Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Tuesday, May 26, 2015

Elakkan Riak

Saling ingat mengingati antara satu sama lain.
Sharing is caring
Caring is loving
I love u all becouse of Allah :)

Monday, May 25, 2015

Mulakan pagi dengan doa

Mari mulakan hari kita dengan berdoa.
Semoga di permudahkan segala urusan, sama ada urusan dunia mahupun urusan akhirat...aamin.

Sunday, May 24, 2015

Suara Kecil vs Suara Hati

Asalamualaikum.. 😊😊
.
Selamat Berhujung Minggu rakan2 semua 🌾🌾
.
🌜Tahukah Anda Dalam Diri kita Ada dua suara ..satu suara kecil atau dipanggil the small little voice satu lagi suara hati (suara positif)
.
HATI HATI...😳
.
KENAPA RAMAI ORANG GAGAL ?
.
🌜sebab mereka biarkan suara kecil itu bermaharaja lela dan mereka selalu dengar suara kecil itu dan mereka menutup suara hati mereka..
.
😇Apa suara kecil tu?
.
🌜satu suara yg berkata Negatif terhadap diri dan usaha anda..
.
🙅tak payah la buat ,susah ni
🙅tak payah amik tahu la, kau bukan boleh berjaya.
🙅tak payah la ikot dia orang ..dia orang x pe la dia orang pandai.
🙅tak payah la usaha buat penat je .. tunggu je.
🙅ishh nk cerita kat org tu?? x yah la confirm dia tak nak tu..
🙅ishh nk ajak org tu?? kalau dia tak nak?? malu la kau..
🙅biar betul kau nk cakap kat dia.. nanti dia marah nanti hah mcm mana??..
.
👆👆👆👆👆 ini antara suara kecil yg bermain di kalangan kita..
.
😊untuk berjaya anda perlu meminimumkan penguasaan suara kecil ini..dengan mendengar suara hati dan sediakan jawapan..
.
🙋Mereka Boleh Aku pon boleh
🙋Ini cabaran aku mesti lakukan
🙋tak cuba tak tahu.. cuba dulu baru tahu..
🙋orang tak nk biasa la ..janji aku cuba... they say no i say next ..so what? hehe
🙋Aku mesti lakukan demi matlamat aku..
.
👆👆👆👆👆 semakin byk jawapan yg anda sediakan untuk melawan suara kecil itu.. semakin positif minda anda dan semakin laju pergerakan anda.. anda akan lebih gembira bersama dengan diri yg positif 👍👍👍😀😀😀😀🎉🎉🎉🎉🎉
.
.

PLASTIK BOCOR

Hati2 dengan plastik bocor. Kamu ambil wudhuk dgn sempurna tapi mmbazir air (plastik bocor)
.
Kamu solat, sedekah, baca Quran, pegi haji n umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang.. So (plastik bocor)
.
Kamu beri byk sedekah kat org miskin tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka (plastik bocor)
.
Kamu bangun tahajud, puasa dan taat pada Allah tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan keluarga (plastik bocor)
.
Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kamu bersumpah, mengganggu, mengacau dan tak boleh kawal marah kamu (plastik bocor)
.
Kamu pakai abaya dan tudung tapi minyak wangi kamu bau kuat (plastik bocor)
.
Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu tapi bila dia balik, kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia (plastik bocor)
.
Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah (plastik bocor)
.
Kamu doa mohon keampunan, Allah beri kamu sakit, kamu mula merungut buat org sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit pengampun dosa) (plastik bocor)
.
Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam plastik bocor. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah!
.
Muhasabah diri😥😥😭😥😭
.
.

