Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Thursday, October 17, 2013

Aku kembali...

Salam...
dan selamat menyambut hari raya aidiladha walaupun hari ni dah masuk hari yang ketiga.

Setelah sekian lama aku menyepi dan meminggir diri dari wajah blog aku ni, akhirnya ketika ini dan saat ini aku terpanggil untuk berkongsi sedikit pahit manis rencah perjalanan cerita hidup aku kebelakangan ini. Tiada seindah mana pun, walaupun ada ketikanya tidak dinafikan hidup aku juga penuh dengan warna warni yang mendamaikan.

Sakit aku datang lagi. 27hb september 2013 kawan ofis aku hantar aku ke KPJ Ampang Puteri. Selepas pemeriksaan doktor tahan aku di wad. 4 hari aku berbulan madu di hospital ditemani doktor dan nurse yang baik-baik belaka. Paling aku tak suka dan rasa nak lari dari hospital tu bila nurse nak inject aku, ngeri aku tengok jarum...besar pulak tu jarum yang dorang guna untuk inject aku...dasar penakut, aku siap merayu-rayu lagi supaya nurse tu jangan inject hehee. Hari kedua aku buat test mri...25 minit dorang tu sumbat aku masuk mesin terowong tu, sib baik jugak dorang tu baik hati pakaikan aku ear phone supaya aku tak terasa bosan dan takut sementara nak menunggu 25 minit ujian mri keatas kepala otak aku ni hihii..sebenarnya aku takde lah takut sangat buat test mri berbanding kena inject, cuma ada sedikit rasa teruja dan takut dengan result yang bakal keluar...apa-apa pun aku kena positif, kena pandai kawal perasaan disaat aku sedang sakit. Hari-hari berikutnya macam-macam test yang mereka buat keatas aku, dalam keterpaksaan dan kesakitan itu aku menyerah diri saja, yang mampu aku lakukan cuma berdoa semoga aku cepat sembuh dan dapat cepat-cepat keluar dari hospital. Bosan rasanya berlama-lama di hospital walaupun sedara-mara dan kawan-kawan datang melawat.

Cukup 4 hari bertapa di hospital aku merayu dengan doktor untuk discharge selepas semua result ujian kesihatan aku tidak membimbangkan sangat. aku beria-ria yakinkan doktor yang aku dah ok memandangkan suhu badan aku dah tak sepanas hari-hari sebelumnya. Walaupun doktor berat hati nak lepaskan aku, tapi disebabkan kedegilan aku dia lepaskan juga. Pukul 10 malam baru aku dapat keluar dari KPJ Ampang Puteri. 

Keesokan hari selepas aku keluar hospital, suhu badan aku kembali panas yang luar biasa. aku demam, 3 hari aku bertahan dalam kesakitan dirumah sebab aku nekad tak nak masuk hospital. Masuk hari keempat demam aku bekum kebah, terpaksa abah aku datang ambik aku di KL bawak balik berubat di kampung...dan sekarang dah masuk 21 hari aku cuti rehat dikampung. Dah cuti lama macam ni aku rasa tak sabar pulak nak masuk kerja semula. Harap-harap aku cepat sembuh seperti sedia kala semula...Insha Allah...





Wednesday, July 10, 2013

Itu yang tertunda...

Salam...

Hari ini saya ambil cuti untuk sambut hari pertama puasa. Tiada apa yang istimewanya dengan hari ini sehinggakan saya beria mengambil cuti melainkan istimewanya kedatangan bulan ramadhan al-mubarak. Kalau ikut perancangan memang saya berhasrat untuk mengambil cuti barang sehari dua untuk menyambut ramadhan tahun ini bersama ahli keluarga di kampung tetapi terpaksa dibatalkan kerana adanya audit ISO pada 8 dan 9 haribulan iaitu isnin dan selasa kelmarin. Tak sangka pula last minit jadual audit terpaksa ditundakan atas sebab tertentu. Timbul juga sedikit rasa kesal di dalam diri saya disebabkan hal ini,  kerananya perancangan awal saya untuk menyambut puasa di kampung terpaksa dibatalkan...tapi takpe lah...mungkin ada hikmahnya semua ini tertunda....

Cadangnya sempena ambil cuti hari ini saya nak pergi servis kereta di bangi, bengkel yang saya selalu pergi untuk servis kereta..last minit pulak abang bengkel tu sms bagitahu dia tak buka bengkel hari ni sebab ada hal...hurmmm tertunda lagi hasrat saya untuk servis kereta dari minggu lepas lagi. Bukan tiada bengkel kereta lain, tetapi saya dah terbiasa pergi ke bengkel itu...lagipun abang Paei yang selalu servis kereta saya tu jujur dalam bekerja, tidak mengambil kesempatan keatas pelanggan dan charge pun takde lah mahal sangat walaupun servisnya bagus...bagi saya susah untuk cari orang yang bekerja dengan ikhlas seperti abang Paei, jadi tak hairan lah ramai pelanggan yang pergi servis kereta dibengkel dia.

