Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Tuesday, November 27, 2012

...tahu...

...aku tahu...
...kau pun tahu...
...Dia juga maha tahu...
...lalu apa lagi?...
...simpan saja...
...kenangan itu...
...sejarah lalu itu...
...tiada ertinya lagi...
...antara aku, kau dan Dia...
...masing2 tahu...
...berlalulah kau...
...pergilah kau...
...singgahsana ini bukan milik kau lagi...



mood kenyang;
ginger beef kue teow jadi santapan :)












Wednesday, September 19, 2012

Sedang ingin bercinta.


diri ini sedang bercinta...
tetapi masih terhalang daripada berjumpa dengan yang dicintai...
kerana jiwa ini...
perasaan ini...
masih  belum memahami cinta...
roh ini sahaja yang kenal erti cinta...
bukan jasad...
bukan hati...
bukan jantung...
yang masih terhalang daripada merasai kebahagiaan cinta...
maka diri ini harus menembusi dinding penghalang itu agar yang lain dapat melihat keindahan-Nya...




Senyumlah dari hati dunia mu pasti berseri :)


Buah wajib makan - anti kanser


* Bukan sekadar sedap dimakan tetapi juga berkhasiat...




Nak sihat? Nak cantik? ...kena makan buah...

(^_^) Perkongsian bersama (^_^)







Jom menyusu...




Berusahalah untuk berikan anak anda susu badan, kerana terdapat banyak manfaatnya.
Dalam AL-Quran telah dinyatakan dengan jelas bahawasanya susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi selama 2 tahun.

ALLAH SWT berfirman :

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan TEMPOH MENCERAIKAN SUSUNYA IALAH DALAM MASA DUA TAHUN; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
- Surah Luqman: ayat 14







Kenali bahagian kaki bayi anda.

 Tapak kaki bayi telah dibahagikan kepada beberapa zon bahagian tubuh badan. Sekiranya kita selalu urut dan belai dibahagian yang dinyatakan kita akan dapat membantu secara tidak langsung dalam memberikan keselesaan kepada bayi kita...



 (^_^) sedikit perkongsian (^_^)







Monday, September 17, 2012

Perjalanan hidup.




Perjalanan hidup...
Hidup adalah perjuangan...
Maka hadapilah ia dengan tabah...
Menangislah kalau itu dapat meredakan...

Suasana hari ini saya rasakan sunyi...sesunyi hati saya. di saat saya melontarkan bait-bait bicara kedalam entri ini, suasana alam semakin suram, sesuram perasaan hati saya. sang matahari akan melabuhkan tirainya,  seolah-olah berputus asa memujuk rawan hati saya...

Perancangan pada hari ini adalah untuk menyiapkan report yang sepatutnya saya siapkan pada sabtu lepas, tetapi memandangkan undangan 'rumah terbuka' saban minggu berturut-turut telah membantutkan mood dan focus saya untuk menyiapkannya... maka terbengkalailah report tersebut barang seketika. selepas solat zohor, saya berlama barang sebentar diatas sejadah... bermuhasabah diri, merenung kedalam diri, mencari-cari kekuatan dan kelemahan diri untuk diperbaiki. sejenak tanpa diduga terlontar kata-kata dari bibir saya "ya Allah...apakah kesudahan nasib diri ini...ampunkan kesemua dosa-dosaku, rahmatilah aku ya Allah" sejurus...terasa hangatnya air mata saya jatuh kepipi...setitis dua titis tiga titis...sehinggalah saya teresak-esak. basah telekung dek air mata. entah kenapa saya rasa sayu tiba-tiba, terbayang-bayang wajah ibu ayah adik-beradik diruangan mata. mungkin sebab saya rindukan mereka...mungkin juga mengenangkan diri berjauhan daripada mereka. Allah Maha Besar....yang lebih mengetahui segala gelodak rasa yang tersimpan dihati saya sekian lama. 

Selepas aminkan doa, saya sambung semula kerja saya di laptop. 30 minit berlalu tiba-tiba seorang kawan yang saya dah anggap sebagai kakak call saya. pada mulanya saya anggapkan dia cuma ingin berborak dan memberi nasihat yang boleh membina semangat saya, tetapi perkara sebaliknya yang berlaku. memang betul dia menasihati, tetapi apa gunanya kalau sekadar menasihati saya untuk memutuskan perhubungan dengan manusia lain? setiap bait patah perkataan yang keluar dari bibirnya membuatkan hati saya sakit bagai terhiris.  sungguh buat pertama kalinya saya kecewa dengan nasihat yang tidak membina darinya. saya sedih kerana dia tidak cuba untuk memahami keadaan diri saya. namun apa yang dapat saya katakan...selain mendengar dan sesekali mematahkan beberapa butir bicaranya yang saya rasakan agak keterlaluan dan tidak releven langsung. saya tamatkan talian...wajah ibu dan abah saya kembali difikiran. saya menangis lagi tanpa kerelaan. alangkah bahagia dan damainya rasa hati andai ibu abah dan adik kesayangan saya ada bersama memujuk hati yang rawan dikala ini....

Apa yang terlintas di fikiran saya ketika ini ialah...kasih sayang saudara sedarah sedaging tidak akan sama dengan kasih sayang orang luar walaupun kita anggap dia sebagai saudara. ada ketikanya dia tikam kita dari belakang. 
Kejujuran...apa ertinya kasih sayang dan perhubungan andai tanpa keikhlasan dan kejujuran. seorang kawan, sahabat yang baik akan menasihati kawannya dengan naluri kasih sayang dan keikhlasan untuk membina jiwa dan semangat kawannya...bukan menasihati dengan emosi dengki dan buruk sangka yang boleh mematahkan hati kawan lain....



ending untuk hari ini....saya sedih lagi untuk kesekian kalinya :(
wahai Allah, kuatkan lah fizikal, mental dan nurani hamba Mu yang lemah ini...amin.


sambil tengok cerita 'hanya kau yang terindah' tersentuh pulak hati gua tengok munirah ni menangis.
tema pada hari ini...tema air mata kot huhuu.




