Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Saturday, May 23, 2015

Mudahnya Menjemput Rezeki

Dalam kehidupan kita sehari-hari, networking kita dengan Allah mestilah luar biasa. Barulah setiap urusan dalam kehidupan kita berjalan lancar, terutamanya dalam urusan rezeki.

Formula untuk menjemput rezeki,

1.
Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 rakaat, sekarang ubah lebih rakaat makin lama makin meningkat.
Selepas solat DHUHA, kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN, Doalah untuk jadi JUTAWAN BERKAT.

2.
TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan bilangan rakaat TAHAJJUD ini. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.
Membaca Al-Quran. Bangun pagi kita jangan buka HP atau rancang nak buat apa dulu. Mandi dan ambil wuduk terus baca Al-Quran dan terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini, Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah 'TIADA MASA'.

4.
Berzikir. Berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari

5.
Solat Berjemaah. Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6.
Bersilaturrahim. Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah menyakiti kita dengan hati yang lapang dan tenang.

7.
Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah satu kuasa yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya kita perlu bersedekah. 1 kali memberi, Allah gandakan 10 dan boleh digandakan lagi 700 kali.

8.
Solatlah di awal waktu. Panggilan Allah lagi penting dari segala-galanya.

9.
Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada Allah. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.
Tawakkal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakkal. Sepatutnya kita Tawakkal dulu baru usaha. Minta sepenuh hati pada Allah dan barulah kita susuli dengan usaha.

4 AMALAN SURAH SETIAP HARI,

1. SURAH YAASIN - SETIAP SOLAT FARDHU
2. SURAH AL-WAQIAH - WAKTU DHUHA
3. SURAH AR-RAHMAN - WAKTU ASAR
4. SURAH AL-MULK - SEBELUM TIDUR

*Minumlah air masak 3 liter sehari.



No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...