Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Thursday, August 25, 2011

...segalanya dengan izin Allah S.W.T...

sampai dirumah mak ayah saya lihat begitu ramai tetamu dan saudara-mara yang datang kerumah. saya melihat sekeliling. ada yang sedang membaca surah yasin beramai-ramai, ada dikalangan kaum kerabat saya yang membaca surah yasin sambil menahan sendu. menangis? saya kehairanan. ditengah-tengah ruang tamu rumah itu kelihatan terbujur kaku satu jenazah. jenazah siapa? saya semakin kehairanan apabila melihat wajah mak saya yang begitu sedih dan pilu, tetapi tergambar ketabahan diwajah itu. saya lihat adik bongsu perempuan saya memeluk mak saya sambil menangis. saya semakin hairan. saya mendekati  mereka dan bertanya kepada mak dan adik kenapa mereka menangis, kenapa semua orang bersedih, kenapa saudara mara menangis dan jenazah siapa yang ditutupi dengan kain batik itu... tetapi tiada respon daripada mak dan adik saya, seolah-olah mereka tidak mendengar saya dan tidak mempedulikan kewujudan saya dirumah itu. saya menjadi bertambah sedih melihat kesedihan mak dan adik saya.

*
kemudian saya mencari-cari dimanakah abah saya, abang saya dan adik lelaki saya. saya melihat abah sedang bercakap dengan imam dengan wajah yang sugul. abang dan adik lelaki saya bersama beberapa saudara mara pula sedang menguruskan sesuatu. kelihatannya mereka sedang menyiapkan kelengkapan untuk memandikan jenazah. ada kapur barus dan bahan-bahan lain disitu.

*
saya semakin gelisah. saya cari abah saya semula. kemudian saya tanya abah, jenazah siapa ditengah-tengah ruang rumah kita? reaksi abah juga sama seperti reaksi ibu dan adik...diam dan tidak menghiraukan saya. disaat itu saya merasa sedih dan terasing tiba-tiba seolah-olah saya tidak diperlukan dan tidak wujud didepan mata mereka.

*
dengan hati yang pilu saya kembali mencari ibu dan adik perempuan saya yang tadinya sedang membacakan surah yasin untuk jenazah si mati. saya sangat sedih. terasa asing dirumah mak ayah saya sendiri kerana tidak diendahkan oleh mereka.

*
kemudian jenazah dibawa ke ruang mandi. disebalik tirai saya lihat mak saya sedang memandikan jenazah seorang perempuan. tetapi saya tidak dapat melihat wajah jenazah itu kerana ia membelakangkan saya. sesekali saya lihat mak saya menyeka air mata yang menitis kepipi dengan lengan baju. saya turut sama menangis melihat keadaan dan kesedihan mak. kemudian, kerana tidak sanggup melihat air mata mak yang tidak putus-putus menitis kepipi saya terus tinggalkan mak disamping jenazah yang sedang dimandikannya.

*
saya lihat abah duduk bersama abang dan adik saya serta beberapa saudara-mara yang lain. abah tunduk kesedihan. saya menghampiri abah, saya bertanya lagi, jenazah siapa yang mak sedang mandikan itu? abah tetap tunduk tidak menoleh sedikit pun kearah saya. saya sedih yang teramat.

*
tidak lama kemudian mak datang kepada abah dan memberitahu abah yang jenazah sudah siap untuk dikapankan. abah dan adik beradik saya yang lain terus bangun menuju kearah jenazah untuk tatapan terakhir. saya membontoti abah dari belakang. apabila abah melutut disamping jenazah, saya tiba-tiba kaget. saya terkejut kerana jenazah tersebut betul-betul mirip saya. saya menangis dan keliru. saya menangis dan terus menangis. siapa jenazah itu sebenarnya? sepanjang hayat saya mak tak pernah beritahu yang saya ada kembar seiras. atau adakah jenazah itu adalah saya? saya ni dah mati ke? saya bertanya kepada diri saya sendiri. dalam suasana sedih itu saya melihat abah dan mak mengucup dahi dan pipi jenazah itu lama. kemudian saya terdengar mak membisikan sesuatu ke telinga jenazah itu. kata mak "mak halalkan setiap titisan air susu mak yang mak bagi minum pada kakak, dan mak halalkan semuanya, mak ampunkan semua kesalahan kakak sejak dari hari pertama kakak dilahirkan kedunia ini sampailah kakak menghembuskan nafas terakhir. mak redha dengan pemergian kakak mengadap Ilahi. mak akan sentiasa doakan kesejahteraan kakak disana." mendengar kata-kata mak saya terus menangis terisak-isak. teramat pilu. maka tahulah saya jasad yang terbujur kaku itu adalah jasad saya sendiri. saya terus menangis dan menangis kerana tidak sanggup melihat kesedihan mak dan abah.

