Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Thursday, June 26, 2014

Closing day Coway




Cerita Closing day 25hb Jun 2014 kelmarin.

Punyalah ramai orang. Terbeliak biji mata menengoknya.
Tahniah kepada mereka-mereka yang telah membuat keputusan untuk memasang produk coway dirumah. 
1 rumah, 1 penapis air minuman Coway & 1 penapis udara Coway!
Anda senang dan maintain sihat saya tumpang gembira. 

Kini semakin ramai rakyat Malaysia yang percaya dan yakin dengan kelebihan dan kebaikan produk penapis air & penapis udara Coway dalam membantu mereka mendapatkan air & udara yang bersih dan berkualiti untuk kegunaan seisi keluarga.

Kami Authorized Health Planner Coway merasa sangat bangga kerana dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada yang dah submit order. 
Kepada yang belum pasang dan bercadang untuk upgrade kualiti air minuman & kualiti udara didalam rumah anda sila hubungi Kedai Coway Sue...

Call/sms/whatsapp @ 011-11796164
Kedai Coway Sue
Sedia membantu anda sepenuh hati
Sila klik disini







Sunday, June 15, 2014

Aku tidak memilih untuk menjadi seorang insan biasa.

Aku tidak memilih untuk menjadi seorang insan biasa,
Memang hakku untuk memilih menjadi luarbiasa,
Kini aku mencari-cari peluang, bukan perlindungan.

Aku tidak rela menjadi warga yang terkongkong,
Rendah diri dan dipelihara oleh keadaan,
Aku hendak mengambil risiko yang terkira,
Untuk berimpian dan membina,
Untuk gagal dan berjaya.

Aku enggan menukar perangsangan untuk sebarang sumbangan,
Aku menyahut cabaran hidup daripada sumbangan,
Aku menyahut cabaran hidup daripada kewujudan yang terjamin.

Kenikmatan untuk mencapai sesuatu bukan utopia yang basi,
Aku tidak akan menjualkan kebebasan untuk menerima kebajikan,
Tidak juga maruahku hanya untuk hidup menerima,
Aku tidak akan tunduk pada sebarang “tuan” dan ancaman.

Adalah memang warisanku untuk berdiri teguh,
Bangga dan tidak kenal erti takut,
Untuk berfikir dan bertindak atas diri sendiri,
Untuk menggunakan hasil-hasil usaha yang telah kujayakan.

Menghadapi dunia ini dengan megah,
Lalu berkata “inilah yang telah kulakukan”,
Segalanya ini adalah ERTI SEORANG INSAN.







Nasihat dari ELBERT HUBBARD

Setiap kali anda keluar dari pintu, tariklah dagu anda ke belakang dan angkatlah kepala anda tinggi-tinggi. Isilah paru-paru anda dengan udara pada setiap tarikan nafas, sehingga penuh. Biarkan sinar mentari memberi kesan yang sihat  kepada anda. Sambutlah rakan-rakan anda dengan senyuman dan usahakanlah supaya sikap peramah anda itu disalurkan kepada orang lain melalui jabatan tangan anda.

Jangan berasa takut disalah ertikan oleh sesiapa tentang tindakan anda itu dan jangan menghabiskan masa walau seminit pun untuk memikirkan mengenai musuh-musuh anda. Pastikan tujuan anda jelas kelihatan di hadapan anda, dan usahakanlah supaya anda terus maju ke arah tujuan itu. Tumpukan fikiran anda kepada perkara yang baik dan indah, yang ingin anda lakukan. Lambat laun tanpa disedari, anda telah mengambil kesempatan yang diperlukan untuk memenuhi keinginan-keinginan anda itu.

Lihatlah keinginan anda, penampilan yang kuat, segak dan berguna, dan jika anda tetap melihat gambaran keinginan itu, lama-kelamaan anda akan muncul dengan individu yang anda kehendaki – fikiran yang paling berkuasa. Peliharalah keinginan yang baik-baik dalam fikiran anda. Sentiasalah bersikap tabah, terbuka dan riang. Sesiapa yang memikirkan hal-hal yang baik dan positif, beliau pasti dapat melakukan kerja yang kreatif. Setiap sesuatu yang dilakukan bermula dengan keinginan, dan setiap doa yang dibuat dengan bersungguh-sungguh pasti dikabulkan. 

Anda akan menjadi seperti apa yang anda inginkan dalam diri anda. Tariklah dagu anda ke belakang, angkatlah kepala tinggi-tinggi kerana anda juga mampu melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bermutu.







