Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Saturday, April 4, 2015

Memori Gerhana Bulan

SubhanAllah.

Maha Suci Allah.

Cantik sungguh ciptaan Allah ini, Gerhana Bulan.

Teringat zaman dahulu kala, ketika zaman jadi budak sekolah menengah. Selalunya Raja Sue akan tidur awal, kemudian bangun semula waktu dinihari untuk ulangkaji mata pelajaran.

Kalau kebetulan malam tu ada gerhana bulan atau bulan mengambang penuh atau apa-apa je pasal bulan, Raja Sue akan bertenggek di beranda rumah sambil merenung bulan yang sedang mengambang sambil berfikir tentang kebesaran Allah SWT. Ada juga terfikirkan tentang putera bulan hahaha.

Merenung bulan sampailah bulan mengambang tu hilang dari pandangan.
Kalau waktu tengah kusyuk merenung bulan tu, tiba-tiba muncul mambang taring panjang sejengkal agak-agak selamber jer kot Raja Sue say "hai mambang, ko pun nak merenung bulan jugak?? 
Ko tak buat keje part time ke malam ni?? Huahaha berani!!

Bestnya kan kalau boleh kembali ke zaman remaja dahulu kala hehe.
.
.
Oh bulan mengambang!
.
.
#RajaSue
#KualaLumpur
#AllahMahaAgung

No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...