Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Monday, November 14, 2011

Hadiah last minit!

Last minit dapat tahu tarikh birthday sorang staff dibawah seliaan su.
buat kira-kira tambah tolak bahagi darab = memang dah tak sempat nak beli hadiah untuk dia. tengah ralit dok tengok citer kungfu lakonan jackie chan tetiba dapat idea nak buat uncang dan sarung handphone sebagai hadiah harijadi kat staf sorang tu ngeh ngeh ngeh....

dan hasilnya amat amat amat lah menyenangkan hati...
nah amik ini hadiah daripada bos awak yang cerewet! eerrrkkk...cerewet ke ek ek ek....????
bukan teliti ke ek ek ekk????  what ever lah...syu tak kesah :) wink! wink! wink!
teliti untuk kebaikan takpe. mesti sentiasa berhati-hati. yang penting jangan gejolos gelojoh.
orang tua dahulu kala ada berkata 'tak kenal maka tak cinta...' ok. muahahaaa gelak jahat.



uncang yang dah siap dikait.



sarung handphone dan uncang yang dah siap. 
handphone cap ayam tu sesaje je nak interpremmm.



hadiah dah masuk kotak. 
pembalut tu su buat sendiri pakai kertas kaler A4.
kaler biru kuning je yang ada.
so, belasah aje lah kaler apa pun yang ada...muahahhaa.



ditambah dengan aksesori card bentuk hati buatan sendiri
yang seada dan sedaifnya hehehee.
harap-harap birthday girl sukeeee hadiah ni....
tapi kalau tak sukeee jangan dibakul sampah kan. 
kalau tidak karang dengan birthday girl sekali akan dibakul sampah kan tauuuu...
kah kah kah gelak kejam.
penat buat ni...lenguh bahu, kebas sume jari jemari kuuu...
kepada birthday girl harap pasni rajin-rajin buat kerja,
tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi heheheee.
sentiasa focus dan jangan careless selalu-selalu sangat.
karang tak pasal-pasal ada orang yang akan bertukar rupa
jadi hulk 'orang hijau' muahahaa gelak ngeri.



sekian, masa untuk tido.
ada sesape nak dodoikan su tido?? 
dusshhh duusshhh duuuuusssshhhhh




No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...