Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Saturday, October 30, 2010

Saya sayang kamu!!

KEKASIH...
Kasih telah terbina sebuah mahligai.
Menjadi tanda Agungnya cinta kita.
Kasih telah ku binakan sebuah istana.
Menjadi tanda cinta sejati.
Megah menghiasi taman kasih kita.
Dan diringi haruman firdausi.
Dikaulah permaisuri di hati suami.
Penyejuk mata penenang di hati.
Tapi angin yang mendatang.
Bagaikan badai yang melanda.
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku.
Kerna takdir ku relakan jua.
Kekasih akan ku pahatkan doa ku.
Di dalam lena dan jua jagaku.
Kekasih akan ku sirami pusaramu.
Dengan cinta sejati.
Andai takdir kita bersama lagi.
Ku ingin hidup bahgia bersama mu.

1 comment:

Diary Ilham Bonda said...

...sekadar lagu di pinggiran hati heheh..:)

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...