Sunday, July 29, 2012

Puasa itu nikmat walaupun sendirian.


Selamat berpuasa...
hari ni dah masuk hari ke-9 kita umat Islam berpuasa.

Seminggu sebelum puasa saya sempat balik bercuti ke kampung. dalam masa seminggu berada di kampung bersama keluarga sempat lah merasa durian dari kebun kecil abah. hari-hari saya makan durian dengan berseleranya sebab masa kat kole lumpur saya begitu kebulur untuk makan durian tetapi disebabkan dalam kepala dah set yang durian yang ada dijual di area kole lumpur tak fresh dari ladang maka saya sanggup menahan kebulur durian hahahaa.. agak memilih walaupun sekadar hendak makan durian.
maklumkan durian dari kebun abah lagi fresh dari ladang dan semestinya lagi sedap dimakan tambah lagi abah bagi makan free jek muahahhaa :) ada dua tiga kali saya berlawan-lawan makan durian dengan abang, sape yang berjaya makan durian paling banyak dia lah juara hahahhaa. semestinya saya yang banyak kalah.

Mak saya pulak  macam faham-faham je yang selera makan saya kebelakangan ini makin menjadi-jadi. sebut je nak makan apa mesti mak buatkan dan semuanya saya sebat dengan lahapnya hahaa. terkejut mak tengok saya makan macam tu. iyelah, semasa saya sakit sebelum ni mak masak apapun saya tak selera, kalau makan pun sikit je sekadar nak ambil hati mak yang penat-penat masak untuk saya...imbas balik waktu itu teringat rungutan emak pada saya. mak kata buat penat je dia masak macam-macam tapi saya makan sikit je. waktu tu saya menangis sedih kerana tak mampu nak makan semua makanan yang mak masak khas untuk saya, waktu itu saya sakit dan mak pun tahu saya sakit sebab itu dia sanggup masak macam-macam untuk saya supaya selera makan saya ada. tapi apakan daya, kalau nikmat selera makan dah ditarik..... sekarang ni lain pulak jadinya, ibarat kata seminggu bercuti di kampung mulut saya tak henti-henti menguyah makanan. alhamdulillah, rezeki balik kampung dan nikmat makan oleh-Nya dikembalikan.

Hari-hari terakhir bercuti dikampung sempat lah berpuasa di kampung dua hari bersama keluarga sebelum balik kole lumpur semula. makan sahur, berbuka dan sama-sama pergi terawih dengan ma dan abah serta adik beradik terasa betapa seronok dan nikmatnya...dan dapatlah jumpa dan bertegur sapa dengan beberapa kerat warga kampung di masjid tu, tapi yang sedihnya ada dikalangan mereka yang dah tak berapa nak cam muka saya...sedih tapi rasa kelakar sebab ada yang kata saya adik kepada adik saya disebabkan saiz badan saya yang kecil comel serta menawan ni muahahhaa * tak salah kalau sekali sekala nak perasan syok sendiri kan...

Balik kole lumpur, bermula lah episod sedih saya berbuka puasa dan bersahur tanpa ahli keluarga disisi. terasa betapa sendirinya hidup ini diperantauan walaupun ada waktunya kawan-kawan dan sanak saudara ajak berbuka puasa bersama-sama...tapi tetap terasa kelainannya. pastu pergi solat terawih sorang-sorang, pandai-pandailah bawa diri ditempat orang. beberapa hari puasa ni dah dua masjid menjadi destinasi solat terawih saya. selalunya saya pergi terawih di masjid bukit indah ampang, semalam saya pergi berbuka dan bersolat terawih di masjid asy-syakirin sebelah bangunan klcc tu. best...kawan saya yang kerja kat petronas yang ajak saya berterawih sama-sama di masjid tu. ada disediakan bubur dan makanan free sebagai juadah berbuka tetapi kami bawa makanan sendiri yang sempat kami masak di bazar ramadhan sekitar situ hehheehe.

Toleh kiri toleh kanan ramai pulak warga bangla kat dalam masjid tu....pikir-pikir mesti dorang seronok sebab dapat berbuka puasa free...save bajet belanja makan dorang untuk bulan ramadhan ni...alhamdulillah rezeki bulan ramadhan. nikmat betul berada di bumi malaysia ni kan. lepas terawih ada pula disediakan bubur kacang dengan air teh..seronok dapat makan ramai-ramai walaupun tak kenal mereka2 dalam masjid tu. masa nak balik tu kebetulan pulak ada lagi bungkusan juadah berbuka tadi yang terlebih..mereka bagi sebekas pada saya, alhamdulillah lagi... rezeki itu lah yang saya makan untuk sahur pagi tadi. ada lauk gulai ayam, sayur, sambal, ikan masin dan ikan goreng kicap dalam bekas tu. balik masukkan dalam peti ais dan bangun sahur tadi saya panaskan aje. sedap...nasib baik dorang dah asingkan siap2 lauk2nya dan yang lain2 tu dengan nasi. jadi takdelah makanan tu basi. rezeki jangan ditolak, makanan jangan dibazirkan nanti Allah payahkan rezeki kita.. ma dan abah saya selalu pesan macam itu pada saya, setiap kali setan nak menghasut saya supaya melakukan pembaziran mesti saya akan teringat pesanan ma abah saya dan akhirnya terselamat lah saya dari melakukan dosa pembaziran....dan semoga dengan amalan menghargai rezeki itu Allah akan menambahkan lagi rezeki saya untuk dikongsi dengan orang lain pula..amin ya rabb...:)

Setengah jam dari sekarang pulak saya nak ke rumah mak sedara saya di bangi. mereka ajak saya berbuka puasa disana sejak dari minggu lepas lagi. nak tak nak mesti kena pergi juga kalau tak karang sentap pulak mereka tu dengan saya. lepas berbuka nanti saya plan nak berterawih di masjid  terapung putrajaya pula. harap tak lupa nak ajak adik angkat saya yang tinggal di putrajaya untuk berjemaah sama-sama dimasjid tu...jumpa nanti nak peluk dia kuat-kuat sebab dah lama tak jumpa kan....

tak sabar dah nak gi bangi...

ok lah, saya akhiri entri saya ni dengan ucapan suci ASSALAMUALAIKUM...dan selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa.



