Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Thursday, March 31, 2011

Agoes Salim



Agoes Salim (1884-1954), seorang pejuang yang bergelar Pahlawan Nasional Indonesia dan cendekiawan. Agoes Salim ialah pengasas Partai Penyedar dan menjadi Menteri Luar Negeri (1947-1950). 


Pada tahun 1906, Agoes Salim bekerja di Konsulat Belanda di Jeddah. Dia berada di sana sehingga bulan Disember 1911. Semasa bertugas, Agoes Salim mendalami ilmu tentang agama Islam dan hubungan antarabangsa. 


Pada tahun 1915, Agoes Salim mula menyertai pertubuhan politik dengan menjadi anggota Sarekat Islam. Dia dilantik sebagai anggota Volksraad (Dewan Rakyat) pada tahun 1921. sehingga tahun 1924. Agoes Salim menjadi orang Indonesia yang pertama menggunakan bahasa Indonesia dalam persidangan Dewan Rakyat di bawah penjajahan Belanda ketika itu. 


Agoes Salim meninggalkan Sarekat Islam kerana timbul perselisihan faham dalam pertubuhan tersebut. Dia kemudian menubuhkan Partai Penyedar. 


Agoes Salim juga seorang yang aktif dalam bidang kewartawanan. sebelum dilantik sebagai anggota Volksraad, dia merupakan ketua akhbar Neratja (1917-1919). Pada tahun 1927, dia bersama-sama Oemar Said Tjokroaminoto, menerbitkan akhbar harian Fadjar Asia. Agoes Salim pernah mewakili Indonesia dalam Persidangan Perburuhan Antarabangsa di Geneva, pada tahun 1929 dan 1930. 


Agoes Salim memainkan peranan yang penting selepas proklamasi Indonesia, 1945. Dia dilantik sebagai penasihat kepada Menteri Luar Negeri dalam kabinet Sutan Sjahrir mulai bulan Mei 1946 hingga bulan Julai 1947. Apabila Amir Sjarifuddin membentuk kerajaan, Agoes Salim dilantik sebagai Menteri Luar Negeri sehingga tahun 1950. pada tahun yang sama, dia dilantik sebagai penasihat kepada Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia. pada bulan Jun 1947, dia mengunjungi negara-negara Timur Tengah untuk memperoleh pengiktirafan atas kemerdekaan Indonesia. pada tahun 1947 juga dia mewakili Indonesia dalam Inter-Asian Relations Conference di New Delhi, India. 


Berdasarkan pengalamannya dan pengetahuannya tentang Islam dan pergerakan kebangsaan Indonesia dia diundang memberikan kuliah di Cornell University, Amerika Syarikat dari bulan Januari hingga bulan Jun 1953. 


Antara sumbangannya yang lain ialah menyusun istilah ketenteraan dalam bahasa Indonesia untuk Pembela Tanah Air (PETA). sebagai mengenang jasa-jasanya kepada gerakan Islam di Indonesia, dia dianugerahkan gelaran Profesor oleh Perguruan Tinggi Agama Islam Negara di Yogjakarta pada tahun 1954. manakala kerajaan Indonesia pula menganugerahkannya bintang Mahaputra tingkat 1 pada tahun 1960, dan Darjah Kehormatan pada tahun 1961 dan diangkat sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.


Agoes Salim lahir pada 8 Oktober 1884 di Kota Gedang, Sumatera, Indonesia. Dia menerima pendidikan di Horgere Burger School (HBS), dan kemudian belajar secara persendirian. dia meninggal dunia pada tahun 1954.



No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...