Macam dah berhabuk dah blog su ni. ambik tissu basah dan lap-lap sikit kasi bersih hehehe.
baca entri lepas, bunyi macam sibuk je jadual hidup su sebelum menjelang muharram iaitu tahun baru dalam kalendar islam. memang sibuk, rushing sana sini dan last2 demam...sakit lagi. padan muka muekekeke.
Permulaan muharram tahun ini su pindah rumah lagi. sama seperti tahun lepas, masuk bulan muharram su pindah rumah. harap-harap nomad pada muharram ini adalah yang terakhir sebelum su melangkah ke fasa baru kehidupan su...'next destination'...cewahh. perancangan tetap ada tetapi selebihnya su berserah kepada Allah S.W.T. doakan semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya..amiin.
bunga hijrah, dari Mekah. |
Minggu pertama muharram selepas settle semua 'perkara penting' su pergi jumpa prof. dr. azizah dan prof. dr. razali. test kesihatan fizikal. yes! ada perubahan positif tetapi masih lagi kena ambil ubat. ubat lagi? dah rasa fobia dengan ubat. tapi takpe, demi kesihatan su sanggup telan semua ubat! dah kasi ubat, ok su terima ubat sambil buat muka katoon. pastu dapat pulak bunga hijrah. bunga hijrah? macam mana rupa bunga tu ek? sebenarnya su tak penah jumpa dan nampak spesis bunga seperti bunga hijrah ni kat negara kita. tapi tak tahulah kot2 su aje yang tak pernah jumpa dan orang lain pernah jumpa huhuu. tapi prof kata bunga hijrah ni susah nak jumpa. iye ke tak iye syu tak tahu...dengar aje apa kata prof tu. pastu dipendekkan cerita su angguk-angguk geleng-geleng aje. bunga hijrah ni cantik, warna dia putih bersih dan kelopak dia bercantum antara satu sama lain di pangkal kelopak tetapi tidak berbau wangi seperti bunga ros. orang dah bagi su sambut aje jambak bunga hijrah tu dengan tangan terbuka sambil tersenyum lebar sampai ke telinga. sapa tak gembira kalau dapat bunga? erk, ada yang tak gembira? jangan cakap banyak. sah sah orang tu spesis alien atau hati kayu muahahaa..opss! ada sesapa terasa? *sambil tampar mulut...aishh tak baik cakap orang spesis alien. setiap orang kan ada kesukaan masing-masing. so, sila respect! jangan tulis lebih-lebih karang ada yang makan hati berulam jantung. macam sindir je...muekekekke.
silap-silap bunga ni akan selamat dijadikan jus bunga... aishh macam-macam boleh jadi sekiranya kepala tengah 'wenggg'. |
Dua hari su simpan bunga hijrah ni tetiba su terfikir kalau tak buat sesuatu mesti bunga hijrah ni akan layu sedikit demi sedikit. jadi oleh kerana tak sampai hati tengok dia semakin layu di jambak. so, dengan akal yang separuh waras ayu masukkan bunga itu kedalam bekas berisi air dan masukkan sebiji panadol kedalam air konon2nya supaya bunga itu kekal segar...experiment tidak menjadi. kesudahannya su asingkan kuntumnya daripada batang dan kemudian masukkan kedalam peti sejuk....nasib bunga hijrah ni biarlah menjadi rahsia su hehehehee.
No comments:
Post a Comment