Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Wednesday, June 8, 2011

...hari ni masuk hari ke 45. tinggal lagi 21 hari....

Hanya Allah yang maha mengetahui segala kejadian dan hanya Allah jua lah yang maha megetahui apa yang akan berlaku pada diri aku...tinggal lagi 21 hari...macam mana diri hendak melalui hari-hari yang tinggal berbaki 21 hari itu. dalam debar...diri ini belajar untuk pasrah dan redha dengan apa jua ketentuan dari Allah yang bakal dihadapi terutama sekali selepas tempoh 66 hari berikutnya...

...pejam celik pejam celik...tak sedar masa begitu cepat berlalu. tengah khusyuk buat kerja tiba-tiba mata ini teralih ke kalendar di sebelah laptop. tiba-tiba terasa debar dihati datang bertamu tanpa diundang. hari ini hari rabu bersamaan 8 Jun 2011, dibawah tarikh itu aku letak tanda yang menyatakan hari ini sudah masuk hari yang ke 45 sebelum cukup tempoh 66 hari...dan dalam tempoh 45 hari ini jugalah aku belajar untuk terima apa saja perubahan dan kejadian-kejadian yang kadang kala agak mengejutkan untuk diproses dan diterima akal. tetapi yang pasti semua yang berlaku itu adalah realiti. bukan igauan atau fantasi. aku belajar untuk terima saje tanpa banyak soal, walaupun pada mulanya agak keberatan untuk menghadapinya dan terasa seperti berada dialam mimpi...tetapi kehendak Allah tiada siapa yang dapat menjangkakannya. Allah mempunyai kuasa untuk membolak-balikkan hati aku...dan akhirnya aku pasrah, aku tak kuasa melawan...akhirnya aku terima semua ketentuan ini dengan senang hati. disaat ini hati terasa damai dalam debar menunggu cukup tempoh 66 hari itu...

No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...