Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Saturday, November 19, 2011

...dalam teka-teki...

Ke mana lagi nak ku buang langkah
ke arah hilang terbenam mentari
nun di hujung lautan terpancar jua
semuanya...
telah pun aku langkahi
sudah aku renangi
namun di hati masih mencari...

sedangkan sungai ada muaranya
begitu juga bumi dan paksinya
tetapi hatiku kosong terbiar
pasangannya...
dalam cahaya ku mencari
bagai teka-teki
di manakah cinta...

menerangi jiwa yang gelap gelita
membuai aku yang terlena
pesona antara yang nyata
hadirlah kau hilangkan rindu
dengan wajahmu di mataku
biarlah bersatu...

biarpun hanya sekali
namun kan terbukti
biarlah menjadi rahsia abadi...

dalam cahaya ku mencari
bagai teka-teki
dimanakah cinta...
menerangi jiwa yang gelap gelita
membuai aku yang terlena
persona antara yang nyata
hadirlah kau hilangkan rindu
dengan wajahmu di mataku
biarlah bersatu...



*
hari ini saya temankan kawan saya pergi lowyatt beli handphone, lepas tu temankan dia pergi office dia pula. ada meeting katanya. jadinya melangutlah saya sorang2 menunggu dia habis meeting dari pukul 3 petang tadi huhuu.. bilalah nak habis pun tak tahu. boring. sib baik dia bagi pinjam laptop dia kepada saya, so dapatlah saya melakukan aktiviti meng'google' macam-macam. malu pun ada kat kawan2 opis dia yang lain. asyik dok tanya je saya ni sapa? datang dengan sapa? dah lama kawan ke? aihhh....malasnya nak menjawab soklan2 itu yang saya rasa tidak mencabar minda langsung. tetapi saya jawab lah juga ala-ala buat ramah-tamah. padahal tengah mengantuk ni. semalam setelah sekian lama tidak karok...saya pergi karaoke kat alamanda. pastu sambung tengok muvie kat screen cinema pulak.... mulanya saya takmo pergi sebab penat balik kerja lambat pastu ditambah dengan hujan lebat, tetapi kawan2 saya paksa. katanya dah lama kami tak 'hangout' dan kebetulan pula semalam kawan kami dari universiti petronas singgah kuala lumpur dan nak sangat berkaraoke...makanya dalam terpaksa rela saya gagahkan diri menjoinkan diri bersama kawan2 yang giler nak glemer kat pusat karaoke karok okey. yang klakarnya masing2 hilang suara lepas habis berkarok okey...maklumlah masing-masing dah lama tak pergi karaoke hehheehe. tapi kan, sesekali lepas gian di karaoke ok jugak...lepas sume tekanan masa melalak tu...tambah pulak kalo nyanyikan lagu2 nasyid... kah kah kah...







 

No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...