Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU MALAYA membaham GARUDA!!


PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi. Harimau Muda menang 4-3 pada penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.

 Tahniah diucapkan kepada semua pemain-pemain muda harimau malaya. satu semangat berpasukan yang amat mengagumkan, amat luar biasa, anda semua adalah hero pada malam ini. bertarung dengan lawan dan berdepan dengan lebih 100 ribu penyokong bukanlah sesuatu yang mudah tetapi akhirnya harimau malaya berjaya membuktikan yang kita adalah terbaik, lebih baik daripada mereka dari segenap segi terutamanya dari segi mental. kawe rasa sangat bangga dengan pasukan muda harimau malaya dan kawe amat bangga sebab kawe pun ada MYKAD hahahahaa. kepada khairul fahmi...kawe lappiuuuu larhh...ralit tengok demo igak bola...terbaik...cemerlang. :)

 

*malam ni kawe nak tido dalam senyum... ahaksss :)




2 comments:

al-lavendari said...

terima kasih kerana singgah blog pakngah dan beri komen.

rupanya awak dah buat entri terlebih dulu.

Diary Ilham Bonda said...

terima kasih kembali pakngah :)

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...