Berjaya, celaka atau terpedaya?

Usaha memperbaiki diri bukan satu suratan (destiny) tetapi satu kembara (journey) yang berterusan. Malah, tidak ketèrlaluan kalau dikatakan perjuangan memperbaiki diri adalah satu perjuangan nafas panjang (the long breath war).

Kita akan sentiasa berubah, sama ada menjadi orang yang lebih baik atau sebaliknya. Jika kita tidak mendaki, kita pasti sedang menurun.

Kata hukama "Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya ialah orang yang hari ininya sama seperti semalam. Dan orang yang celaka ialah orang yang hari ininya lebih buruk daripada semalam." 

Kita dalam golongan mana? Berjaya, terpedaya atau celaka? Terpulang pada kita untuk memilihnya...

Saturday, June 14, 2014

Pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar.

Bismillahirrohmanirrohim.
Apa khabar kawan-kawan semua...

Hujung minggu macam ni selalunya kawan-kawan buat apa yer? 
Kalau saya, sekiranya tiada aktiviti diluar saya lebih suka lepak je di rumah sambil membaca buku dan majalah atau surfing internet. 

Banyak maklumat yang akan kita dapat dengan membaca. Bagi saya membaca juga adalah satu proses pembelajaran. Kawan-kawan setuju atau tidak dengan pendapat saya? Setuju atau tidak apabila saya katakan bahawa apabila kita berhenti belajar, kita sebenarnya berhenti memimpin. Setiap kita adalah pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin kepada diri kita sendiri. Jadi dengan membaca kita sebenarnya bukan setakat membaca, malah kita sedang memimpin. Ingat selalu...pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar. 

Sebenarnya tidak ada noktah dalam membentuk diri kita ke arah yang lebih baik. Usaha membaiki diri adalah satu kembara yang tidak berhujung. Sering kali penghujung suatu jalan, akan membuka satu jalan lain yang lebih luas...
Dalam kehidupan kita, kadangkala sesuatu yang kelihatan seperti satu pengakhiran sebenarnya adalah satu permulaan yang baru. Manusia mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik dan sentiasa dinamik...SETUJU @ TIDAK?


* LIKE | SHARE saya DI SINI.











Syukur...Doa ku untuk mu

Syukur Alhamdulillah...

Perasaan gembira yang tidak terhingga kerana kawan saya yang terlantar sakit di hospital PPUM selama hampir 2 bulan lebih telah dibenarkan pulang ke rumahnya. Walaupun masih belum sihat sepenuhnya tetapi saya rasa sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana kawan saya tu dah boleh bercakap walaupun kadang-kadang saya kurang faham butir percakapan beliau. Beliau juga dah dapat menggerakkan kedua belah tangannya berbanding selama tempoh terlantar di hospital tu kawan saya cuma mampu baring dan tak berdaya untuk bergerak akibat dari sakit radang otak yang dideritainya, berpunca daripada demam panas. 
Cumanya sekarang ni kawan saya tu kena banyak buat terapi dan exercise kerana kedua-dua belah kakinya masih belum kuat untuk berjalan dan kedua-dua belah matanya kurang nampak. Doktor bagi masa beberapa bulan lagi untuk melihat perubahan positif kawan saya tu...
Apa yang penting sekarang, kawan saya kena kuatkan semangat dan tabah. Saya akan sentiasa doakan kawan saya semoga dia kembali sihat seperti biasa...amiiin.




Monday, June 2, 2014

Israk Dan Mikraj


Beriman dengan kejadian yang penuh mukjizat

Add caption
Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW memang banyak disebutkan dalam hadis-hadis sahih. Ia juga terdapat dalam hadis-hadis palsu berikutan adanya elemen tokok tambah. 

Begitu pun, hadis-hadis sahih mengenai peristiwa ini boleh didapati dalam Sahih Bukhari atau Muslim. 

Antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitabnya, bab al-Mikraj. Ia telah diceritakan oleh Hadibah bin Khalid daripada Hammam bin Yahya daripada Qatadah daripada Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Didatangkan seekor buraq untuk kenderaan ku. Buraq ialah sejenis binatang yang lebih besar daripada keldai tetapi lebih kecil daripada baghal. Ia meletakkan kakinya pada hujung pandangan. 

Aku pun menaikinya. Ia berjalan membawaku sehingga sampai ke Baitul Maqdis, kemudian binatang itu aku ikat pada kalungan yang juga pernah digunakan oleh nabi di dalam Masjidil Aqsa. Di dalam masjid itu, aku solat dua rakaat lalu aku keluar. 