Tuesday, June 26, 2012

...belajar untuk redha...






...dikala sepi, Allah ada di hati...
...dikala sunyi, Allah ada menemani...
...dikala buntu, Allah ada membantu...
...dikala pilu, Allah ada bersama ku...




Rahsia di sebalik solat.


Kawan-kawan ku sekalian,
marilah kita pakat renungi bersama-sama....
Allah Maha Agung!










Friday, June 22, 2012

Tahlil


Malam ni ada majlis tahlil di rumah abang din di seksyen 7 shah alam.
petang ini selepas waktu zohor saya akan ke rumah anak-anak yatim di hulu klang kerana ada aktiviti yang akan dilakukan bersama dengan anak-anak yatim disana. sebenarnya dah terasa teruja sangat kerana tak sabar untuk bersama-sama mereka. tahlil malam ni...rasa macam malas nak pergi sebab nun jauh di shah alam sana. jalan dari ampang ke shah alam sudah semestinya jam seperti biasa. malasnya nak menempuh jalan jam melainkan saya bertolak awal kesana, tapi hasrat hati saya nak berlama-lama di rumah anak-anak yatim tu...
sekejap tadi dia dah call untuk ingatkan saya supaya pergi ke majlis tahlil tersebut. saya bagi alasan sebab takut tak sempat nak kesana tepat pada waktunya tapi alasan saya ditepis...jadi, terpaksa lah saya terus merangkak ke shah alam selepas aktiviti bersama anak-anak yatim pada petang nanti.

salah satu sebab saya malas nak ke shah alam kerana tiba-tiba saya rasa malas nak jumpa dia.
dan salah satu sebab yang saya tahu kenapa dia nak sangat saya pergi ke majlis tahlil tu kerana dia nak sangat jumpa saya sebab dia dah rindu sangat kat saya...muahaha...
saya...malas nak jumpa dia selalu selalu sangat sebab saya takut kalau rindu saya dah hilang nanti saya akan cari rindu lain...muahahhaaa gelak jahat...kejam tak saya? kejam kejam....kejammm.  

aku ibarat BUTTERFLY




ketika waktu mendatangkan cinta. aku putuskan memilih dirimu...setitik rasa itu menitis dan semakin parah. bisa ku rasa getar jantungmu mencintaiku apa lagi aku.jadikan lah diriku pilihan terakhir hati mu...
butterfly...terbanglah tinggi...setinggi anganku untuk meraihmu. memeluk batinmu yang sempat kacau kerana merindu...
butterfly...fly away so high...as high as hopes i pray...to come and reach for you...rescuing your soul 
that precious messed up false me and you...
jalan ini jauh namun kita tempuh. bagai bumi ini hanya milik berdua. biar ku berlebihan mendekatimu namun ku tunggu....


butterfly...
sejauh mana cinta dia...
mampukah dia menyanyangi dan mencintai seadanya aku?
sanggupkah dia berkorban dan bersusah payah bersama aku 
dalam mencari makna cinta dan bahagia...
bahagia hingga hujung nyawa...
bahagia dunia akhirat...
dongeng...
cinta romeo dan juliet seakan dongeng bagi aku...
cinta shah jehan dan mumtaz seakan dongeng bagi aku...
cinta laila dan majnun juga seakan dongeng bagi aku...
habis...cinta yang bagaimana impian aku?
sesungguhnya....
aku amat mendambakan cinta...
seperti cintanya Rasulullah kepada Saidatina Khadijah dan isteri2nya...
cinta dibawah naungan Ilahi...
cinta dibawah rahmat Ilahi...
 
 















Friday, June 1, 2012

Lagi HP casing.



Hp casing yang ni syu buat sebelum casing kaler biru tu. menjadi rebutan kawan-kawan opis syu sampaikan ada yang tolak-tolak bahu...muahaha klakar klakar. ada yang suruh syu buat lagi satu casing yang sama sebijik dengan casing yang ni tapi syu tak  mau buat. exclusive hasil tangan syu cuma ada satu je kat atas dunia ni... ayat yang membuatkan mereka bengang kih kih kih. kalau ada yang nak copy design pun mesti tak sama sebab hasil tangan individu yang berlainan mesti berbeza kan...kan... ibarat kata, kembar seiras pun tak sama walaupun pada hakikatnya nampak sama iras tapi mesti ada sedikit kelainan yang akan membezakan mereka berdua. betul tak? kalau sesapa rasa betul sila 'like' ehheee...


* gambar ni kawan syu yang snap sebab tu tak cantik. nak komplen lebih-lebih cakap tak cantik kang takut kena lukut kepala...sakit...hikhik...
* bunga kuning tu pun sepatutnya takyah enterprem...menyemak dan mencacatkan gambar casing tu je kan kan...
* harap-harap dia tak baca lah ayat perenggan bawah entri ni...kalau tak................*&*^&%^$*@##^%&%$....



 



Thursday, May 31, 2012

HandPhone casing.




Yehaaaa!
hasil kerja tangan syu pada hari sabtu lepas.
buat croche sambil nonton movie 'the holiday'.
walau bagaimana pun hphone casing yang ini telah pun di 'chop' oleh kawan opis syu... :)

sangat gumbira apabila ada yang menghargai penat lelah...





