Setiap kali anda keluar dari pintu, tariklah dagu anda ke
belakang dan angkatlah kepala anda tinggi-tinggi. Isilah paru-paru anda dengan udara
pada setiap tarikan nafas, sehingga penuh. Biarkan sinar mentari memberi kesan
yang sihat kepada anda. Sambutlah
rakan-rakan anda dengan senyuman dan usahakanlah supaya sikap peramah anda itu
disalurkan kepada orang lain melalui jabatan tangan anda.
Jangan berasa takut disalah ertikan oleh sesiapa tentang
tindakan anda itu dan jangan menghabiskan masa walau seminit pun untuk
memikirkan mengenai musuh-musuh anda. Pastikan tujuan anda jelas kelihatan di
hadapan anda, dan usahakanlah supaya anda terus maju ke arah tujuan itu.
Tumpukan fikiran anda kepada perkara yang baik dan indah, yang ingin anda
lakukan. Lambat laun tanpa disedari, anda telah mengambil kesempatan yang
diperlukan untuk memenuhi keinginan-keinginan anda itu.
Lihatlah keinginan anda, penampilan yang kuat, segak dan
berguna, dan jika anda tetap melihat gambaran keinginan itu, lama-kelamaan anda
akan muncul dengan individu yang anda kehendaki – fikiran yang paling berkuasa.
Peliharalah keinginan yang baik-baik dalam fikiran anda. Sentiasalah bersikap
tabah, terbuka dan riang. Sesiapa yang memikirkan hal-hal yang baik dan
positif, beliau pasti dapat melakukan kerja yang kreatif. Setiap sesuatu yang
dilakukan bermula dengan keinginan, dan setiap doa yang dibuat dengan
bersungguh-sungguh pasti dikabulkan.
Anda akan menjadi seperti apa yang anda inginkan dalam diri anda. Tariklah dagu anda ke belakang, angkatlah kepala tinggi-tinggi kerana anda juga mampu melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bermutu.
No comments:
Post a Comment