*
dari halaman rumah saya melihat jenazah saya diusung kekubur. saya menangis dan terus  menangis. saya tahu sekejap lagi tiada siapa yang akan dapat menemani saya. saya ketakutan. saya menggigil. saya memanggil mak dan abah saya, tetapi mereka tidak mendengar suara panggilan saya. mereka terus berjalan mengiringi jenazah saya kekuburan...sedangkan saya terus menangis keseorangan dihalaman itu.

*
di liang lahat, kain yang menutupi wajah saya dibukakan sedikit. abah saya membetulkan kedudukan posisi saya diliang itu sambil menahan tangis. saya tahu abah sedih dan cuba sedaya upaya untuk tidak menangis. saya lihat mak saya ditepi kuburan menyeka air mata yang jatuh kepipi dengan lengan baju. abang, adik beradik saya juga begitu. mereka menangisi. saya semakin ketakutan apabila tanah mula ditimbus kedalam lubang kubur....saya menangis dan merayu supaya mereka tidak meninggalkan saya keseorangan disitu. saya panggil abah, saya panggil mak saya supaya mereka keluarkan saya dari liang lahat itu...tetapi mereka semakin menjauh...sambil menangis saya meronta-ronta minta mak ayah jangan tinggalkan saya keseorangan....saya menangis dan terus menangis....................tiba-tiba saya seperti tersedar. dalam termanggu dan kebingungan saya seolah-olah merasa seperti berada didunia yang berbeza. saya meraba-raba muka saya, basah. ada air mata, saya menangis? dimana saya ketika ini? baru sekejap tadi saya mengalami sesuatu yang menakutkan apabila ditinggalkan keseorangan di liang lahat.......sekarang kenapa tiba-tiba?....dimanakah saya sekarang? mana mak, abah dan adik beradik saya? ....dan.....beberapa saat kemudiannya barulah fikiran saya kembali waras. baru saya sedar...rupa-rupanya saya bermimpi. saya pegang pipi saya, basah...dan saya betul-betul menangis seperti didalam mimpi...

*
rasa insaf dan takut menguasai jasad. saya bangun mengambil wudhuk dan terus solat taubat, tahajjud dan solat hajat. kemudian sambung mengaji quran sambil menangis terisak-isak (hati terasa sayu, sedih dan takut kepada Allah ketika ini. takut andainya amal ibadat tidak diterima dan dosa tidak diampunkan. saya rasa takut sangat-sangat sampai tak dapat menahan air mata) sebelum makan sahur dan solat subuh.

*
masuk keje pada paginya dengan muka yang sembab kerana menangis sampai menimbulkan pertanyaaan dikalangan rakan-rakan opis. saya diam saja, takut mengingati mimpi semalam. tentu ada hikmahnya mimpi semalam....pasti untuk diri saya sendiri. saya berjanji pada diri sendiri untuk terus berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik.....lebih baik...dan seterusnya lebih baik....





Friday, August 12, 2011

Bubur Ayam Berempah Dan Lada Hitam

Yum yum sedapnye...

Bahan-bahan ( 6-8 org )

  • 125g beras
  • 100g isi ayam (potong Dadu) 
  •  Bahan tumis :
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia (hiris halus)
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Cengkih
  • Kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • ketumbar
  • ~Serbuk kunyit
  • ~Garam
  • ~lada hitam (tumbuk lumat)

Cara-cara


  1. Beras dan ayam rebus hingga beras hancur.
  2. Tumis baeang tumis sehingga naik baud an kekuningan.
  3. Masukkan bahan tumis dalam rebusan ayam dan beras, kacau sebati.
  4. kemudian masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan garam secukup rasa.
  5. Biarkan mendidih dan sedia dihidangkan.




Tuesday, August 9, 2011

Buka dan sahur ini hari

Haa, hari ini su berjaya meloloskan diri berbuka puasa dengan izzat, my best pren.. seronot hati su pabila melihat air muka dia yang mempunyai aura ceria tahap upin dan ipin tadi tu ehehehe. sebenarnya dah beberapa hari dia ajak su berbuka puasa bersama-sama tetapi su terpaksa menolak sebab ada sebab2 tertentu hehee. makanya beberapa hari itu jugalah muka dia berubah kelat dan masam umpama susu basi ahaks. buruk giler muka, sejibik sebijik macam muka gorilla muahaahaa. pulak si izzat ni kaki merajuk. tak padan ngan lelaki, rajuknya kadang-kadang mengalahkan pompuan. sikit-sikit merajuk kalau dia dengan su. sampai jenuh su nak pujuk. kawan2 lain dah lama fed-up dengan perangai dia yang satu itu... tapi su still ok lagi kalo bab pujuk memujuk nih. kalo susah sangat nak pujuk si izzat ni, silap-silap haribulan terbalik, su pulak yang majuk. masa tu kita tengok sapa akan pujuk sapa muahaha. kiranya hari ni su dah pun menunaikan hasratnya yang nak sangat berbuka poser bersama-sama su. su order chicken chop black pepper dengan jus durian belanda. itu aje yang mampu su order sebab su tak tahu nak makan apa huhuu. si izzat pulak order steak, nasi goreng amarika, jus hawaii dan sup campur thai. *sume menu dia dari obersea. banyak kan dia makan hehehe...tak heranlah kenapa badan dia dua kali ganda saiz badan su ngeeee :)