Monday, May 21, 2012

Friday, May 18, 2012

Ogeechee Bear




Ogeechee bear

Makhluk tiga warna ni syu buat sambil tengok citer korea 'my girl' yang entah kali ke berapa dah syu tengok citer tu. cute tak? ehhehe... cute la juga kan. tapi syu lagi cute la kot...*puji diri sendiri.
gambar yang ni pun diambil dengan menggunakan handphone cap ayam...dan begini lah hasilnya. kalau ada sesapa bermurah hati sudi nak sponsor handphone tercanggih kat syu sila bagitahu cepat yer...ngee :)



Antara hasilnya....
masih banyak yang perlu di perbaiki sebab tangan dah tak berapa nak berseni. waktu last buat craft croche ni waktu zaman sekolah dulu-dulu sebab waktu tu selalu tengok mak buat untuk doilys dan cross titch...pastu bila mak tinggal croche dia syu curi-curi buat. mula-mula tu mak marah sebab dia takut rosak hasil craft croche dia. tapi bila dah lama-lama mak biarkan syu buat bila dia sedar yang syu dah mulai pandai buat croche apabila selalu sangat tengok hasil kerja dia. tq mak...ibarat kata kemana tumpahnya kuah kalau tidak atas meja makan huahahahaa. 

hasil craft yang selebihnya tunggu syu tepek kat blog ni di lain hari yer.


:)
:)
:)









Blob Bunny tiga sekawan.


Blob Bunny.....
tadaaa ini ada 3 blob bunny yang syu dah siapkan tiga malam lepas sambil tengok tv hehehee.  masih ada yang perlu di perbaiki dan sorry sebab gambar tak berapa memuaskan, maklumlah syu ambik gambar blob bunny ni pakai handphone cap ayam...ngeee.







Friday, May 11, 2012

Sudah cukup sudah



Layan aje lah... sudah cukup sudah. pergi main jauh-jauh...syiuuhhh syyiiuuuhhhh...


Thursday, May 10, 2012

Spageti Carbonara Itali.

Bahan-bahan:


1 bungkus spageti, direbus.
1 biji bawang besar, dipotong dadu.
4 ulas bawang putih, dicincang.
10 batang sosej ayam, dipotong dadu.
1/2 sudu makan serbuk pati ayam.
2-3 sudu makan mentega.
1 sudu makan serbuk lada hitam (ikut rasa).
5 biji kuning telur.
Keju parmesan, diparut.
1/2 cawan air.
Garam secukup rasa (jika perlu).




Cara membuatnya:


1. Panaskan kuali yang tidak melekat dan masukkan mentega. tumis sosej, bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan air dan serbuk ayam dan kacau rata. Masukkan spaghetti dan kacau rata lagi.
3. Tutup api dan masukkan kuning telur sambil dikacau. Pasang api semula untuk beberapa saat saja dan padamkan. 
4. Masukkan keju dan kacau sampai pekat. Spaghetti ini tidak berkuah. tabur lagi keju itu apabila mahu dihidangkan.








*selamat mencuba...:)







Monday, April 30, 2012

7 Tip dapur

1. Menjaga cili segar
    supaya tahan lebih lama, buangkan tangkai sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.

2. Buah cepat masak / matang
    untuk mempercepatkan buah masak/matang, balut ia dengan menggunakan surat khabar dan letakkan di 
    tempat yang kedap udara selama dua hingga tiga hari.

3. Kelebihan kentang
    Rendam kentang di dalam air garam selama 15 minit sebelum dibakar. gunakan kulit kentang rebus untuk
    mengelap cermin bersih berkilauan.

4. Menanggalkan kulit tomato
    letakkan di dalam air suam selama 5-10 minit. maka, kulitnya selepas itu akan mudah dikupas.

5. Pisau bersih sediakala
    hilangkan kesan minyak pada bilah pisau, lapkan ia dengan menggunakan buah lemon yang dihiris.
    kemudian basuh dibawah aliran air. sifat berminyak itu akan hilang.

6. Sayur segar berkhasiat
    potong sayur apabila sudah bersedia untuk menggunakannya. jangan potong terlebih dahulu kerana
    ia boleh menyebabkan kerosakan khasiatnya. 

7. Elak ais beku
    bagi mengelakkan pembentukan ais di dalam peti sejuk, gosokkan garam kedalam penyejuk beku anda.







Biskut Oren

Bahan-bahan A (Dikisar halus)
- 260 g tepung gandum.
- 1/2 camca teh serbuk penaik.
- 60 g Nestle Cornflakes

Bahan-bahan B (Dicampur)
- 130 g mentega.
- 50 g lelemak sayuran.
- 145 g gula kastor.
- 1/2 cawan larutan gula aising dalam 2 camca teh air suam dan hirisan kulit oren.

Bahan-bahan C (Dicampur)
- 2 1/2 camca teh parutan kulit oren.
- 3 camca besar jus oren.
- 1 biji kuning telur (kecil)

Cara membuat;
1. Campurkan bahan-bahan A dengan Nestle Cornflakes.
2. Masukkan bahan-bahan B ke dalam campuran Nestle Cornflakes, gaul sehingga menyerupai serbuk roti halus.
3. Masukkan gula dan bahan-bahan C, gaul sebati sehingga menjadi doh lembut.
4. Canai doh setebal 6 mm di antara 2 helai plastik. Terap dengan acuan biskut yang disukai.
5. Letak di atas dulang pembakar yang telah dilensar.
6. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180 celcius selama 12-15 minit atau sehingga kekuningan. 
7. Bila biskut telah sejuk, paip larutan gula aising dan tabur hirisan kulit oren ke atasnya.








Sihir berubah mengikut peredaran zaman.

Tanda-tanda awal gangguan.

1) Pesakit akan berasa berdebar-debar tanpa sebab. Rasa tidak sedap hati atau tidak merasa tenteram.
2) Pesakit akan merasa desiran angin yang bergerak pantas atau desingan yang kuat sama ada di sebelah telinga atau kedua-dua belah telinga.
3) Pesakit mungkin mendapat lintasan wajah seseorang didalam mindanya secara sepintas lalu.

Tanda-tanda diri dimasuki jin.