Kuasa Istighfar

Membersihkan Hati Umat. Supaya kuat macam gunung. Tahan macam bumi. Luas macam lautan dan tinggi melangit.
.
T H E  P O W E R
O F  I S T I G H F A R
.
M E N C E D O K
D O S A  K E L U A R
.
Kalau Hati kita ni macam tasik.
.
Cuba bayangkan kita cedok secawan
air tasik. Nampak tak berkurang
langsung kan? Sebab secawan tu
kecik. Hatta sebaldi air kita ambik
pun, tasik tu nampak biasa je. Tak
terasa kurangnya.
.
Tapi hakikatnya, air tasik tu kurang secawan. Kurang sebaldi. *Logiknya la kan? heheh."
.
The same goes bila kita tuang
secawan air dalam tasik. Nampak
bertambah ke?? Tapi hakikatnya air
dia lebih secawan dari sebelumnya.
.
BILA-BILA PUN
KITA ISTIGHFAR
.
Hati kita macam itulah. Bila kita buat dosa, kita tak nampak apa-apa. Tapi sebenarnya satu titik hitam dah lekat dalam hati. Kita tak rasa apa-apa. Sebab dia kecik je.
.
Dan, kalau kita istighfar, kita tak rasa apa-apa. Tapi sebenarnya satu titik hitam dah hilang!
.
Jadi, teruskan ‘mencedok’ keluar dosa dari hati kita. Kita mungkin tak nampak 'significance of istighfar.'
.
D O S A - D O S A
P A S T I  T E R P A D A M
.
Tapi sebenarnya kita telah hapuskan titik hitam dalam hati kita. hebat kan?
.
Hati kita selalu dicemari oleh titik-titik hitam dosa yang kita buat.
.
Justeru, kerja pembersihan kena dibuat selalu!
.

استغفر الله
.
A S T A G H
F I R U L L A A H A L  ' A Z I M

::

Dialog TUHAN dan manusia

.
.
Tuhan: "hamba Ku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!"
.
Hamba: "Ilahi, aku lelah, tidak sanggup rasanya."
.
Tuhan: "hamba Ku, lakukan 2 rakaat syafa' dan 1 rakaat witir saja!"
.
Hamba: "Ilahi, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam."
.
Tuhan: "hambu Ku solat witir saja.."
.
Hamba: "Ilahi, hari letih sekali, apa tidak ada cara lain?"
.
Tuhan: "hamba Ku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH..."
.
Hamba: "Ilahi, aku sudah mengantuk kalau aku bangun nanti mengantuknya hilang."
.
Tuhan: "hamba Ku, tayammum saja di tempat tidur mu dan katakan YA ALLAH.."
.
Hamba: "Ilahi, udara terasa sejuk sekali, aku tak sanggup mengeluarkan tanganku dari dalam selimut."
.
Tuhan: "hamba Ku, kalau begitu sebut saja dari dalam hati YA ALLAH, dan akan kami hitung itu sebagai solat malammu."
.
Sampai disini si hamba sudah tidak peduli kerana tertidur lena.
.
Tuhan: "lihatlah wahai malaikat Ku, bagaimana telah Aku mudahkan semua baginya, akan tetapi dia pergi dari Ku dan tidur tanpa meninggalkan apapun..
Bila datang waktu subuh bangunkan dia agar dia bermunajat pada Ku, Kerana Aku merindukan suaranya."
.
Malakat: "Ya Ilahi, telah kami bangunkan dia tapi dia kembali tidur."
.
Tuhan: "bisikkan di telinganya bahawa Aku menantinya."
.
Malaikat: "Ilahi, dia tetap tidur."
.
Tuhan: "katakan, sudah azan...sebentar lagi matahari terbit. Bangunlah sebelum habis waktu subuh kerana aku ingin memberkati sepanjang harinya."
.
Malaikat: "Ilahi, apa Engkau tidak ingin marah padanya?"
.
Tuhan: "Hamba ku tidak memiliki siapapun selain Aku, Aku menangguh marah Ku menunggu dia bertaubat. Hamba Ku, ketika engkau solat Aku memandangmu, seakan Aku tidak memiliki hamba selainmu... Namun engkau lalai seakan kau memiliki ratusan Tuhan....??!.
.
Betapa PENYAYANG ENGKAU YA ILAHI..
Betapa PENGAMPUN ENGKAU YA ILAHI..
Betapa AGUNG ENGKAU YA ILAHI... Ampuni kami hambaMu yang lemah ini"
.
.

