Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Sunday, June 15, 2014

Aku tidak memilih untuk menjadi seorang insan biasa.

Aku tidak memilih untuk menjadi seorang insan biasa,
Memang hakku untuk memilih menjadi luarbiasa,
Kini aku mencari-cari peluang, bukan perlindungan.

Aku tidak rela menjadi warga yang terkongkong,
Rendah diri dan dipelihara oleh keadaan,
Aku hendak mengambil risiko yang terkira,
Untuk berimpian dan membina,
Untuk gagal dan berjaya.

Aku enggan menukar perangsangan untuk sebarang sumbangan,
Aku menyahut cabaran hidup daripada sumbangan,
Aku menyahut cabaran hidup daripada kewujudan yang terjamin.

Kenikmatan untuk mencapai sesuatu bukan utopia yang basi,
Aku tidak akan menjualkan kebebasan untuk menerima kebajikan,
Tidak juga maruahku hanya untuk hidup menerima,
Aku tidak akan tunduk pada sebarang “tuan” dan ancaman.

Adalah memang warisanku untuk berdiri teguh,
Bangga dan tidak kenal erti takut,
Untuk berfikir dan bertindak atas diri sendiri,
Untuk menggunakan hasil-hasil usaha yang telah kujayakan.

Menghadapi dunia ini dengan megah,
Lalu berkata “inilah yang telah kulakukan”,
Segalanya ini adalah ERTI SEORANG INSAN.







No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...