisan kulit oren ke atasnya.








Sihir berubah mengikut peredaran zaman.

Tanda-tanda awal gangguan.

1) Pesakit akan berasa berdebar-debar tanpa sebab. Rasa tidak sedap hati atau tidak merasa tenteram.
2) Pesakit akan merasa desiran angin yang bergerak pantas atau desingan yang kuat sama ada di sebelah telinga atau kedua-dua belah telinga.
3) Pesakit mungkin mendapat lintasan wajah seseorang didalam mindanya secara sepintas lalu.

Tanda-tanda diri dimasuki jin.

1) Pesakit merasa hujung-hujung jari tangan dan kaki bagai dicucuk jarum, rasa seperti terbakar atau panas.
2) Pesakit merasa kebas-kebas pada anggota badan terutama kaki, tangan dan muka.
3) Pesakit rasa sakit pada pinggang, bahu, tengkuk atau kepala.
4) Sakit perut yang memulas-mulas seperti dijerut tali.
5) Merasa seram sejuk atau seperti hendak demam.
6) Merasa meremang pada tengkuk.

Tanda-tanda kerasukan.

Ia biasa berlaku ketika pesakit sedang menjalani rawatan yang dalam keadaan lemah sehingga syaitan dan iblis begitu menguasai sepenuhnya. Terutama ketika ayat-ayat al-Quran dibacakan terhadap pesakit.
1) Pesakit akan menggigil dan meronta-ronta.
2) Pesakit akan menjerit, ketawa, mengilai dan menangis.
3) Mata pesakit akan memandang dengan pandangan yang tajam seperti mengancam dan penuh dendam.
4) Meminta supaya jangan membaca al-Quran.
5) Muntah-muntah yang teruk.
6) Batuk tanpa henti.
7) Terus hilang kesedaran diri dan mula mengeluarkan suara yang kasar dan berlainan dari suara asal dengan bertutur dalam bahasa asing seperti siam, jawa dan dialek-dialek yang bukan dialek asal pesakit. 
8) Pesakit menjadi kuat dari tenaga asal.






Tuesday, April 10, 2012

Hebatnya solat di awal waktu.






APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?



WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?



WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



WAKTU MAGRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.



QIAMULLAIL
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.


 

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...