Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Sunday, July 29, 2012

Puasa itu nikmat walaupun sendirian.


Selamat berpuasa...
hari ni dah masuk hari ke-9 kita umat Islam berpuasa.

Seminggu sebelum puasa saya sempat balik bercuti ke kampung. dalam masa seminggu berada di kampung bersama keluarga sempat lah merasa durian dari kebun kecil abah. hari-hari saya makan durian dengan berseleranya sebab masa kat kole lumpur saya begitu kebulur untuk makan durian tetapi disebabkan dalam kepala dah set yang durian yang ada dijual di area kole lumpur tak fresh dari ladang maka saya sanggup menahan kebulur durian hahahaa.. agak memilih walaupun sekadar hendak makan durian.
maklumkan durian dari kebun abah lagi fresh dari ladang dan semestinya lagi sedap dimakan tambah lagi abah bagi makan free jek muahahhaa :) ada dua tiga kali saya berlawan-lawan makan durian dengan abang, sape yang berjaya makan durian paling banyak dia lah juara hahahhaa. semestinya saya yang banyak kalah.

Mak saya pulak  macam faham-faham je yang selera makan saya kebelakangan ini makin menjadi-jadi. sebut je nak makan apa mesti mak buatkan dan semuanya saya sebat dengan lahapnya hahaa. terkejut mak tengok saya makan macam tu. iyelah, semasa saya sakit sebelum ni mak masak apapun saya tak selera, kalau makan pun sikit je sekadar nak ambil hati mak yang penat-penat masak untuk saya...imbas balik waktu itu teringat rungutan emak pada saya. mak kata buat penat je dia masak macam-macam tapi saya makan sikit je. waktu tu saya menangis sedih kerana tak mampu nak makan semua makanan yang mak masak khas untuk saya, waktu itu saya sakit dan mak pun tahu saya sakit sebab itu dia sanggup masak macam-macam untuk saya supaya selera makan saya ada. tapi apakan daya, kalau nikmat selera makan dah ditarik..... sekarang ni lain pulak jadinya, ibarat kata seminggu bercuti di kampung mulut saya tak henti-henti menguyah makanan. alhamdulillah, rezeki balik kampung dan nikmat makan oleh-Nya dikembalikan.

Hari-hari terakhir bercuti dikampung sempat lah berpuasa di kampung dua hari bersama keluarga sebelum balik kole lumpur semula. makan sahur, berbuka dan sama-sama pergi terawih dengan ma dan abah serta adik beradik terasa betapa seronok dan nikmatnya...dan dapatlah jumpa dan bertegur sapa dengan beberapa kerat warga kampung di masjid tu, tapi yang sedihnya ada dikalangan mereka yang dah tak berapa nak cam muka saya...sedih tapi rasa kelakar sebab ada yang kata saya adik kepada adik saya disebabkan saiz badan saya yang kecil comel serta menawan ni muahahhaa * tak salah kalau sekali sekala nak perasan syok sendiri kan...

Balik kole lumpur, bermula lah episod sedih saya berbuka puasa dan bersahur tanpa ahli keluarga disisi. terasa betapa sendirinya hidup ini diperantauan walaupun ada waktunya kawan-kawan dan sanak saudara ajak berbuka puasa bersama-sama...tapi tetap terasa kelainannya. pastu pergi solat terawih sorang-sorang, pandai-pandailah bawa diri ditempat orang. beberapa hari puasa ni dah dua masjid menjadi destinasi solat terawih saya. selalunya saya pergi terawih di masjid bukit indah ampang, semalam saya pergi berbuka dan bersolat terawih di masjid asy-syakirin sebelah bangunan klcc tu. best...kawan saya yang kerja kat petronas yang ajak saya berterawih sama-sama di masjid tu. ada disediakan bubur dan makanan free sebagai juadah berbuka tetapi kami bawa makanan sendiri yang sempat kami masak di bazar ramadhan sekitar situ hehheehe.

Toleh kiri toleh kanan ramai pulak warga bangla kat dalam masjid tu....pikir-pikir mesti dorang seronok sebab dapat berbuka puasa free...save bajet belanja makan dorang untuk bulan ramadhan ni...alhamdulillah rezeki bulan ramadhan. nikmat betul berada di bumi malaysia ni kan. lepas terawih ada pula disediakan bubur kacang dengan air teh..seronok dapat makan ramai-ramai walaupun tak kenal mereka2 dalam masjid tu. masa nak balik tu kebetulan pulak ada lagi bungkusan juadah berbuka tadi yang terlebih..mereka bagi sebekas pada saya, alhamdulillah lagi... rezeki itu lah yang saya makan untuk sahur pagi tadi. ada lauk gulai ayam, sayur, sambal, ikan masin dan ikan goreng kicap dalam bekas tu. balik masukkan dalam peti ais dan bangun sahur tadi saya panaskan aje. sedap...nasib baik dorang dah asingkan siap2 lauk2nya dan yang lain2 tu dengan nasi. jadi takdelah makanan tu basi. rezeki jangan ditolak, makanan jangan dibazirkan nanti Allah payahkan rezeki kita.. ma dan abah saya selalu pesan macam itu pada saya, setiap kali setan nak menghasut saya supaya melakukan pembaziran mesti saya akan teringat pesanan ma abah saya dan akhirnya terselamat lah saya dari melakukan dosa pembaziran....dan semoga dengan amalan menghargai rezeki itu Allah akan menambahkan lagi rezeki saya untuk dikongsi dengan orang lain pula..amin ya rabb...:)

Setengah jam dari sekarang pulak saya nak ke rumah mak sedara saya di bangi. mereka ajak saya berbuka puasa disana sejak dari minggu lepas lagi. nak tak nak mesti kena pergi juga kalau tak karang sentap pulak mereka tu dengan saya. lepas berbuka nanti saya plan nak berterawih di masjid  terapung putrajaya pula. harap tak lupa nak ajak adik angkat saya yang tinggal di putrajaya untuk berjemaah sama-sama dimasjid tu...jumpa nanti nak peluk dia kuat-kuat sebab dah lama tak jumpa kan....

tak sabar dah nak gi bangi...

ok lah, saya akhiri entri saya ni dengan ucapan suci ASSALAMUALAIKUM...dan selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa.



Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...