Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Wednesday, July 10, 2013

Itu yang tertunda...

Salam...

Hari ini saya ambil cuti untuk sambut hari pertama puasa. Tiada apa yang istimewanya dengan hari ini sehinggakan saya beria mengambil cuti melainkan istimewanya kedatangan bulan ramadhan al-mubarak. Kalau ikut perancangan memang saya berhasrat untuk mengambil cuti barang sehari dua untuk menyambut ramadhan tahun ini bersama ahli keluarga di kampung tetapi terpaksa dibatalkan kerana adanya audit ISO pada 8 dan 9 haribulan iaitu isnin dan selasa kelmarin. Tak sangka pula last minit jadual audit terpaksa ditundakan atas sebab tertentu. Timbul juga sedikit rasa kesal di dalam diri saya disebabkan hal ini,  kerananya perancangan awal saya untuk menyambut puasa di kampung terpaksa dibatalkan...tapi takpe lah...mungkin ada hikmahnya semua ini tertunda....

Cadangnya sempena ambil cuti hari ini saya nak pergi servis kereta di bangi, bengkel yang saya selalu pergi untuk servis kereta..last minit pulak abang bengkel tu sms bagitahu dia tak buka bengkel hari ni sebab ada hal...hurmmm tertunda lagi hasrat saya untuk servis kereta dari minggu lepas lagi. Bukan tiada bengkel kereta lain, tetapi saya dah terbiasa pergi ke bengkel itu...lagipun abang Paei yang selalu servis kereta saya tu jujur dalam bekerja, tidak mengambil kesempatan keatas pelanggan dan charge pun takde lah mahal sangat walaupun servisnya bagus...bagi saya susah untuk cari orang yang bekerja dengan ikhlas seperti abang Paei, jadi tak hairan lah ramai pelanggan yang pergi servis kereta dibengkel dia.

Oleh kerana tak jadi untuk pergi servis kereta, plan B saya sekejap lagi saya nak ke Tesco sekejap untuk membeli sedikit barang2 dapur. Dah alang-alang keluar lajak lah sikit masa untuk pusing-pusing bazar ramadhan mencari sedikit juadah kegemaran untuk saya berbuka puasa pada hari ini. Nampak kan, saya sendirian lagi pada ramadhan ini....ada sesiapa sudi temankan saya tak...hehhehe...

Okey la...setakat ini saja untuk hari ini. Selamat berpuasa dan berbuka daripada saya.

Love u all...




1st ramadhan 2013

Assalamualaikum wbt...

Ramadhan datang lagi. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan berterawih kepada kawan-kawan blogger dan pembaca muslimin muslimat yang membaca n3 saya kali ini. Harapan semoga ramadhan pada kali ini saya dapat manfaatkannya dengan sebaik-baiknya, semoga amal ibadat diterima Allah dan dikurniakan pahala sebanyak-banyaknya. Juga harapan agar Allah memberi segala kebahagiaan dan memudahkan segala urusan di dunia dan akhirat...amiin...

Pagi ramadhan yang pertama ini, saya bersahur seorang diri seperti mana ramadhan tahun sudah dengan menu yang sederhana cukup untuk mengalas perut untuk seharian berpuasa esok. kala ini kenangan berbuka puasa dan bersahur bersama mak ayah dan adik beradik menari-nari di relung ingatan...meriah dan berselera walaupun ada antara kami yang makan sambil tutup mata hehee. Teringat kenangan di zaman remaja saya dulu, selalunya setiap kali sebelum dan selepas berbuka dan bersahur saya dan mak lah orang yang paling sibuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur..dan saya jugalah orang yang paling sibuk mengemas meja makan selepas berbuka dan bersahur sebelum menunaikan solat maghrib dan subuh...semua kenangan itu segar diingatan, cuma hari ini saya bersahur dan bakal berbuka sendirian....sedih dan sayu rasanya, juga rindukan mak ayah dan adik beradik...




Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...