Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Saturday, June 14, 2014

Syukur...Doa ku untuk mu

Syukur Alhamdulillah...

Perasaan gembira yang tidak terhingga kerana kawan saya yang terlantar sakit di hospital PPUM selama hampir 2 bulan lebih telah dibenarkan pulang ke rumahnya. Walaupun masih belum sihat sepenuhnya tetapi saya rasa sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana kawan saya tu dah boleh bercakap walaupun kadang-kadang saya kurang faham butir percakapan beliau. Beliau juga dah dapat menggerakkan kedua belah tangannya berbanding selama tempoh terlantar di hospital tu kawan saya cuma mampu baring dan tak berdaya untuk bergerak akibat dari sakit radang otak yang dideritainya, berpunca daripada demam panas. 
Cumanya sekarang ni kawan saya tu kena banyak buat terapi dan exercise kerana kedua-dua belah kakinya masih belum kuat untuk berjalan dan kedua-dua belah matanya kurang nampak. Doktor bagi masa beberapa bulan lagi untuk melihat perubahan positif kawan saya tu...
Apa yang penting sekarang, kawan saya kena kuatkan semangat dan tabah. Saya akan sentiasa doakan kawan saya semoga dia kembali sihat seperti biasa...amiiin.




No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...