APAKAH ANDA ORANG YG SIBUK ???

Ada seorang ulama, berguru kepada seorang ulama. Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain, gurunya berpesan :
.
"jangan tinggalkan membaca Al Qur’an, semakin banyak membaca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah"
.
Dan muridnya pun melakukan seperti yg dipesan. Dia mbaca Al Qur’an 3 juzuk sehari.
.
Kemudian dia menambah lagi hingga 10 juzuk sehari.
.
Dan urusannya semakin mudah.
Allah yang mengurus semua urusannya.
Waktu pun semakin berkah.
.
Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu? Bila kita dapat melakukan banyak perkara dalam waktu yang sedikit.
.
Itulah berkah Al Qur’an.
.
Banyakkanlah membaca Al Quran. Jangan terlalu memikirkan waktu kita yang sibuk... sesungguhnya, bukan kita yang atur waktu kita, tapi Allah.
.
Secara teorinya, kita rasa bila kita banyak menghabiskan waktu membaca al Quran, bermakna kita terpaksa mengurangi kegiatan2 kita yang lain. Hakikatnya, ia bukan seperti yang kita fikirkan.
.
Sebenarnya, lagi banyak kita baca al Quran, Allah akan membuatkan waktu kita menjadi berkah. 
24 jam yang kita miliki seolah-oleh terasa panjang. 
Paling utama, berkat al Quran yang kita baca ini.... pintu2 kebaikan akan dibuka...memberikan kita kesempatan untuk beramal soleh yang berikutnya... tanpa mengganggu kegiatan harian kita yang lain.
.
Barangsiapa yg bangun di pagi hari dan hanya dunia yg difikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 jenis penyakit padanya :

1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.
2. Kesibukan yang tidak pernah ada penghujung.
3. Keperluan yang tidak pernah puas. 
4. Khayalan yang tidak ada akhirnya. [Hadits Riwyt Muslim]
.
~Hiduplah di dunia ini hanya dengan kenikmatan mencari redha Allah~


Saturday, May 23, 2015

8 Perkara JANGAN lakukan untuk MURAH REZEKI

1. Jangan kejar harta kebendaan tetapi kejar rezeki yang diberkati. Harta kebendaan mungkin memuaskan diri, tetapi rezeki yang berkat akan memuaskan rohani.

2. Jangan terlalu ghairah ingin menjadi insan yang berjaya hingga lupakan hukum hakam agama.

3. Jangan berhenti mencari ilmu. Perkataan ilmu disebut seratus kali didalam Al-Quran. Itulah rahsia murah rezeki yang hakiki!

4. Jangan bersikap tamak kerana ada bahagian rezeki kita yang punya, tetapi ada bahagian rezeki orang lain punya, kesemuanya telah ditentukan.

5. Jangan membazir. Maksudnya disini bukan sahaja bazir wang, tetapi jangan membazir masa juga.

6. Jangan lupa bersyukur dengan setiap pemberian-Nya walau sekecil mana.

7. Jangan suka cari kesalahan orang lain. Kalau itu yang kita cari, memang kesalahanlah yang kita akan jumpa. Cari salah silap diri dulu untuk diperbaiki.

8. Jangan mudah bergaduh sesama suami isteri. Nanti mudah sangat pintu rezeki tertutup. 

Kata orang bijak pandai

Jika...

1. Ingin bahagia - Solat awal waktu
2. Ingin sihat - Berpuasa
3. Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah Al-Quran
4. Ingin wajah berseri - Jaga solat Tahajjud
5. Ingin kaya - Solat Dhuha
6. Dihimpit masalah - Beristighfarlah
7. Berdukacita - Berdoalah
8. Mahukan keberkatan - Berselawatlah


Yang membaca, tak untung
Yang bercakap, pun tak untung
Yang mendengar, pun tak untung
Yang untung, orang yang mempraktikkannya, Insha Allah...

