Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Thursday, June 11, 2015

Kenapa hati tak tenang?

Kenapa la hati ni tak tenang?

Macam mana hati nak tenang,
@ kalau solat pun kurang
@ buat tahajjud pun jarang
@ bila sedih kau cari kawan, bukan cari TUHAN.
@ bila ada masalah muzik dan lagu jadi hiburan, Al-Quran mana nak layan.
@ dibibir pula rajin mengumpat, taubatnya tidak.
@ bila ada masalah, laman sosial jadi tempat luahan, tikar sejadah taknak pandang...

Jadi, jangan di tanya kenapa hati tak tenang, kalau hidup pun jarang ingat TUHAN..
.
.

No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...