Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Tuesday, December 27, 2011

Ya Sudahlah...

ya sudah-sudah lah tu... coz everything gonna be ok! pujuk diri sendiri...

Monday, December 26, 2011

Mengelabah member

Asal hujung minggu je macam2 nak kena buat. tak dan nak dok lepak2 kat rumah. ada2 je program. sebab tu jugalah blog ni dah jarang up-date. minggu ni pun sama gak. balik keje hari jumaat lepas su terus pergi majlis marhaban di seksyen 15 shah alam. tidur sana sebab pagi sabtu tu pun ada program sampai ke petang. best... dah habis program tu kakak angkat su ajak pergi sacc mall. ada jualan mega sale bonia kat situ. sambil2 temankan kak lyn beli kasut sempat juga la su rembat 2 biji bag bonia. satu untuk mak dan satu lagi untuk adik su yang dah lama nak su belikan dia bag sebab dapat result bagus setiap semester ijazah syariah dia. hari ahad pulak su pergi port dickson. selepas selesai sesi rawatan kami makan2. sambil dok makan2 tu adalah sorang kakak angkat su kat pd nak belanja su naik jet ski. konon2 sebab su kata su stress dan perlu lakukan sesuatu yang adventure untuk melepaskan rasa stress. dia kata dia tak seronok tengok muka stress su dan offer main jet ski. dia suruh su pilih je nak jet ski yang mana satu dalam 40 jet ski yang dia ada dan suka hati su lah nak naik selama mana kat laut tu. bagai orang mengantuk disorong bantal apa lagi, horrey horrey hip hip horrey lah su melompat sebab 1st time nak cuba main jet ski free pulak tu ahahahaaa. mula2 tu su naik jet ski tu berdua dengan kawan su sebab tak confident. pastu dalam dua puluh minit kemudian su dah boleh merempit dengan jet ski tu sorang2 kat tengah2 laut. rasa best gillerrrr....3 jam naik benda alah jet ski tu rasa tak puas. rasa tanak balik rumah, nak main benda alah jet ski tu sampai pagi esok ahahaha.. pastu kawan2 su siap risau pulak sebab su dah merempit hingga ke tengah2 laut sangat. dah ter'over' excited pulak. dorang siap mengelabah sebab dah tak nampak su kat tengah2 laut tu. dah pergi terlalu jauh ketengah laut sedangkan su baru pertama kali belajar main jet ski sorang2 pulak tu hihiii. lepas tu berlakulah adengan kejar mengejar dan cari mencari dengan jet ski kat tengah2 lautan port dickson tu.....

serius su sendiri tak percaya yang su boleh pergi ketengah laut sejauh itu. pada mulanya bila dah sampai tengah2 laut dan dah tak nampak gigi pantai su dah start rasa gementar dan takut, rasa nak nangis pun ada...pastu dalam dua minit lepas tu tiba2 rasa takut itu hilang dengan sendirinya dan rasa semakin teruja nak explore lautan. sib baik su sempat sedar diri kot-kot lah datang musibah lain dan syu terus pusing handle jet ski menghala ke pantai. dari jauh nampak 3 orang kawan2 su menghala kearah su dengan jet ski masing2. serius su sendiri tak percaya dengan keterujaan dan keberanian yang tiba2 wujud dalam diri ketika berjet ski. apatah lagi kawan2 lagilah tak percaya yang su seberani itu walaupun baru pertama kali pegang handle jet ski. sampaikan dorang mati2 ingatkan yang su dah pernah main sebelum ini. hhhmmm...sebenarnya su terkejut dengan diri sendiri. tetiba lak terlebih confident terlebih berani....dah sampai pantai kawan2 masing2 tengok su dengan satu pandangan yang pelik dan masing2 diam membisu..."tak padan dengan sakit, tak padan dengan saiz badan kecik...naik jet ski mengalahkan jantan" ngomel kakak angkat su merangkap tuan punya jet ski...huhuuu habislah pasni kompem dia dah tak kasi dah su naik jet ski dia sorang2.




*perkara paling biasa su buat bila nak hilangkan tekanan, bawak kereta laju2 kat highway. kadang2 sedar2 dah sampai klia....dan sampai ntah kemana2. bila nak insaf pun tak tahu la...
*perlukan seseorang yang sanggup menyapu air mata su dikala hiba...anyone???











