Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Tuesday, November 15, 2011

Pening + ngantuk = pentuk

Ngantuk sebab tak cukup tidur.
dah la semalam lebih kurang pukul 2 pagi baru terlelap sebab susah lelap.
pastu terjaga pulak kul 3.30 pagi sebab panas. 
dalam keadaan mamai tu saya bangun tekan suis kipas. pastu tekan pulak suis lampu.
aikkk...dalam mamai terkeluar perkataan ini. 
lampu kipas tak berfungsi....elektrik takde??
pastu saya capai buku note dan kipas-kipas badan kasi berangin berangin sikit.
sambil kipas sambil baring. pastu bangun duduk bersila pulak...panas lagi.
sambil saya dok layan mengantuk dalam kepanasan
tetiba terdengar suara-suara bising pakcik-pakcik kat luar rumah.
dorang call orang tnb suruh mai repair kot sebab tak lama selepas tu kipas start berfungsi seperti biasa.
makanya dapat lah saya tidur barang seketika sebelum bangun mandi, solat subuh dan bersiap2 untuk mai opis...... sekian bebelan saya yang sedang mengantuk. sedang berkira-kira untuk tidur sekejap dibawah meja keja. nak tido ke tak? nak tido ke tak? ahahhahaaaa........



saya tak breakfast lagi ni. ada sesapa nak belanja saya sila pegang telinga anda...





No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...