1) Pesakit merasa hujung-hujung jari tangan dan kaki bagai dicucuk jarum, rasa seperti terbakar atau panas.
2) Pesakit merasa kebas-kebas pada anggota badan terutama kaki, tangan dan muka.
3) Pesakit rasa sakit pada pinggang, bahu, tengkuk atau kepala.
4) Sakit perut yang memulas-mulas seperti dijerut tali.
5) Merasa seram sejuk atau seperti hendak demam.
6) Merasa meremang pada tengkuk.

Tanda-tanda kerasukan.

Ia biasa berlaku ketika pesakit sedang menjalani rawatan yang dalam keadaan lemah sehingga syaitan dan iblis begitu menguasai sepenuhnya. Terutama ketika ayat-ayat al-Quran dibacakan terhadap pesakit.
1) Pesakit akan menggigil dan meronta-ronta.
2) Pesakit akan menjerit, ketawa, mengilai dan menangis.
3) Mata pesakit akan memandang dengan pandangan yang tajam seperti mengancam dan penuh dendam.
4) Meminta supaya jangan membaca al-Quran.
5) Muntah-muntah yang teruk.
6) Batuk tanpa henti.
7) Terus hilang kesedaran diri dan mula mengeluarkan suara yang kasar dan berlainan dari suara asal dengan bertutur dalam bahasa asing seperti siam, jawa dan dialek-dialek yang bukan dialek asal pesakit. 
8) Pesakit menjadi kuat dari tenaga asal.






Tuesday, April 10, 2012

Hebatnya solat di awal waktu.






APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?



WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?



WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



WAKTU MAGRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.



QIAMULLAIL
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.


 

Wednesday, March 28, 2012

Kata Alif....

Hi, nama saya Alif... umur saya enam tahun. ini lukisan saya. cantik tak saya lukis? 
Hujung minggu lepas saya lepak menghabiskan masa di klinik dokter farah. sementara dr farah sibuk melayan pesakit-pesakit yang datang ke klinik,  saya sibuk melayan kerenah anak dr farah iaitu si budak kecik alif. 
Mama si alif ni beritahu saya yang abang-abang, kakak-kakak serta sepupu-sepupu alif yang sebaya dengan alif tidak suka berkawan dengan si alif ni. puncanya, kata mereka alif ni cerewet sangat dan mengada-ngada. kesian si alif ni...tak ramai yang suka berkawan dengan dia. jadinya, dia lebih suka buat hal sendiri-sendiri aja....bermain sendirian, merajuk sendirian, tidur sendirian, berlari-lari sendirian...kesian...kesian....
Jadinya, misi saya pada hari itu ialah mengajak si comel alif bermain-main sambil melakukan aktiviti melukis... tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk mengenali karekter si alif... hemhemhem....
Sambil kami melukis saya ajak dia borak-borak dan uji IQ dia. nak tengok si alif ni bijak ke tak bijak. seharian kami luangkan masa bersama. kesimpulan yang saya dapat ialah, si comel alif ni sebenarnya adalah budak bijak. bagi saya cara pemikiran dia lebih matang 1-2 tahun daripada usia sebenar dia yang baru mencecah 6 tahun. cara dia bercakap seolah-olah dia dah masuk ke alam persekolahan. mungkin disebabkan perbezaan cara berfikir itulah dia tidak berapa disukai oleh abang, kakak dan sepupu-sepupu yang sama baya dengan dia...dia lebih kepada menjadi ketua.
Bagi saya, si alif ni comel dan nakal-nakal manja. takde la mengada-ngada sangat. cuma dia nak lebih perhatian daripada orang sekeliling dia. maklumlah dia kan anak bongsu (bongsu lagi setakat ni hehehe) dan abang2 serta kakak2nya pun lebih kurang sama baya dengan dia. mungkin dia rasa tumpuan diberikan lebih kepada abang dan kakaknya. agaknya la tu...

Lastly, alif nak juga pegang lukisan yang saya lukis ni
 apabila saya kata lukisan ni saya nak bagi kat dia sebagai hadiah hehehehee...
Ok, disebelah atas ni pula lukisan yang saya lukis sambil-sambil melayan kerenah si alif melukis. dah lama sangat rasanya saya tak melukis. rasanya paling last melukis ialah masa tingkatan 5 huhuu....lamanya tu... 
si alif ni, pada mulanya dia langsung tak nak pegang lukisan yang saya lukis ni. komennya "lukisan aunty su tak cantik. lukisan alif lagi cantik...bla bla bla..." hurmm... hampeh tul si alif ni wakakkaa. yang dia punya pulak lukisan macam roket. bila ditanya kenapa lukisan ada roket bersama bendera Malaysia? dia jawab " ini bukan roket lah aunty su...ini bangunan tertinggi di Malaysia. bangunan ni ada kat KL. ibu kata nama dia KLCC." jawab si alif dengan muka confiden. "Oooooooooooooo.... bangunan KLCC ke? *panjang giler saya punya oooooo kan...sambil buat muka teruja kat alif...ahahahhaaa. tapikan, kalau KLCC kat KL tu ada kembar...pastu ditengah-tengah dia ada jambatan...bla..bla..blaaa.... nak tahu apa jawab si alif??? haaaa...ni jawapan dia "alaa aunty su... kertas ni kecik sangat la......mana muat alif nak lukis semua kat sini.....bla bla bla....." aku terdiam....sambil berfikir.....
saya tanya lagi "yang kaler kuning-kuning tu apa?" "yang kuning-kuning ni tingkap la aunty su.... semua bangunan kat KL kan banyak sangat tingkap dia....kalau malam pasang lampu tingkap jadi warna kuning la aunty su... sebab lampu warna kuning.....tu kat atas bendera tu aunty su tak nampak ke... banyak bintang-bintang warna kuning sebab kalau waktu malam nampak bintang...kalau waktu siang tak nampak bintang...bla bla bla....." respon aku "ooooo yehhhh??" sebab tak tahu nak cakap apa dengan budak si alif ni ....petah giler cakap...sampaikan su patah lidah untuk berkata-kata huhuuu.... *sambil memandang alif sambil menongkat dagu dengan kedua belah tangan......



