Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Friday, January 31, 2014

Aku dan Tahun baru cina 2014

Raya cina pada tahun ini aku tidak balik kampung sebab baru dua minggu lepas aku cuti sakit. 8hb hingga 19hb januari 2014 aku balik kampung kerana sakit. Sebelumnya aku pergi check doktor di klinik swasta kerana ada ketulan di breast aku sebelah kiri. Doktor Sajidah nasihatkan aku supaya pergi berjumpa doktor pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana bimbang ketulan itu agak besar. Dr Sajidah membuat satu surat untuk aku refer kepada doktor pakar di hospital KPJ. Pada mulanya aku bercadang untuk merujuk doktor pakar di kpj ampang puteri sahaja tetapi setelah meminta pendapat dan nasihat daripada abah, aku akhirnya membuat keputusan untuk balik berubat di kampung. Abah dan kakak ipar datang ambil aku di ampang untuk dibawa balik berubat di kampung. Keesokan harinya setelah sampai di kampung aku terus ke kpj perdana kota bharu untuk mendapatkan rawatan doktor pakar disana ditemani oleh mak, adik, emak saudara dan sepupu aku.
Memang agak takut ketika pertama kali hendak berjumpa doktor tu..aku takut sekiranya ketulan itu adalah kanser atau apa sahaja yang serius...pendek kata aku takut dan tidak bersedia untuk menerima laporan perubatan daripada doktor pakar yang merawat aku. Doktor pertama yang membuat pemeriksaan keatas aku agak terkejut kerana aku boleh bertahan menanggung kesakitan akibat ketulan yang besar itu. Selepas itu aku disuruh membuat ujian ultrasound untuk memastikan apakah sebenarnya ketulan yang sedang membesar didalam breast aku tu. Doktor kedua juga agak terkejut kerana aku sanggup bertahan menanggung kesakitan di breast aku tu... Aku dapat melihat satu persatu setiap biji dan ketulan yang menghuni di kedua2 breast kiri dan kanan aku....tidak dapat dibayangkan betapa takutnya aku. Oleh kerana perasaan takut yang melampau itu banyak pertanyaan2 serius yang aku tujukan kepada doktor yang sedang membuat ultrasound keatas aku. Aku agak berpuas hati dengan setiap penerangan daripada doktor pakar itu dan ini dapat mengurangkan sedikit perasaan takut dan bimbang aku.

Lebih kurang satu jam aku dibilik ultrasound tu aku diminta untuk berjumpa semula dengan doktor pakar pertama yang check aku, setelah diberikan salinan report dan filem ultrasound tadi. Ketika ini aku kembali risau untuk mendengar keputusan doktor apakah ujian seterusnya yang perlu aku jalani. Doktor dapat membaca kerisauan dan ketakutan di wajah aku. Ayat pertama yang keluar daripada mulut doktor itu ialah 'not to worry' masih ada masa untuk berubat...ketulan itu sebenarnya adalah blood clot atau pus yang terjadi akibat hentakan didada semasa aku kemalangan kereta pada 16hb november 2013 yang lepas. Selain itu ada juga complex cystic dan fibroadenoma. Doktor tidak cadangkan aku untuk membuat pembedahan tetapi dia nasihatkan aku supaya makan ubat yang diberikan sebagai rawatan pertama dan meminta aku supaya datang semula pada bulan 3 akan datang untuk membuat ujian ultrasound lagi sekali bagi melihat semula perkembangan rawatan dan keadaan ketulan di breast aku....

Sekarang ini sudah beberapa minggu berlalu...ketulan di breast aku semakin mengecil walaupun kadang-kadang aku masih lagi dapat merasa sakit dan sengal2. Aku juga telah membuat perawatan islam sebagai alternatif untuk mengubati penyakit aku...dan kini alhamdulillah ada perubahan positif dan aku juga berdoa agar sakit aku ini cepat sembuh dan aku kembali ceria dan sihat seperti dulu....

Thursday, January 2, 2014

Selamat datang tahun baru 2014.

Hari pertama kerja pada tahun baru 2014. Apa perasaan? Alah rasa macam biasa-biasa jer..tak rasa istimewa sangat. Hari ini juga merupakan hari pertama sesi persekolahan 2014 dimulakan di Malaysia. Masing2 seronok dapat pakai baju sekolah baru..kasut baru..pendek kata semuanya baru lah. Bagi yang tak dapat pakai baju sekolah baru..kasut baru tu jangan sedih2 yer dik..yang penting dapat masuk sekolah dan belajar... gali ilmu Allah sebanyak mungkin dan semoga dengan ilmu itu adik2 dapat gunakan untuk kemajuan umat manusia sekalian alam.




Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...