*
*
*

Lebih kurang pukul 12.30 pagi tadi pulak su dapat satu call daripada kawan. dia ajak sahur pulak. kacau betullah. su baru je nak lelap...baru nak ambik mood 'kuch kuch hota hai'. sempat lagi membebel kat kawan tu sebab ajak sahur tak kena time su. awal sangat dia nak sahur. nak ditolak tak sampai hati, so terpaksa jugalah temankan dia makan walopun su lebih suka bersahur di rumah. apa nak buat, kawan punya pasal layan kan aje... mulanya dia ajak makan di restoran pelita area jalan ampang dekat-dekat dengan klcc nun, tapi su pulak takmo...malam2 tekak ni takleh tima masakan mamak. last-last dia ikut selera su...kami makan di restoran nasi padang area kampung baru nun disana...ngeee. pas makan balik umah, kemudian takleh nak tido sebab time tido dah lari...senget. jadinya su buka laptop dan taip ini n3 yang ntah apa-apa merapu meraban ngeee...

*
*
*
tetiba pulak hati terindu si DIA nun jauh disana...




Sunday, August 7, 2011

Gelandangan itu...


Sekejap tadi...
Tersentuh hati saya bila tengok rancangan singgah sahur episod gelandangan di tv3.
Terdetik rasa keinsafan didalam hati...juga rasa bersyukur yang tidak terhingga kerana nasib saya jauh lebih baik dari kehidupan mereka 'gelandangan' itu. Alhamdulillah syukur. terdetik dihati untuk membela nasib gelandangan itu, tapi.......
semoga Allah mudahkan laluan dan murahkan rezeki kita semua untuk membantu mereka yang bergelandangan itu dan mereka yang amat memerlukan bantuan kita semua....


'gelandangan' itu adalah mereka...dan 'kita'...??'






Untuk kengkawan...

Malam tadi kamu dan kawan baik mu bertengkar...

Kamu membuat keputusan tak mahu bercakap dengannya keesokan harinya...

Dia senyum kepada mu..sebaliknya kamu mengetap gigi kepadanya...

Dia menceritakan perkara yang baik tentang kamu kepada kawan2nya yang lain... 

Kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya...
Dia cuba mendekatimu dan menegurmu...  

Tapi kamu tolaknya ke tepi... 

Baginya kamu seorang kawan yang terbaik... 

Kamu pula rasa dia seorang kawan yang paling teruk pernah kamu jumpa...  

Dia pun menulis nota kepadamu dan menceritakan semula kenangan manis yang pernah kamu dan dia kongsi bersama...  

Kamu pula menulis semua saat buruk yang kamu ingat sepanjang bersamanya... 

Jauh di sudut hatimu, kamu mengasihaninya. tapi di hatimu sudah penuh dengan kebencian...  

Keesokan harinya kamu jumpa satu nota daripadanya: 
  

Dear_________, 

Saya cuba memberitahu kamu semalam tapi kamu tak beri peluang untuk saya bercakap. saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut untuk mendengarnya. saya cuba untuk senyum kepadamu tapi kamu sambut senyuman saya dengan kebencian. sekarang ini keadaan saya sangat teruk dan makin teruk. saya minta maaf sebab hari ini saya tak dapat berjumpa dengan kamu. saya tulis surat semasa saya di hospital. saya sudah kesuntukan masa. saya minta maaf sebab terpaksa beritahu kamu sekarang. saya minta maaf atas pergaduhan kita, kamu memang seorang kawan yang hebat. saya janji saya akan sentiasa memerhatikan kamu...
 
Salam kasih sayang.


Kamu pun berlari ke hospital untuk meminta maaf kepadanya... 

Tapi hanya ibunya saja yang ada di situ... 

Ibunya menekap mukanya dengan kedua belah tangannya... 

Dan dia pun menangis. dia melutut dan berdoa supaya tuhan kembalikan anaknya... 

Kamu sudah terlambat... 

Kamu berharap dapat beritahu kawanmu yang kamu minta maaf dan ucapkan selamat tinggal...


Pengajarannya:

Semua kawan ada masa naik dan turun... dan kadangkala kamu perlu meminta maaf. jangan tunggu orang lain melakukannya dulu...sebab kamu takkan tahu apa yang akan terjadi esok hari...