*kan dah kata alif ni bijak. adoiiyyaaaiii...










Sebagai manusia aku sayang kepada mu...

Hidup ini ada kalanya sangat pelik. tidak terjangkau akal untuk memikirkannya. kadang timbul pertanyaan, kenapa harus jadi begini? kenapa harus jadi begitu? aku....ntah lah... mungkin sudah begitu ketentuan-Nya. aku harus terima segalanya dengan seadanya dan penuh redha. sejenak, aku termenung sendirian di sudut bilik tidur di tepi tingkap kaca menghala ke taman permainan dikawasan rumah sewa ku. aku perhatikan gelagat orang-orang yang ada di taman permainan itu. aku menginsafi diri...insaf, syukur....


Setiap orang pasti ada jalan ceritanya sendiri. ada yang bersedih, ada yang berduka, ada yang bergembira...dan segala macamnya...atau mungkin ada yang langsung tiada perasaan...tidak sedih dan tidak gembira... tidak tahu untuk menikmati warna warni kehidupan ini. 


Aku dengan jalan cerita aku yang sebegini adanya. kadang sukar dan kadang-kadang tidak. walau apapun yang berlaku...walau sesukar manapun  dugaan yang terpaksa aku tempuh...aku tetap yakin ada lagi orang lain yang lebih susah kehidupannya berbanding aku... jadi, aku seharusnya bersyukur...banyak-banyak syukur. akan ada kebaikannya untuk diri aku.


Jika sudah itu kehendak Allah... perkara  yang kita langsung tidak jangka akan berlaku pasti tetap akan berlaku. walaupun jelas ianya kadangkala langsung tidak masuk dek akal. bagai langit dengan bumi, bagai bulan dan bintang....tetapi apa yang hendak dihairankan andai itu kehendak-Nya. pasti ada hikmahnya....






* mood pasrah...






Tuesday, March 27, 2012

5 Petua dapur

1. Kentang - supaya kentang cepat masak, rendamkan dahulu kentang bersama air bercampur garam selama 15 minit sebelum dibakar. Air rebusan kentang tadi juga boleh digunakan untuk membersihkan cermin kereta. Jangan simpan kentang bersama bawang kerana kentang akan cepat reput.


2. Peti sejuk - untuk mencegah ais membeku dalam peti sejuk, gosokkan garam halus di dalam permukaan peti sejuk. 


3. Bawang putih - kulit bawang putih akan tertanggal dengan mudah jika dipanaskan sedikit sebelum dikupas kulitnya. rendam didalam air suam pun boleh.


4. Kacang hijau - untuk mengekalkan kesegaran kacang hijau, simpan kacang tersebut di dalam bekas beg politena sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.


5. Bawang merah - untuk mengelakkan mata berair ketika mengupas bawang, potong bawang kepada dua bahagian, kemudian rendamkan dalam air selama 15 minit sebelum dipotong.













Friday, February 17, 2012

Cantik dengan KENTANG!!

1.
Hilangkan lingkaran gelap bawah mata.
Caranya, hiris kentang mentah dan letakkan di atas selapis keju tipis, lalu letakkan di bawah mata selama 20 minit. zat catecholase dalam kentang boleh mencerahkan kulit dan akan menghilangkan lingkaran pada mata.

2.
Menghilangkan parut pada wajah.
Cucilah wajah dengan jus kentang sekerap mungkin. Cara ini dapat membantu mengurangkan noda-noda hitam ynag mengotori wajah.

3.
Masker kentang.
Potong kentang lalu sapu dan gosokkan ke kulit. lakukan dengan hati-hati dan tumpukan pada kawasan yang bermasalah. Biar hampas kentang tersebut menempel selama 30 minit, sebelum dibasuh dengan air bersih.

4.
Pembersih kentang.
Membuat pencuci muka dengan kentang. Campurkan parutan mentimun dan kentang. kemudian, tambahkan satu sudu teh tepung serbuk penaik, sebutir telur dan seperempat mangkuk air, lalu kisar selama satu minit. setelah selesai melakukan rawatan, bersihkan wajah dengan kain lembut yang telah dibasahi dengan air.

Wangian mengikut mood!

Rasa tertekan.
Agar rasa lebih tenang, cuba wangian dengan aroma Bergamot, Clary Sage, Frankincence, Limau Gedang, Jasmin, Lavender, Mandarin, Neroli, Patchouli, Chamomile, Ros, Sandalwood, Vetiver atau Ylang Ylang ialah pilihan terbaik.

Rasa sedih.
Try aroma Citrus, Buah Anggur atau Lemon kerana ia berupaya untuk membangkitkan lagi semangat serta keyakinan diri.

Lebih fokus.
Bagi mempertajamkan memori dan konsentrasi, cubalah wangian dengan aroma Selasih, Lada Hitam, Cypress, Lemon, Pudina atau Rosemary.

Membangkitkan perasaan sensual dan sensasi.
Cubalah wangian dengan aroma Lavender, Labu, Civet, Vanila, Musk, Cendana, Amber atau Jasmin.

Membangkitkan rasa percaya diri yang tinggi.
Cubalah wangian beraroma Bergamot, Cedarwood, Clary Sage, Frankincense, Limau Gedang, Jasmin, Lemon, Neroli, Oren, Chamomile, Sandalwood atau Vetiver.

Membangkitkan perasaan gembira.
Cubalah aroma Cypress, Frankincense, Helichrysum, Neroli, Ros, Sandalwood atau Vetiver. 

Thursday, February 16, 2012

Peribahasa yang tak berperi bahasa.

  1. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.
  2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.
  3. Tiada rotan, pelempang berguna juga.
  4. Biar lambat asalkan tak cepat.
  5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
  6. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
  7. Alang-alang mandi, biar guna sabun.
  8. Berat mata memandang, berat lagi guni beras.
  9. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.
  10. Lembu punya susu, cap teko dapat nama.
  11. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.
  12. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.