Oleh kerana tak jadi untuk pergi servis kereta, plan B saya sekejap lagi saya nak ke Tesco sekejap untuk membeli sedikit barang2 dapur. Dah alang-alang keluar lajak lah sikit masa untuk pusing-pusing bazar ramadhan mencari sedikit juadah kegemaran untuk saya berbuka puasa pada hari ini. Nampak kan, saya sendirian lagi pada ramadhan ini....ada sesiapa sudi temankan saya tak...hehhehe...

Okey la...setakat ini saja untuk hari ini. Selamat berpuasa dan berbuka daripada saya.

Love u all...




1st ramadhan 2013

Assalamualaikum wbt...

Ramadhan datang lagi. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan berterawih kepada kawan-kawan blogger dan pembaca muslimin muslimat yang membaca n3 saya kali ini. Harapan semoga ramadhan pada kali ini saya dapat manfaatkannya dengan sebaik-baiknya, semoga amal ibadat diterima Allah dan dikurniakan pahala sebanyak-banyaknya. Juga harapan agar Allah memberi segala kebahagiaan dan memudahkan segala urusan di dunia dan akhirat...amiin...

Pagi ramadhan yang pertama ini, saya bersahur seorang diri seperti mana ramadhan tahun sudah dengan menu yang sederhana cukup untuk mengalas perut untuk seharian berpuasa esok. kala ini kenangan berbuka puasa dan bersahur bersama mak ayah dan adik beradik menari-nari di relung ingatan...meriah dan berselera walaupun ada antara kami yang makan sambil tutup mata hehee. Teringat kenangan di zaman remaja saya dulu, selalunya setiap kali sebelum dan selepas berbuka dan bersahur saya dan mak lah orang yang paling sibuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur..dan saya jugalah orang yang paling sibuk mengemas meja makan selepas berbuka dan bersahur sebelum menunaikan solat maghrib dan subuh...semua kenangan itu segar diingatan, cuma hari ini saya bersahur dan bakal berbuka sendirian....sedih dan sayu rasanya, juga rindukan mak ayah dan adik beradik...




Saturday, May 25, 2013

Keletihan 'mental dan fizikal'

Bangun pagi hari ini saya selesaikan semua kerja rumah yang sepatutnya saya selesaikan.
Sambil buat kerja rumah sambil dengar radio BBC5 melalui internet. Dah siap semua kerja saya buka blog, terdetik disudut hati dah lama tak update blog, bukannya tiada idea untuk dikongsikan tetapi alasan 'tiada masa' dan 'penat' itu lebih kuat mengusai diri. Tetapi hari ini saya bertekad untuk menulis satu entri baru untuk mengisi ruangan blog saya ni :)


Dalam seminggu dua ni banyak kerja pejabat yang perlu diselesaikan, maklum sajalah ada audit sana sini, audit itu lah audit inilah, harapnya kesibukan yang luar biasa ini akan berakhir jua di penghujung bulan jun ini. Lately ini juga saya rasa badan saya agak kepenatan yang luara biasa. Lenguh sana lenguh sini, kalau dapat pergi urut seluruh badan alangkah best rasanya. Fikiran juga ada kalanya agak bercelaru. Banyak perkara yang bermain difikiran. Tolak masalah dan urusan ditempat kerja, masalah peribadi juga tidak kurang hebatnya. Tetapi saya sebaik mungkin cuba untuk mengawal 'tsunami' perasaan yang melanda sekarang ini agar ianya sedikit tenang dan terkawal supaya tidak menjejaskan potensi diri dan pekerjaan. Alhamdulillah semuanya masih dapat dikawal. Cumanya saya tidak pasti sampai bila saya akan bertahan dengan semua permasalahan ini, bila mengingatkan yang saya hanyalah manusia biasa yang kurang dengan sikap sabar membuatkan saya jadi takut, takut kalau saya tidak dapat bertahan lama dengan baki kesabaran yang sedikit itu akan membuatkan saya hilang pertimbangan dalam bertindak....takut sekiranya saya bertindak mengikut perasaan yang dikuasai amarah berbanding bertindak mengikut akal yang waras. Sebetulnya, kebelakangan ini saya rasa cukup tertipu dan teraniaya oleh seseorang yang saya kenal...ketahuilah amat payah untuk memaafkan orang yang selama ini saya percaya.....just wait and see what will happen at the END!!






Saturday, February 23, 2013

Aku mencintai mu

aku mencintai mu
kerana kau bagaikan bintang
meski jauh namun tetap bersinar
walaupun kekadang hilang
namun tetap bercahaya
jauh di lubuk jiwa
aku mencintai mu
kerana kau seperti jihad
yang menyala dalam dada
menghangatkan jiwa
sentiasa hidup dalam segala cuaca
aku mencintai mu
kerana aku harus mencintai mu
rukuk dan sujud ku
membuatkan ku rindu
ku katakan pada mu
aku mencintai mu
adakah kau dengar?
aku mencintai mu 
kerana rukuk dan sujud mu pada Tuhan mu
aku mencintai mu
kerana kita satu jiwa yang padu.