Nilai DUIT

Duit...tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.
Duit...tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit.
Duit...tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.
Duit...tak boleh beli kesihatan tapi untuk sihat perlukan duit.
Duit...tak boleh beli kebijaksanaan tapi untuk dapatkan ilmu perlukan duit.
Duit...orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
Duit...bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

D - don't
U - use
I   - intelligence
T - the wrong way

7 Sebab Perlu Kaya dan Berjaya

1. Bila ibubapa anda masih belum mampu menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?
Tergamakkah kita berkata, "aku pun tak ada duit?"

2. Bila ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?
Tergamakkah kita berkata, "aku pun tak cukup makan."

3. Bila ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil-bil klinik, hospital dan kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta-minta dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka?
Tergamakkah kita berkata, "aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ini."

4. Bila ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak-anak datang menjenguk, siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata, "aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila ibubapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata, "aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi seorang ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata, "aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan? Ketahuilah, walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu, setitik keringat ayah, apakah nilainya pada kita? Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama-sama? Berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup. Sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1000 orang, 10000 orang nak tengok kita gagal tetapi ada 2 orang yang benar-benar nak tengok kita berjaya iaitu ibubapa kita. Tunjukkan kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat hebat! Maka marilah kita menilai diri sendiri..

Berbaktilah untuk kedua ibubapa kita, untuk diri kita, isteri kita dan anak-anak kita semoga Allah merahmati mereka dan kita semua. Amiin Ya Rabbal A'lamin.



Mudahnya Menjemput Rezeki

Dalam kehidupan kita sehari-hari, networking kita dengan Allah mestilah luar biasa. Barulah setiap urusan dalam kehidupan kita berjalan lancar, terutamanya dalam urusan rezeki.

Formula untuk menjemput rezeki,

1.
Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 rakaat, sekarang ubah lebih rakaat makin lama makin meningkat.
Selepas solat DHUHA, kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN, Doalah untuk jadi JUTAWAN BERKAT.

2.
TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan bilangan rakaat TAHAJJUD ini. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.
Membaca Al-Quran. Bangun pagi kita jangan buka HP atau rancang nak buat apa dulu. Mandi dan ambil wuduk terus baca Al-Quran dan terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini, Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah 'TIADA MASA'.

4.
Berzikir. Berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari

5.
Solat Berjemaah. Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6.
Bersilaturrahim. Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah menyakiti kita dengan hati yang lapang dan tenang.

7.
Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah satu kuasa yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya kita perlu bersedekah. 1 kali memberi, Allah gandakan 10 dan boleh digandakan lagi 700 kali.

8.
Solatlah di awal waktu. Panggilan Allah lagi penting dari segala-galanya.

9.
Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada Allah. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.
Tawakkal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakkal. Sepatutnya kita Tawakkal dulu baru usaha. Minta sepenuh hati pada Allah dan barulah kita susuli dengan usaha.

4 AMALAN SURAH SETIAP HARI,

1. SURAH YAASIN - SETIAP SOLAT FARDHU
2. SURAH AL-WAQIAH - WAKTU DHUHA
3. SURAH AR-RAHMAN - WAKTU ASAR
4. SURAH AL-MULK - SEBELUM TIDUR

*Minumlah air masak 3 liter sehari.



Nikmatnya Pahala Sedekah

Untuk renungan bersama & saling mengingati antara kita:

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." -(surah al mu'minun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah untuk saudaramu yg telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada org yg bersedekah.

"Kalaulah orang yg bersedekah itu mengetahui dengan sebenarnya dan dapat menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.

Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yang bersedekah adalah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) Orang yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Dan sebaik-baik sedekah sekarang ini ialah menyebarkan info ini dengan niat bersedekah.