 *merapu meraban muahahhaaa...

Thursday, February 9, 2012

h.a.t.i.

"...bisa kah yang benci di sayangi. bisa kah yang terhina di cinta..."

hati memang pelik.

dulu sayang.

dulu cinta.

tiba waktu hati di balikkan oleh Allah.

sayang dan cinta bertukar menjadi benci.

kosong...tidak berperasaan.

tiada siapa yang menyangka.

tiada siapa yang menduga.

cinta kepada manusia tiada yang kekal.

cinta kepada Allah jua lah yang kekal abadi.

jiwa tidak akan kecewa dan merana jika jatuh cinta kepada Allah.

Allah tidak akan pernah sedikit pun melupakan kita.



*****

hati dia memang pelik.
susah untuk jatuh cinta.
sekali dia jatuh cinta dia akan tatang cinta dia 
tapi awas...
sekali hati dia terluka...sendiri mahu ingat sendiri fikir.
hati dia memang pelik.
dia susah untuk membenci.
tapi awas...
sekali dia dah benci....jeling pun dia tak sudi.

korang pun macam dia juga ke?
kalau bukan seperti dia bagus lah...
jangan jadi seperti dia...dia belum cukup baik kan? kan?
haihhhh...apa nak jadi.
dalam bab cinta yang didustai memang dia tak boleh kompromi.
dia cukup pantang kalau orang cakap bohong.
dia cukup pantang kalau orang menipu.
dia cukup pantang kalau orang hipokrik.
dia cukup pantang kalau orang tu plastik.

siapakah 'dia'?
sendiri fikir le.....
awak jangan nak pandai2 cari dia lagi.
dia dah belajar lupakan awak.
dah hampir setahun dah pun.
awak harus tahu...
tak rugi dia kehilangan awak
sebab...
ramai lagi orang lain yang sayang dan cinta dia..
orang lain yang lebih tulus dan ikhlas...
jangan berani2nya awak hubungi dia lagi...
ngerti!!!











Sunday, February 5, 2012

Petua simpan sayur


Hi u all semua yang rajin memasak. hari ni saya nak bagi sedikit petua iaitu petua untuk menyimpan sayuran yang berdaun supaya tahan lama apabila disimpan dalam peti sejuk.


Tip di dapur walaupun buat masa sekarang saya jarang masuk dapur... hikhik :)
cekidaut!!

1. boleh guna plastik menyimpan makanan untuk memastikan sayur menjadi segar lebih lama. plastik menyimpan makanan ini seperti pembungkus sandwich atau kuih-kuih.

2. pastikan sayur dalam keadaan kering sebelum disimpan. pastikan sayur dalam keadaan kering kerana air yang berlebihan boleh membuat sayur-sayuran menjadi busuk.

3. rendam dua helai kertas kosong berwarna putih di dalam air selama dua atau tiga minit. kemudian bungkus sayur-sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya. masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembap supaya kesegaran sayur akan bertahan.

4. hiris sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam beg plastik. kemudian simpan ia didalam peti sejuk. cara ini akan membuat sayur-sayuran itu segar selama seminggu.

5. bagi sayur-sayuran seperti timun, lobak merah dan kobis, potong bahagian atas sayur-sayuran tersebut. sapukan sedikit garam dan minyak kelapa. kemudian simpan di dalam peti sejuk. pastinya sayur-sayuran ini akan kekal segar dan tidak cepat rosak.

Thursday, February 2, 2012

Ingat mati...

Awak....awak ingat mati tak sekarang ni?
saya ingat...semalam pun saya ingat.
semalam, selepas baca doa tido dan shahadah saya mengiring ke kanan.
tetiba terbayang wajah arwah sepupu saya yang meninggal dunia sabtu minggu lepas di ruangan minda.
terbayang saat jenazah di letakkan di liang lahat...keseorangan diruangan yang sempit lagi gelap gelita. muka menyentuh tanah liang. saya menjadi bertambah takut. terasa jantung berdegup kencang. tanpa sedar air mata membasahi pipi saya dan turun ke telapak tangan yang diletakkan dibawah pipi. semalam saya tidur bertemankan ketakutan mengenangkan kematian......juga mengenangkan dosa2 dan amal ibadat yang tidak seberapa. menggigil apabila terbayangkan timbangan dosa lebih berat daripada timbangan pahala serta amal jariah...terasa betapa kerdilnya saya disisi Allah...airmata saya semakin laju...ya Allah ampunkan segala dosa2 ku....
Berserta tangisan keinsafan fikiran cuba mengingati amalan-amalan yang boleh diamalkan untuk menerangi kubur disaat kematian datang menjemput saya nanti....sungguh insaf...wahai Allah, hamba tahu hamba sedar... tidak terhitung rasanya dosa2 hamba jika dibandingkan pahala...tetapi hamba tetap mengharapkan rahmat dan redha-Mu didunia juga diakhirat sana...Engkau bimbinglah jiwa hamba kearah menjadi wanita baik lagi solehah...Engkau tempatkanlah hamba dikalangan wanita ahli syurga Mu...amin ya rabbalalamin....



*sampai sini saja luahan rasa yang berlarutan sejak dari semalam. sekarang masa untuk saya tidur...esok pagi ada meeting di shah alam. esok pagi kena keluar rumah awal daripada biasa...harap2 semuanya berjalan lancar esok....
*tak yakin samaada malam ni dapat tidur dengan nyenyak atau tidak....PASRAH ajelah wahai mata. :)









Tuesday, January 31, 2012

Seribu Kemanisan


Himpunkanlah kekuatan usahlah ditaburkan 
seribu kemanisan harapan dari genggaman

 

Monday, January 30, 2012

Cuti dan kejadian.

hey hey hey...!
hari ni masuk opis setelah bercuti lama.
hurmm...tak habis2 lagi kena tanya ngan dorang ni.
dibawah ni beberapa soklan dari dorang yang saya sempat layannnnn...zasss...!
'cuti lama-lama hang balik kawin ka?'
'weh...ko cuti lama pegi bercuti kemana?'
'pegi  mana cuti lama?'
'amboi syoknye die cuti lama2..ada apa2 ke?'
'kak...kenapa cuti lama? akak sakit ye?'
'amboi hang...pi bercuti senyap2...'
'aku dengar ko cuti lama balik kawin yek?'
pertanyaan2 dorang yang rasa2nya agak malas nak dilayan, saya diam je buat pekak dan tuli. tak rock betul la dorang. cuti lama sikit pun kecoh. padahal tahun lepas jarang ambik cuti. baki cuti siap forward lagi. orang lain cuti lama saya tade nak kecoh2 pungggggg! haiyyaaa....


