Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Thursday, October 17, 2013

Aku kembali...

Salam...
dan selamat menyambut hari raya aidiladha walaupun hari ni dah masuk hari yang ketiga.

Setelah sekian lama aku menyepi dan meminggir diri dari wajah blog aku ni, akhirnya ketika ini dan saat ini aku terpanggil untuk berkongsi sedikit pahit manis rencah perjalanan cerita hidup aku kebelakangan ini. Tiada seindah mana pun, walaupun ada ketikanya tidak dinafikan hidup aku juga penuh dengan warna warni yang mendamaikan.

Sakit aku datang lagi. 27hb september 2013 kawan ofis aku hantar aku ke KPJ Ampang Puteri. Selepas pemeriksaan doktor tahan aku di wad. 4 hari aku berbulan madu di hospital ditemani doktor dan nurse yang baik-baik belaka. Paling aku tak suka dan rasa nak lari dari hospital tu bila nurse nak inject aku, ngeri aku tengok jarum...besar pulak tu jarum yang dorang guna untuk inject aku...dasar penakut, aku siap merayu-rayu lagi supaya nurse tu jangan inject hehee. Hari kedua aku buat test mri...25 minit dorang tu sumbat aku masuk mesin terowong tu, sib baik jugak dorang tu baik hati pakaikan aku ear phone supaya aku tak terasa bosan dan takut sementara nak menunggu 25 minit ujian mri keatas kepala otak aku ni hihii..sebenarnya aku takde lah takut sangat buat test mri berbanding kena inject, cuma ada sedikit rasa teruja dan takut dengan result yang bakal keluar...apa-apa pun aku kena positif, kena pandai kawal perasaan disaat aku sedang sakit. Hari-hari berikutnya macam-macam test yang mereka buat keatas aku, dalam keterpaksaan dan kesakitan itu aku menyerah diri saja, yang mampu aku lakukan cuma berdoa semoga aku cepat sembuh dan dapat cepat-cepat keluar dari hospital. Bosan rasanya berlama-lama di hospital walaupun sedara-mara dan kawan-kawan datang melawat.

Cukup 4 hari bertapa di hospital aku merayu dengan doktor untuk discharge selepas semua result ujian kesihatan aku tidak membimbangkan sangat. aku beria-ria yakinkan doktor yang aku dah ok memandangkan suhu badan aku dah tak sepanas hari-hari sebelumnya. Walaupun doktor berat hati nak lepaskan aku, tapi disebabkan kedegilan aku dia lepaskan juga. Pukul 10 malam baru aku dapat keluar dari KPJ Ampang Puteri. 

Keesokan hari selepas aku keluar hospital, suhu badan aku kembali panas yang luar biasa. aku demam, 3 hari aku bertahan dalam kesakitan dirumah sebab aku nekad tak nak masuk hospital. Masuk hari keempat demam aku bekum kebah, terpaksa abah aku datang ambik aku di KL bawak balik berubat di kampung...dan sekarang dah masuk 21 hari aku cuti rehat dikampung. Dah cuti lama macam ni aku rasa tak sabar pulak nak masuk kerja semula. Harap-harap aku cepat sembuh seperti sedia kala semula...Insha Allah...





Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...