Sharing is caring
Caring is loving
I love u all

KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE. RH

.
"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta."
- (Imam AsSyafie)

.
"Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya."
- (Imam asSyafi'e)

.
"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
- (Imam asSyafie)

.
Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun.
- (Imam asSyafie)

.
Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.
- (Imam asSyafie)

.
Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika dia berpendapat salah.
- (Imam asSyafie)

.
Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.
- (Imam asSyafie)

.
Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik sesama manusia.
- (Imam AsSyafie)

.
"Pentingnya menyebarkan ilmu agama.
- (Imam asSyafie)

.
Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak, Menjadi mati lalu membusuk."
- (Imam syafie)

.
"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafie)

.
"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." - (Imam as Syafie)

.
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
- (Imam asSyafie)

.
Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafie)

.
Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan.
- (Imam asSyafie)

.
Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam asSyafie)

.
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

.
Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
- (Imam asSyafie)

.
"Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu Ya Allah... ternyata keampunanMu jauh lebih besar."
- (Imam syafie)

.
"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun menjadi sempit"
- (Imam asSyafie)

.
Letakkan  akhirat di hatimu, dunia di  genggaman tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.
- (Imam asSyafie)

.
Sebesar-besar aib (keburukan) pada diri sesaorang adalah orang yg asyik mencari dn mengata keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri nya  sendiri.
- (Imam asSyafie)

.
Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana dia tak tahu akan landasan ilmu.
- (Imam asSyafie)

Sharing is caring
Caring is loving
I love u all...

Bisnes Cara Nabi SWT.

Sentiasa Senyum

Daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan.
Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu. Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.

Jujur

Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

Tidak Bersumpah Palsu

Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.

Lemah Lembut

Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”

Bukan Mengejar Harta Semata-mata

Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.

Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”

Sharing is caring
Caring is loving
Semoga bermanfaat untuk kita semua.
I love u all.

Nilai syukur

Nikmat Allah yang mana lagi yang kamu ingin dustakan?

Wahai Allah, Engkau tetapkan lah iman ku.
Jadikan aku insan yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan rezeki yang Engkau kurniakan kepada ku.

Walau susah walau senang, walau sedih walau gembira, Engkau peluklah aku dengan kasih sayang dan redha Mu...aamiin.

Tuesday, May 12, 2015

Instinct seorang Sahabat.


Petang semalam saya ada call sahabat ni, just tanya khabar dia. 
Sembang-sembang biasa tanya hal kerja dia tanya khabar anak-anak dia.

Pagi ni, dia call saya bagi kata-kata semangat. Bunyiknye seolah-olah saya ni sedang bersedih tahap kronik tujuh petala langit tujuh petala bumi. 

Tiba-tiba saya konfius sekejap. 
Saya bagitahu dia, saya OK dan saya tanya dia, awak salah call orang ke..sambil gelak-gelak.

Katanya, masa saya call dia petang semalam dia dapat rasa nada kesedihan dalam suara saya. Tidak perlu sembunyi katanya setiap lenggok bicara dan perbuatan dia dapat baca. 

Sambil gelak drakula saya melawak 'aikk, sejak bila sahabat saya ni ganti tempat Nujum Pak Belalang?' Sejak bila pandai Scan jiwa raga orang ni?'
Bla bla bla...

Antara nasihat dia yang masih 'krik krik krik' lagi ditepi telinga pagi ni..
1. Jangan patah semangat, jangan cepat putus asa.
2. Jangan lupa Allah, sebab Allah sayang saya
3. Pilih kawan yang baik baik yang boleh buat saya happy, jangan sedih-sedih.
4. Berlapang dada dan maafkan orang yang menganiaya...dan setengah dozen lagi nasihat saya tak larat nak taip..

Walaupun dah jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan tanggungjawab, tapi bila dah akrab seorang sahabat akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kebaikan untuk sahabat dia. Alamak..sedih pulak tetiba dengan sahabat ni. Sedih sebab terharuuu.



Tak lama lagi dah nak puasa, dah nak rayer.
Kan best kalau sahur & berbuka ada pembantu peribadi?
Nak harga DISKAUN cepatlah PM smile emoticon
www.kedaicowaysue.blogspot.com



Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...