Seterusnya, Jibril datang membawa dua buah bekas (balang) yang satu berisi arak dan yang satu lagi berisi susu. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Kamu telah menepati dengan fitrah kejadian manusia. Kemudian aku diangkatkan ke langit dunia. Jibril meminta agar dibukakan pintu. Dikatakan kepada Jibril, Kamu siapa? Dia menjawab, Jibril. Ditanya lagi, Siapakah yang  bersama kamu? Jawabnya, Muhammad. Ditanya lagi, Apakah dia diperintah untuk datang? Dia menjawab, dia telah diperintahkan untuk datang. Lalu dibuka pintu, tiba-tiba yang ada di situ ialah Nabi Adam a.s. Beliau menyambut dengan baik dan mendoakan yang baik-baik untuknya (Aku).

Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Jibril minta agar pintu dibukakan. Dikatakan kepada Jibril, Siapakah kamu?' Muhammad ditanya lagi, Adakah dia diperintah untuk datang? Dia menjawab, dia telah diperintah untuk datang. Lalu pintu itu dibukakan. Tiba-tiba yang ada di situ ialah Nabi Yahya a.s dan Nabi Isa a.s. Kedua-duanya menyambutku dengan baik dan mendoakan yang baik untukku.   

Kemudian aku diangkat ke langit ketiga. Jibril minta agar dibukakan. Dikatakan kepada Jibril, siapakah kamu? Dia menjawab, Jibril. Siapakah yang bersama kamu? Dia menjawab, Muhammad. Dia diperintah untuk datang. Lalu pintu dibuka. Tiba-tiba yang ada ialah Nabi Yusuf a.s. Beliau menyambutku dengan baik dan mendoakan kepadaku yang baik-baik. 

Kemudian aku diangkat ke langit keempat. Jibril a.s minta agar pintu dibuka. Dikatakan kepada Jibril, Siapakah kamu? Dia menjawab, Jibril. Siapakah yang bersama kamu? Muhammad, jawabnya. Ditanya lagi, Adakah dia diperintah untuk datang? Dia menjawab, dia telah diperintah untuk datang. Lalu pintu itu dibuka. Tiba-tiba, aku dapati Nabi Idris a.s. Beliau menyambutku dengan baik dan mendoakan kepadaku yang baik-baik. 

Kemudian aku diangkat ke langit kelima. Jibril meminta agar dibukakan. Dikatakan kepada Jibril, Siapakah kamu? Dia menjawab, Jibril. Siapakah yang bersama kamu? Dia menjawab, Muhammad. Ditanya lagi, Adakah dia diperintah untuk datang? Dia menjawab, dia telah diperintah untuk datang. Lalu pintu dibuka. Tiba-tiba, aku mendapati Nabi Harun a.s. beliau menyambutku dengan baik dan mendoakan kepadaku yang baik-baik. 

Kemudian aku diangkat ke langit keenam. Jibril meminta agar dibukakan.Dikatakan kepada Jibril, Siapakah kamu? Dia menjawab, Jibril. Ditanya lagi, Siapakah yang bersama kamu? Dia menjawab, Muhammad. Ditanya lagi, Adakah dia diperintah untuk datang? Dia menjawab, dia telah diperintah untuk datang. Lalu pintu dibuka. Tiba-tiba aku mendapati Nabi Musa a.s. Beliau menyambutku dengan baik dan mendoakan kepadaku yang baik-baik.

Kemudian aku diangkat ke langit ketujuh. Jibril meminta agar dibukakan. Dikatakan kepada Jibril, Siapakah kamu? Dia menjawab, Jibril. Ditanya lagi, Siapa yang bersama kamu? Dia menjawab, Muhammad. Ditanya lagi, adakah dia telah diperintah untuk datang? Dia menjawab, Dia telah diperintah untuk datang. Tiba-tiba aku mendapati Nabi Ibrahim a.s. Beliau menyambutku dengan baik dan mendoakan kepadaku yang baik-baik. 

(Petikan buku Di Sebalik Israk Mikraj oleh Dr. Ahmad Nasir Mohd Yusof)
Bagaimanapun di dalam Shahih Muslim, kisah itu diteruskan dengan Jibril membawa Rasulullah SAW ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah SWT. Lalu Allah SWT memerintahkan kepada Nabi SAW untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam.













Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...