* cuti sebab ada kenduri kawen...
*
sepupu saya meninggal dunia pada tarikh harilahir saya sabtu lepas 28hb jan. sib baik masa hari kejadian saya masih bercuti bersama keluarga di kampung. maka tak ralat sangat... tapi sedih sebab disaat saya menyambut harilahir yang kesekian kalinya sepupu saya pula dijemput Ilahi. wujud keinsafan, semakin banyak kali kita menyambut hari lahir kita...semakin pendek umur kita dan semakin dekat jarak kubur dengan kita. subhanallah. semoga Allah mencucuri rahmat keatas sepupu saya dan semoga dia ditempatkan bersama orang2 yang solehah...amin ya rabbal alamin.





Wednesday, January 25, 2012

Fikir.....!


'It's not how you start the race, but it's how you end it'


'It's not how you start the race, but it's how you end it'


'It's not how you start the race, but it's how you end it'


'It's not how you start the race, but it's how you end it'


'It's not how you start the race, but it's how you end it'






Thursday, January 12, 2012

8 pekara.


Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara iaitu; 

1. menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. 
2. syukur perhiasan kepada nikmat. 
3. sabar perhiasan kepada bala. 
4. tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. 
5. berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. 
6. merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap. 
7. meninggalkan riak perhiasan kepada kebaikan. 
8. khusyuk perhiasan kepada sembahyang. 

*Saidina Abu Bakar As Siddiq.

Wednesday, January 11, 2012

Lewat Semesta

Meh kita layan jiwang jap.
Wahai insan yang disana mungkin saja kini kau dengar...


Sunday, January 8, 2012

Biasan...terbias.



Baru sampai rumah dari wangsa maju... 
najihah patah kaki. sorry dik, akak baru tahu.



biasan kaca itu tersenyum memandang aku.

membongkar satu rahsia...menghiris satu jiwa.

memaksa senyum sendu dibalik raut lesu. 


tersingkap impianmu, dicemar janji palsu.

bebaskanlah aku dari dibelenggu...

bantulah diriku arah mana satu...




*
teringatkan seseorang yang telah lama cuba untuk dilupakan. 
kenapa mesti kenangan itu hadir disaat aku telah...................... :(







Wednesday, January 4, 2012

Status diri : "JK"

Petanda:
1) Kalau tak selera nak makan....
2) Lebih suka buat hal sendiri....
4) Lebih banyak mendiamkan diri....
3) Hati mudah tersentuh, sensitif....
5) Masuk bilik tido atau bilik mandi pastu nangis sorang-sorang....
6) Pandu kereta laju-laju tanpa arah tuju di sepanjang lebuh raya....
7) Susah nak tidur....


Minggu sudah saya pergi majlis marhaban. pastu jumpa ustaz.
ustaz kata "kenapa badan makin kurus sangat ni...makan, kena makan banyak-banyak sikit....bla bla bla bla............bla bla bla bla..........
*membebel pulak ustaz ni. komen saya dalam hati sambil menggosok-gosok telinga sendiri ala ala rasa panas macam terbakar. hehhehee.


disebabkan tak sanggup nak mendengar bebelan ustaz yang seakan makin meleret-leret maka saya pintas cakap dia..."ustaz, saya tak boleh makan lah ustaz...takde selera. status saya sekarang ialah JK!"


ustaz ternganga sekejap sebelum bertanya saya balik....."JK?... apa itu JK? dan sambil berpaling kepada orang-orang yang ada bersama kami untuk meminta bantuan mereka. malangnya tiada siapa yang tahu apa itu JK... "


dengan selamba saya menjawab "status saya sekarang JK ustaz...'Jiwa Kacau'...


ustaz dan mereka2 yang ada berdekatan berkata "oooooo JK tu Jiwa Kacau rupanya...ish ish ish...."








*shotcut cerita setakat ni aja lah...yang selebihnya takleh cerita nanti kena gelak hehehhee.....










Sunday, January 1, 2012

Selamat tahun baru 2012.

Dari tingkap rumah kelihatan langit Kuala Lumpur disirami dengan cahaya yang berwarna-warni serta bedilan bunga api....

mata memandang kelangit Ilahi...sedangkan fikiran berfikir tentang SESUATU yang macam-macam...
iye...sedang memikirkan tentang 'sesuatu'. tentang kejiwaan, kerohanian, ketuhanan dan macam2 benda yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan akhirat.

agak2 apa lah bunga-bunga dugaan yang akan Allah berikan untuk tahun 2012 ni...nantikan saja segalanya dengan hati terbuka...surprise..nye...

agak2 apalah yang muda-mudi di sekitar Kole Lumpur ni sedang buat yer? ramai yang keluar celebrate new year pastinya. petang tadi semasa pulang dari shah alam jalan dah start sesak...hurmmm...

seperti tahun2 sudah su sambut tahun baru di rumah aje. malas dan fobia untuk bersesak2 kat luar...cerita lama pernah diragut handphone oleh mamat indon ketika sambut tahun baru di KLCC tahun 2006. cukuplah sekali....dah serik dan fobia sampai kesudah...tahun2 selepas itu jangan harap nak join kawan2 celebrate bersama...terpaksa beri macam2 alasan kalau dorang ajak....



*menaip dalam mood mengantuk :)

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...