Apa2 aje dalam page ini
Sunday, December 5, 2010
Penkek Cendawan & Tomato Kering
4 butir telur
500 ml susu
250 gm tepung kek
75 gm gula putih
1 gm gula
250 gm air
50 gm mentega
Cara-cara membuat:
l. Pukul telur dan gula hingga sebati dan kembang.
2. Kemudian masukkan tepung, gula dan susu, tambahkan air sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
3. Untuk memasaknya, panaskan kuali dan letakkan sedikit mentega. Masukkan adunan dan biarkan kekuningan. Kaup balikkan dan angkat apabila masak.
Bahan untuk inti:
200 gm cendawan -dihiris
50 gm bawang besar – dipotong bulat
30 gm tomato kering
Sedikit daun parsley - dihiris
Sedikit bahan perasa
Cara-cara membuat:
1. Goreng semua bahan di atas dan biarkan sebati.
2. Ambil kepingan krep dan letakkan adunan inti. Kemudian gulung dan masak pada suhu 160°S selama 15 minit.
(Mee) Mi Udang

Bahan-bahan :
1 peket mi kuning
10 ekor udang
3 biji bawang merah
½ inci belacan
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sawi
Tauge
Daun bawang
Minyak secukupnya
Cara membuat:
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan air rebusan udang.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan serbuk perasa.
4. Setelah sebati masukkan mi kuning dan udang. Kacau seketika.
5. Akhir sekali, angkat dan boleh hiaskan dengan sawi, tauge dan hirisan daun bawang.
Nasi Goreng Udang

Bahan A:
8 ekor udang
1 cawan nasi
2 tangkai cili padi
Sedikit sawi
Sedikit kubis
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 sudu teh sos tiram
Garam
Serbuk perasa
Cara membuatnya:
1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk halus berserta cili padi. Setelah naik bau, masukkan sos tiram, garam dan serbuk perasa.
2. Kemudian masukkan sawi, kubis dan nasi. Gaul bersama nasi.
3. Hidang nasi bersama udang yang telah siap digoreng dengan tepung.
Nasi Berani Gam
Bahannya:
2 kilogram beras basmati
100 gram bawang merah - dihiris
50 gram bawang putih - dihiris
50 gram halia - dihiris
1/2 tin susu cair
Empat sekawan - bunga lawang, cengkih, jintan dan kayu manis
1 biji tomato - dipotong empat
2 tangkai cili merah - belah dua
2 tangkai cili hijau - belah dua
5 gram daun sup atau daun bawang - potong 1 1/2 inci
3 gram daun ketumbar
Bahan perasa secukupnya
Cara memasak:
Masak nasi hanya selepas daging siap dimasak
1. Basuh beras, masukkan ke dalam periuk nasi bersama semua bahan yang dinyatakan.
2. Tanak nasi menggunakan periuk memasak elektrik. Apabila nasi kering, ambil sedikit minyak daripada kuah beriani dan siram sedikit ke atas nasi tadi.
3. Biarkan nasi itu dalam periuk seketika iaitu kira-kira lima minit, kemudian hidangkan bersama dalca, pajeri serta papadom.
Daging beriani:
1 kilogram daging - potong 10 ketulan
20 gram rempah beriani - campur sedikit air
1/2 cawan pes tomato
1/2 cawan sos tomato
50 gram bawang goreng
4 sekawan - bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga
50 gram bawang merah - dikisar
20 gram bawang putih - dikisar
20 gram halia - dikisar
3 gram daun pudina - dikisar
3 gram daun ketumbar - dikisar
1/2 cawan minyak sapi
50 gram biji gajus goreng - ditumbuk kasar
50 gram kismis
Bahan perasa secukupnya
Cara memasak:
1. Masukkan daging ke dalam periuk bersama bahan yang sudah dikisar serta rempah, pes tomato, sos tomato, minyak sapi, daun pudina, ketumbar dan empat sekawan.
2. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan masukkan biji gajus dan kismis ke dalamnya.