Saturday, August 6, 2011

Kelebihan wanita

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.


2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
 

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya! dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



*Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga! kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapakan kepala kita macam tembikai. Itu baru kepala, Belum masuk tangan, kaki, badan, dan sebagainya



Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan, Januari 1992



Tujuh kalimat


Sabda Rasulullah S.A.W


" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat  mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah- mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!



"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk
Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"






Sinar cahaya ayat Kursi


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.   

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


*Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."






Friday, August 5, 2011

Nyanyuknye saya...

Alangkah nyanyuknya saya...
pagi-pagi dah nyanyuk...
ini kisah tragis kejadian di pagi hari pada hari poser ke-2 selasa lepas.
kenapa tragis? tapi tragis ke? banyak mana tragisnye? ewah banyak pulak soklan.
barangkali agak tragis dan melankolik la kot...
cewah melankolik bagai, macam lagu melankolia la pulak.

tahu tak...nyanyuk sungguh saya pada pagi itu.
kepala rasa kosong, macam hilang ingatan pun ada...
rasa nak nangis pun ada...tapi saya kontrol air mata, takmo kasi kuar sebab ada orang-orang disitu.
kalo dorang nampak saya nanes nanti saya malu...padahal nanes jugak. cengeng.

pagi itu, seperti hari-hari biasa saya menuruni anak tangga satu persatu demi satu perjuangan mencari rezeki. *sempat lagi saya usha-usha makcik jelita bila sampai dilaman depan rumahnya. konon nak cakap selamat pagi ke..selamat berpuasa ke..tapi bayang makcik jelita tidak ketahuan kelihatan. sudahnya saya teruskan mengatur langkah kaki kebawah.

bila sampai bawah saya menghalakan langkah kaki ketempat parking kete dibahagian depan bangunan yang saya biasa paking di area situ. 
cari punya cari...punyalah cari...sehinggalah saya kepenatan, kecuakan dan kekeliruan, namun tiadalah kereta saya dijumpai disitu...
hati saya mula berdebar-debar, resah. mata terasa panas...tubir mata sedikit demi sedikit digenangi air hangat mata....

mana perginya kereta saya? hilang ke? sape kidnap? hati bermonoloq.
saya termanggu disitu...kebingungan...
kemudian saya duduk disatu bangku yang memang tersedia ada disitu sambil menundukkan kepala, sambil mengutip serta mencantumkan semula memori-memori kejadian pada petang kemarinnya dan sebagai helah untuk menyembunyikan air mata saya dari dilihat oleh orang-orang yang lalu lalang disitu.

lima belas minit berlalu...
saya masih dengan kedudukan dan posisi begitu...
namun cas sinap dan memori-memori peristiwa petang kemarinnya telah berjaya saya cantumkan dan raih semula diingatan saya sedikit demi sedikit...
beberapa minit kemudian...
saya mula teringat tentang petang senin kemarinnya itu masa saya terkial2 cari ruang paking.....
dan....
"laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
caner aku boleh lupa pulak ni...adoyyai...sia-sia jek aku nanes. buat malu jek orang tengok. buat nebes jek...sib baik aku tadak penyakit jantung ke darah tinggi ke...kalau tak..." sambil tepuk dahi sambil membebel sorang-sorang...ngeee....dan sambil bangun berjalan kearah itu...arah yang sepatutnya nun jauh dihujung sana.

saya mula teringat, alkisah petang isnin kemarinnya itu masa saya tercari-cari ruang paking namun tiada kelihatan walopun sesudah 3 kali tawaf...saya juga hairan kerana disana sini kelihatan terlalu ramai orang. mana datang sume orang2 itu menjadi tanda tanya difikiran saya kerana terlebih ramai daripada biasa. ada kematian penghuni kah??? sempat juga saya bertanyakan salah sorang makcik dalam kelompok yang ramai-ramai itu tetapi saya tidak faham apa yang makcik itu perkatakan sebab dia cakap bahasa J.A.W.A. sambil berlalu pergi menjauh dari saya... dalam kepenatan dan sedikit jengkel kerana makcik itu tidak menggunakan bahasa M.E.L.A.Y.U yang senang untuk saya fahami makanya saya mengambil keputusan untuk tidak bertanya lagi dan kemudian 'melandingkan' kereta saya berdekatan dengan masjid nun jauh dihujung bangunan sana. selang 3 bangunan. jauh dari hari2 biasa yang mana saya paking betul2 didepan blok rumah saya. hurm...bahasa jowo, muke saya ni ada iras-iras muke orang jowo ko mokcik?? patutlah saya tak paham bahasa understand... kesimpulannya nyanyuk kah saya?? hilang ingatan??




*kenapa saya rasa tatabahasa dan penggunaan ayat saya seperti orang baru belajar bahasa melayu je?
 ahh layankan aja...saya memang baru belajar bahasa...

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...