Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Sunday, March 13, 2011

Setia kasih



Sekali air sungai melimpah. sekali pasirnya pun berubah. itulah falsafah yang menjadi ikutan dan juga bualan. tapi bagiku pula berbeza. sungai mengalir tetap berliku. yang berubah cuma adalah pasir saja. penghujungnya muara. hati ingin berbicara. hati ingin merasai nikmat cinta yang sering diperkata. tetapi sebaliknya
tiada terlaksana. dahan yang patah tiada bersambung lagi. hatiku pasrah dalam mencari mimpi. getar hatiku serta kepayahanku. hanya kau saja sudi memahaminya. setiaku kini hanya satu. dan kasihku bukanlah beribu. biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa...aku tetap setia.





 

No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...