Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Thursday, November 17, 2011

Ma...rindu ma....

Apa aku rasa?
banyak rasa.
apa aku rindu? 
banyak rindu.
aku teringat...
banyak ingatan...
aku tak boleh tidur..
aku teringat kepada ma aku...
aku rindu kat ma aku... (panggilan untuk mak aku).
padahal baru minggu lepas aku balik kampung.
terbayang-bayang wajah ibu kesayangan aku.
wajah mulus seorang ibu...
wajah suci seorang ibu...
wajah bahagia seorang ibu yang inginkan kebahagiaan bagi semua anak-anaknya.
sungguh saat ini aku teramat rindukan ma aku...
aku teringin peluk ma aku seerat yang mungkin...
aku teringin cium ma aku banyak-banyak...lama-lama...
aku ingin pegang pipi ma aku...
aku ingin picit-picit ma aku biar hilang semua rasa lenguh badan ma aku...
kenapa malam ini lain benar rasa rindu ini dirasa...
ma....
ma....
ma....
andai boleh aku terbang, akan aku terbang sekarang juga.
terbayang wajah seorang ibu...
wajah yang tersirat seribu rasa...
wajah yang menyimpan seribu...berjuta kesusahan serta kepayahan dalam membesarkan aku dan adik-beradik sehingga menjadi manusia seperti apa adanya sekarang.
sebenarnya aku bimbangkan kesihatan ma aku...
sebelum aku balik kl 4 hari lepas ma aku tak berapa sihat...
dia demam dan batuk-batuk...
aku sebenarnya berat hati untuk balik kl memandangkan ma aku tak berapa sihat.
tapi aku terpaksa balik juga...
tanggungjawab kerja...
sedangkan hati aku memberontak untuk tinggal dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak disaat ma aku tidak sihat...
aku berdoa semoga ma aku sihat dan tidak sakit-sakit lagi...
hari-hari aku berdoa supaya ma dan abah aku sihat-sihat selalu dan dipanjangkan umur untuk beramal ibadat kepada Allah.
terbayang-bayang lagi wajah ma aku disaat aku ingin berangkat pulang ke kl...
aku salam aku cium lama-lama tangan ma aku...
kemudian aku cium pipi kanan pipi kiri dan dahi ma aku sebelum aku peluk ma aku erat-erat... sebelum dia cium pipi kanan pipi kiri dan dahi aku...seperti kebiasaannya sebelum aku menyalami dan memeluk abah aku pula...
aku lihat ada genangan air mata ditubir mata ma aku...
tapi aku tahu...ma sedaya upaya cuba menahan tangis setiap kali melepaskan aku pulang ke kl
dengan berbekalkan doa restu dan bermacam-macam lagi nasihat dan bekalan supaya aku tidak kebuluran keseorangan.
itulah ma aku...
setiap kali aku nak balik kl macam-macam yang dia kirim padahal aku boleh beli aja di kl...
kalau boleh...dengan ayam itik lembu kambing kerbau sekali dia nak kirim kat aku hehehhee. 
takut aku kebulur katanya. 
tapi aku diam aja...aku terima apa aja yang ma aku bagi...hati ibu mesti dijaga.
sempat juga ma aku jahitkan aku sepasang baju kurung kain cotton english. 
esok aku nak pakai baju kurung yang ma aku jahit tu....*terapi untuk melepaskan rindu kepada ma aku...harap-harap ianya berkesan.

*
*
*
masih teringatkan ma.....................






No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...