Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Saturday, November 26, 2011

Tak percaya?


Semalam saya tidur lambat, masuk jam lima baru mata ni boleh lelap.
semenjak kebelakangan ini saya susah sangat nak tidur. puncanya 'tiadalah aku ketahuan' hehhehe.
entah lah...puas saya fikir, fikir dan fikir. tetapi saya 'blurr' kenapa saya boleh jadi 'insomnia' macam sekarang ini. masalah dalaman dan luaran yang tidak dapat dikesan kot. ahhh lupakan aje.

semalam kawan saya ajak saya pergi karok lagi. lepas isyak, saya blurr tak tahu nak borak dengan siapa sebab semua housemate saya 'hilang' entah kemana. jadinya, saya buat keputusan temankan kawan pergi karok di wangsa walk. ala...bukan selalu pun. sekali sekala hilangkan rasa bosan apa salahnya. yang penting tahu jaga batasan. betul tak? makanya melalak lah kami bertiga dengan penuh perasaan. lontarkan volume suara sedaya mungkin seolah-olah melepaskan rasa hati dan semua masalah yang terbuku didada. padahal bukan selesai pun semua masalah itu dengan berkarok hehhee. cuma kepuasan melepaskan perasaan. tapi takpe...layankan aja kepala kawan-kawan saya tu. yang tengah putus cinta menyanyi lagu sedih lagu frust mendayu-dayu... apa kes? hahahhaa tak faham saya... kot iyer...nyanyi lah lagu yang happening yang tak sedih mendayu-dayu. ada ketikanya sungguh saya tak faham layan kepala kawan-kawan saya. hurrmmmm. tapi saya layankan juga...asalkan dorang 'release'. nasib baik tempat karok tu tak runtuh dek lantunan suara sumbang kami semua ahahahaa.

hari ni, pagi-pagi lagi saya dah bangun tidur. pelik, saya tak mengantuk langsung walaupun saya tak cukup tidur. saya mulakan dengan membasuh baju dan buat apa yang patut. hari ni banyak benda yang saya perlu buat. macam-macam. kena berlari sana berlari sini. sorang-sorang pulak tu. ala, selama ini pun memang saya selalu 'survive' sorang-sorang pun. saya memang jenis tak suka menyusahkan orang lain. kalau saya boleh selesaikan sendiri saya selesaikan sendiri. kecualilah sesuatu perkara itu saya betul-betul memerlukan bantuan orang lain maka time tu saya akan minta tolong sesapa yang sudi  menolong saya hehehe. saya kena 'settle' semua perkara sebelum december. go go chaiiyoooookkk!!!!! tapi sambil-sambil itu sempat lagi tu saya buat entri blog ni hahahhahaa.







2 comments:

Shila said...

best nye tak ngantuk...


cmne nk kurangkn tido..?

skrg ni asik nk tidooooooo je..

Y__Y

Diary Ilham Bonda said...

ntah lah caner nk kurangkn tidur ekk?

penyakit insomnia yg saya sedang alami skrg ini adalah suatu fenomena yg sgt pelik sejak kebelakangan ini hahahhaa..dtg tanpa diundang.

bestnye kalau dpt tidur mcm awak...

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...