Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Monday, February 14, 2011

Abdurrauf Singkel



Abdurrauf Singkel (1592-1693), ulama Indonesia yang terkenal. Nama sebenarnya Syekh Aminuddin Abdur Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri. Nama Abdurrauf Singkel diperoleh daripada 'Abdoerraoef Van Singkel', nama yang digunakan oleh penulis-penulis Barat seperti, D.A. Rinkers. Gelaran lain untuk Abdurrauf ialah Syekh Kuala, Tengku Syekh Kuala, Syiah Kuala dan Teuku (Tengku) Ciah Kuala.


Abdurrauf merupakan Mufti Kerajaan Aceh. Dia dilantik oleh Sultanah Safiyatuddin Syah. Sekembalinya dari mendalami bidang agama di Timur Tengah. Dia memegang jawatan ini hingga dia meninggal dunia pada tahun 1693. Abdurrauf juga mengajar ilmu hadith dan menterjemah pelbagai jenis kitab. Salah sebuah kitab hadith terjemahannya ialah Syarh Latif ala Arbain Haditsan Lil Iman al-Nawawi. Dia juga mentafsir kitab suci al-Qur'an ke dalam bahasa Melayu. Antara kitab tafsirannya, iaitu Turjuman al-Mustafid Tafsir al-Baidhawi. Kitab-kitabnya yang lain, iaitu Umdat al-Ansab (terjemahan daripada bahasa Parsi), Miat al-Tullab (kitab figh), Aghmadh al-Sail (kitab tauhid), Daqaiq al-Huruf (kitab tasawuf), Mir-at al-Tullab fi Tashil Marifat Ahkam al-Syaroiyah al-Mulk al-Wahhab (kitab undang-undang). Dia juga menghasilkan 26 buah kitab yang berkaitan dengan tarekat dan tasawuf.


Abdurrauf Singkel lahir di Aceh, Indonesia pada tahun 1952, dan mendapat pendidikan asas melalui sistem pendidikan pondok, di Pondok Dayah Suro Lipat Kajang Simpang Kanan Singkel yang diasaskan oleh ayahnya, Syekh Ali al-Fansuri. Kemudian dia mendalami ilmu keagamaan dengan bapa saudaranya, Syekh Hamzah al-Fansuri di Dayah Obah Simpang kiri Rundeng dan di Dayah Geudong yang dipimpin oleh Syekh Samsuddin al-Sumatrani.


Abdurrauf juga mengembara ke beberapa negara untuk mendalami pengajiannya dalam bidang agama seperti Makkah, Madinah, Yaman, Mokha, Bait al-Faqih, Ibnu Ujail dan Jeddah. Pada tahun 1642, Abdurrauf melanjutkan pelajarannya ke Timur Tengah dan pulang ke Aceh pada tahun 1659. Sepanjang 19 tahun pengembaraannya di Timur Tengah, dia mendalami pelbagai disiplin ilmu Islam seperti ilmu nahu, saraf, fiqh, tauhid, hadith, ilmu al-Qur'an, tasawuf dan lain-lain. Dia juga mengamalkan Tarekat Sufiyah iaitu Tarekat Qadiriyah, Tarekat Syatariah dan Tarekat Naqsyabandiyah.


Abdurrauf meninggal dunia pada tahun 1693 dan dimakamkan di Kuala Sungai Aceh. Atas jasanya, pemerintah daerah Aceh mendirikan Universitas Syiah Kuala mengambil sempena namanya.




No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...