Apa2 aje dalam page ini

I Follow...

Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Khamis, 24 Februari 2011

Hulagu Khan...khabar hitam dari timur




Tiga hari lepas asyu berjaya menghabiskan bacaan novel sejarah Islam tulisan Abdul Latip Talip. Tajuk novel sejarah Islam ni rasa-rasanya kawan-kawan dah tahu kan? tu kat sebelah kiri tu ada asyu tepek gambar novelnya...kalau baca tajuk n3 ni pun korang dah tahu...sudah terang lagi bersuluh hehhee. tapi takpe, asyu bagitahu jugak tajuknya ialah "Hulagu Khan : khabar hitam dari timur".


Bagi asyu novel ni best sangat dan patut dijadikan novel wajib baca bagi semua golongan. asyu ni sebenarnya hantu novel dan semenjak dari alam remaja sehinggalah ke alam dewasa ni [dewasa ke? bukan kanak-kanak ribena?]...dah bermacam-macam jenis genre novel yang asyu dah baca. dari novel cintan cintun syahdu syahdan sehingga menetes neteskan air mata sehinggakan berlakunya pembaziran air mata...novel triller yang boleh membuatkan otak berfikir membuat andaian suspen yang bukan-bukan...novel humor yang boleh buat asyu gelak sakan sampai guling-guling dan banyak lagilah....


Novel Hulagu Khan ini menceritakan matlamat serta impian cucu kepada penakluk ulung Monggol, iaitu Genghis Khan. Hulagu Khan merupakan lelaki yang keras dan bercita-cita tinggi, beliau mahu menjadi penakluk yang lebih ulung lebih agung daripada datuknya Genghis Khan...dan mewangikan kota Baghdad dengan darah adalah menjadi tujuan utama beliau. semuanya itu datang tepat pada waktunya, iaitu semasa umat Islam berpecah dan lalai pada tugas hakiki mereka di dunia.


Selepas berjaya menakluk wilayah Lurs di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha untuk menakluk Kota Baghdad yang terkenal dengan kekayaan dan panggilan kota seribu satu malam itu. setelah berjaya menumbangkan Khalifah al Musta'sim Billah dan menakluk Kota Baghdad, dan menghancurkan peradaban Islam, Hulagu Khan menakluk Damsyik...kemudian  dia cuba menakluk Mesir pulak...dan dunia Islam sudah berada di hujung tanduk, diasak hingga ke nafas terakhir....


.....lalu siapa yang mampu menahan Hulagu Khan daripada menghancur luluhkan dunia Islam????


Haaa..... kalau kawan-kawan nak tahu bagaimanakah kesudahan novel Hulagu Khan khabar hitam dari timur ni, jangan malu-malu jangan segan-segan... silalah cepat-cepat pergi ke kedai buku yang berhampiran anda dan beli...harganya tak murah dan tak mahal cuma rm24.00 hinggit je yer. buku ini boleh disimpan sebagai koleksi dan harta pusaka untuk anak-anak cucu cicit kita okeh... 


Pada pandangan mata asyu yang agak-agak tak bulat tapi tak sepet ni..... peperangan, pergolakan dan juga terlucutnya maruah serta kedaulatan beberapa negara Islam pada hari ini adalah ulangan daripada sejarah peperangan dan pergolakan yang berlaku pada zaman khalifah-khalifah yang terdahulu....semua faktor yang bertentangan dengan "roh Islam" itu sendiri akan menyumbangkan peranan kepada berlakunya peperangan dan persengketaan. natijah daripada dunia Islam yang tidak bersatu padu dan tidak saling bantu membantu untuk berjihad di jalan Allah telah dapat kita saksikan sekarang seperti mana yang berlaku kepada negara Palestin, Iraq....itu sebahagian kecil daripada contohnya saja yer kawan-kawan... ada banyak lagi yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah penaklukan Hulagu Khan ni....maka sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal...[saje pinjam tagline prof. izi].


So, silalah kawan-kawan semua baca buku novel sejarah Islam ini... apabila kawan-kawan baca dengan penuh pemahaman serta pengertian, pasti akan terdetik 'sesuatu' dihati kawan-kawan hehee. kalau dah habis baca tapi tak memberi apa-apa kesan kepada kejiwaan dan patriotik kawan-kawan... sendiri pikirlah ye..hehehee.




1 ulasan:

ibnuyassir berkata...

Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang telah runtuh pada tahun 1924.

Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/

Untuk mengetahui perkembagan terkini kebangkitan KHILAFAH.

Cari Blog di sini

Memuatkan ...

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...