Monday, December 19, 2011

Hati

Sabarlah wahai hati.
simpan rasa sedih itu.
simpan rasa kecewa itu.
simpan rasa marah itu.
semua rasa itu tidak akan memberi ketenangan.
hati seakan lesu.
kesedihan tiada penghujung,
membuatkan hati yang lembut menjadi sekeras batu.
biarkan semuanya berlalu.
lempar semua rasa itu jauh-jauh.
salah siapa?
tiada yang salah,
cuma manusia tidak tahu untuk menghargai.
cuma manusia tidak punya empati.
cuma manusia tidak tahu menilai rasa sekeping hati.
biarkan....
jangan di fikirkan sangat.
tinggalkan semuanya jauh-jauh.
andai hati yang seketul ini dapat di tukar ganti,
akan aku lakukan tanpa kompromi....


Monday, December 12, 2011

Satu Muharram detik permulaan

Macam dah berhabuk dah blog su ni. ambik tissu basah dan lap-lap sikit kasi bersih hehehe.
baca entri lepas, bunyi macam sibuk je jadual hidup su sebelum menjelang muharram iaitu tahun baru dalam kalendar islam. memang sibuk, rushing sana sini dan last2 demam...sakit lagi. padan muka muekekeke.
Permulaan muharram tahun ini su pindah rumah lagi. sama seperti tahun lepas, masuk bulan muharram su pindah rumah. harap-harap nomad pada muharram ini adalah yang terakhir sebelum su melangkah ke fasa baru kehidupan su...'next destination'...cewahh. perancangan tetap ada tetapi selebihnya su berserah kepada Allah S.W.T. doakan semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya..amiin.

bunga hijrah, dari Mekah.
Minggu pertama muharram selepas settle semua 'perkara penting' su pergi jumpa prof. dr. azizah dan prof. dr. razali. test kesihatan fizikal. yes! ada perubahan positif tetapi masih lagi kena ambil ubat. ubat lagi? dah rasa fobia dengan ubat. tapi takpe, demi kesihatan su sanggup telan semua ubat! dah kasi ubat, ok su terima ubat sambil buat muka katoon. pastu dapat pulak bunga hijrah. bunga hijrah? macam mana rupa bunga tu ek? sebenarnya su tak penah jumpa dan nampak spesis bunga seperti bunga hijrah ni kat negara kita. tapi tak tahulah kot2 su aje yang tak pernah jumpa dan orang lain pernah jumpa huhuu. tapi prof kata bunga hijrah ni susah nak jumpa. iye ke tak iye syu tak tahu...dengar aje apa kata prof tu. pastu dipendekkan cerita su angguk-angguk geleng-geleng aje. bunga hijrah ni  cantik, warna dia putih bersih dan kelopak dia bercantum antara satu sama lain di pangkal kelopak tetapi tidak berbau wangi seperti bunga ros. orang dah bagi su sambut aje jambak bunga hijrah tu dengan tangan terbuka sambil tersenyum lebar sampai ke telinga. sapa tak gembira kalau dapat bunga? erk, ada yang tak gembira? jangan cakap banyak. sah sah orang tu spesis alien atau hati kayu muahahaa..opss! ada sesapa terasa? *sambil tampar mulut...aishh tak baik cakap orang spesis alien. setiap orang kan ada kesukaan masing-masing. so, sila respect! jangan tulis lebih-lebih karang ada yang makan hati berulam jantung. macam sindir je...muekekekke.

silap-silap bunga ni akan selamat dijadikan jus bunga...
aishh macam-macam boleh jadi 
sekiranya kepala tengah 'wenggg'.
Dua hari su simpan bunga hijrah ni tetiba su terfikir kalau tak buat sesuatu mesti bunga hijrah ni akan layu sedikit demi sedikit. jadi oleh kerana tak sampai hati tengok dia semakin layu di jambak. so, dengan akal yang separuh waras ayu masukkan bunga itu kedalam bekas berisi air dan masukkan sebiji panadol kedalam air konon2nya supaya bunga itu kekal segar...experiment tidak menjadi. kesudahannya su asingkan kuntumnya daripada batang dan kemudian masukkan kedalam peti sejuk....nasib bunga hijrah ni biarlah menjadi rahsia su hehehehee.









Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...