Wednesday, January 2, 2013

Hari pertama diri sebagai pelajar

Senyum sorang2 bila tengok gelagat anak2 yang baru masuk darjah 1 di tv3 ni. ada yang menangis, ada yang muka biasa2 je, ada yang nak ikut mak ayah balik rumah...macam2 ragam lagi lah. 
Imbas kembali zaman saya mula2 masuk tadika dan darjah 1 dulu... hari pertama abah hantar, saya tak nangis pun malahan rasa seronok sebab dah boleh sekolah (masa tu saya rasa saya dah besar dan taK takut gi sekolah sebab masa tu saya dah boleh membaca dan menulis..) saya suruh abah saya balik walaupun air muka abah risau takut kalau2 saya menangis selepas dia balik. sepanjang pagi tu saya tengok je budak2 lain yang nangis sampaikn ada yang meraung nak balik hehehhee...kenangan masih segar diingatan.

Tuesday, January 1, 2013

1st day 2013

Hari pertama tahun 2013,
saya terpanggil untuk update entri blog ni. Dah berhabuk dan bersawang dah pun blog saya ni. hemm...setelah sekian lama, bukan tak nak update blog ni tapi...sibuk je manjang (alasan). asal sign in blog ni ada je benda yang nak dibuat, last last idea yang ada yang nak dikongsi hilang macam tu je. 

Semalam awak semua sambut new year katne?
Dataran merdeka? Putrajaya? atau mana-mana je...? sambut kat mana-mana pun takpe la kan...asalkan happy dan tidak buat perkara-perkara yang pelik-pelik yang menyalahi undang-undang dan hukum hakam agama....ye dak?

saya sambut new year katne? 
tahun ni saya sambut new year sorang je. awalnya plan nak balik kampung nak sambut tahun baru dengan semua ahli keluarga tapi lastly tak jadi balik sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan...
balik kerja petang kemarin ingatkan nak keluar makan dengan kawan-kawan, tapi bila tengok aliran trafic keluar masuk yang agak tenat kat jalan ampang tu saya ubah plan, tetiba rasa malas nak keluar. terus saya melencong masuk susur kiri menghala ke bukit indah. terlintas difikiran...ada sesuatu yang saya ingin makan yang saya kena beli kat bukit indah tu...yes, nasi kukus ayam berempah kat bukit indah tu memang sedap bagi saya...hehehe.

Dah beli nasi kukus saya terus balik rumah. sempat lah menyelit-yelit dalam kesesakan jalan. kejap lorong kanan kejap lorong kiri...aihhh terpaksa sebab nak cepat sampai rumah. dah sampai rumah sempat lagi bertegur sapa sekejap dengan jiran sebelah rumah. masuk rumah terus mandi, ambil air wudhuk siap-siap, dah tu pakai lawa-lawa...pakai bedak sikit bagi wangi...hampar sejadah siap-siap sambil tunggu azan maghrib kedengaran. 

Dah solat maghrib saya makan nasi kukus yang saya beli kat bukit indah tu dengan seleranya sambil tengok citer hingga hujung nyawa. sedap rezeki dari Allah ni. tapi lagi sedap kalau makan dengan mak ayah dan adik beradik kan...sedihnya tak dapat balik kampung. tapi takpe la, nak buat macam mana kan... dah settle semua saya balik la.  

Sementara nak tunggu isya' saya baca ayat manzil dan yassin. Ruqyah tu kawan saya yang hadiahkan kepada saya...so dapatlah kongsi pahala dengan dia bila saya baca ayat tu :) lepas solat isya' saya off handphone, tak nak diganggu sebab semalam saya plan nak tidur awal. kalau on handphone, silap-silap saya keluar juga semalam kalau kawan-kawan ajak celebrate new year kat luar. rasanya tidur lagi nikmat semalam daripada bersesak-sesak kat luar...hehehe.

Pagi tadi, awal-awal subuh dah bangun...mandi dan solat subuh. memandangkan  hari ni cuti, pagi-pagi lagi saya dah masak..masak simple simple je untuk saya makan sorang. best rasanya kalau pagi-pagi dapat masak sendiri dan tak payah nak terkejar-kejar masuk opis...tapi kalau tak kerja karang sapa nak tanggung makan minum dan segala keperluan kan.. dah besar panjang tak kan nak minta mak ayah tanggung lagi kot kan....kita sebagai anak ni lah pula yang sepatutnya menabur bakti untuk kedua mak ayah kita setelah mereka bertahun-tahun bertungkus lumus mencari rezeki untuk membesarkan kita....kan? Jadi seharian hari ni pun saya lepak je kat rumah sambil melakukan beberapa perkara, walaupun ada kawan yang ajak saya keluar jalan-jalan...saya tetap dengan pendirian saya nak lepak je kat rumah sambil buat aktiviti sendiri...hehehe...

esok dah kerja, jadi selamat kembali berkerja esok...
dan juga selamat memulakan sesi persekolahan baru untuk tahun 2013 kepada semua yang bergelar pelajar.

saya sayang awak semua :)
nantikan next entri saya yang saya sendiri tak tahu bila...:)








Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...