3. Didih dengan api pelahan sehingga daging itu empuk dan tambah bahan perasa.
Keenakan nasi beriani gam memang tidak dinafikan, malah ia antara makanan yang mendapat perhatian pada majlis hebat seperti perkahwinan atau perayaan.
Beriani gam turut menjadi sajian istimewa Hotel Residence@Universit i Tenaga Nasional di Jalan Kajang-Puchong, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Chef masakan Melayunya, Chef Ismail Ahmad berkongsi rahsia untuk menyedapkan nasi beriani berkenaan:
# Antara yang penting, beras mestilah berbau wangi dan cantik. Pilih basmati yang perlu dibasuh terlebih dulu sebelum direndam selama setengah jam.
# Bagi membolehkan daging lebih enak dan empuk, perap daging dengan rempah ratus dihasilkan sendiri selama setengah jam.
# Masak dalam api perlahan antara satu hingga dua jam supaya daging benar-benar empuk.
# Antara punca daging tidak menepati cita rasa adalah ia dimasak terlalu cepat dengan api tidak terkawal.
Nasi Goreng Marjerin
Bahannya (untuk sajian dua orang):
4 cawan nasi sejuk
3 sudu besar marjerin Planta
1 kiub pati ayam Knorr - dihancurkan
4 ulas bawang putih - dicincang halus
3 ulas bawang merah - dihiris halus
1 cawan sayur campur sejuk beku - dicairkan semula
2 biji telur, dipukul dengan secubit garam dan lada sulah
2 sudu besar kicap cair atau 2 sudu teh kicap pekat dicairkan dengan 1 sudu besar air
3 tangkai daun bawang - dihiris halus
3 sudu besar bawang goreng untuk hiasan
*1 sudu besar sambal belacan
1 biji cili merah sederhana atau 2 biji cili padi - dihiris halus
* Untuk menghasilkan sambal belacan, tumbuk tiga biji cili merah dihiris, dengan satu sudu kecil belacan panggang dalam lesung sehingga sebati, kemudian campurkan tiga sudu kecil jus limau kasturi.
Cara memasak:
1. Panaskan dua sudu besar marjerin dalam kuali hingga cair. Masukkan bawang putih serta bawang merah dan goreng selama dua hingga tiga minit atau hingga lembut.
Masukkan sayur campur dan kiub pati, goreng selama dua hingga tiga minit. Keluarkan dan letak atas pinggan.
2. Panaskan kuali semula. Masukkan satu sudu besar Planta selebihnya dan tuangkan telur ke dalam kuali, kacau selama seminit. Kuatkan api dan tambah nasi, kicap cair atau kicap pekat yang dicairkan serta sayur campur tadi, goreng untuk dua hingga tiga minit lagi.
Tambah daun bawang dan kacau sehingga rata sebelum padamkan api. Hidangkan serta-merta.
3. Hiaskan dengan daun bawang tambahan, telur dadar dihiris dan bawang goreng atau ikan bilis goreng. Ia juga boleh dihidangkan dengan sambal belacan, cili merah atau cili padi dihiris dalam kicap cair.
Tambahan:
* Untuk nasi goreng pedas, tambahkan satu sudu besar sambal belacan, cili merah atau cili padi selepas memasukkan sayur campur ke dalam nasi.
Ramuan seperti udang, ayam, sosej atau tauhu boleh ditambah untuk menyedapkan masakan.
Tambahkan bahan berkenaan sebelum memasukkan sayur campur tadi dan goreng selama dua hingga tiga minit.
* Masa persediaan: 15 minit
* Masa memasak: 15 minit
Saturday, December 4, 2010
Tauhu Bakar

Bahan-bahan :
2 keping tauhu
1/4 batang timun
1/4 batang lobak
Kacang tanah goreng siap ditumbuk
Bahan-bahan membuat kuah:
5 sudu petis
1 sudu cili kering yang telah dikisar
3 sudu gula
Sedikit air
Cara membuat:
1. Bakar tauhu tersebut sehingga masak.
2. Potong tauhu menjadi ketulan kecil.
3. Taburkan lobak merah dan timun.
4. Tuangkan kuah ke atas tauhu tersebut. Lebih enak jika ditaburkan sedikit kacang tanah hancur.
Cara membuat kuah:
1. Campurkan kesemua bahan iaitu petis, cili kisar, gula dan sedikit air dalam mangkuk.
2. Gaul hingga rata dan sedia dihidangkan.
Nikmat itu kadang-kadang membutakan kita
Apabila diselubungi nikmat, kita selalunya lebih buta dan kurang prihatin. Apabila kita ditimpa sesuatu musibah barulah kita tahu betapa bererti dan berharganya sesebuah perhatian itu. Tatkala kaki kita masih boleh berjalan, kita tidak sedar betapa berharganya nikmat itu sehingga suatu hari kita dapati kita tidak lagi dapat melangkah. Tatkala itu kita berharap simpati agar ada orang sudi menjenguk kita dan membantu kita, kerana kita tidak mampu melakukan sendiri.
Selagi belum sakit kita jarang mahu mengerti perasaan orang yang terpaksa berjuang dengan penyakit-penyakitnya. Kita tidak fikir ziarah ke hospital itu sesuatu yang patut dilakukan dari masa ke masa, demi memuhasabah diri. Kita tidak fikir menyumbang sedekah untuk pusat-pusat orang kurang upaya itu penting dilakukan. Selagi tidak melihat sendiri seorang ibu dengan 3 orang anaknya yang masih kecil mengais-ngais tempat pembuangan sampah, kita seperti tidak percaya dengan makna kemiskinan. Tatkala kita benar-benar susah wang ringgit, jarang kita mahu mengerti erti fakir.
Selagi kita sihat kita tidak fikir berertinya sebuah perhatian. Setelah kita sakit baru tahu betapa pentingnya kita dijenguk orang – ditanyakan keperluan-keperluan kita, ditanyakan tentang makan minum kita, mahupun ditanyakan tentang ahli keluarga kita yang terpaksa hidup sendiri itu.
Manusia yang lebih baik ialah manusia yang lebih banyak memberi manfaat kepada manusia lain. Dia hidup dalam suasana hari ini adalah lebih baik dari semalam. Belumlah seseorang itu boleh dikatakan luarbiasa bagus dan hebat sekali, jika sumbangan-sumbangannya hanya terhenti setakat untuk dirinya sendiri.
“Allah s.w.t. meningkatkan darjat orang yang beriman di antara kamu dan juga orang yang dikurniakan dengan kelebihan beberapa darjat.” (Al-Mujadalah: 11)
Seorang ahli falsafah berkata, “Anda alim lalu berjaya masuk syurga, anda tetap bersalah kerana membiarkan orang yang tidak mengerti di sekeliling anda masuk neraka.”
Apabila diselubungi nikmat kita selalunya lebih buta dan kurang prihatin. Apabila kita ditimpa sesuatu musibah barulah kita tahu betapa bererti dan berharganya sesebuah perhatian itu.
Fikir-fikirkanlah ….
"Siapa yang dalam hatinya ada iman? keluarlah dari neraka!"
Hadis Kudsi....
Daripada Abu Said al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum Mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka mengatakan, 'Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami. Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka.'
"Allah berfirman, 'Pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka.' Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka. Di antara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya. Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata: 'Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami."
"Allah berfirman: 'Keluarkan sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar.' Kemudian Allah berfirman lagi: 'Siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar?' Hingga firman-Nya: 'Siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah (keimanan)."
Jangan suka tipu anak kita, kalau tak mahu dia tipu kita..…
Hebatnya solat di awal waktu...

Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.
Panduan Solat Qasar Dan Jama'
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
i. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.5 Contoh Niat
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
2.0 Solat Jama'
2.1 Takrifan
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
Sumber: JAKIM
Gambaran Hari Qiamat
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Asal 4 Buah Sungai Di Syurga
Aku bertanya kepada Jibril a.s: “Wahai Jibril a.s, dari manakah asal sungai2 ini dan kemanakah akhirnya?” Jibril a.s menjawab, “ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-kausar, asalnya tidak aku ketahui. “Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia menyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok yang besar diperbuat daripada permata yang putih berkilauan manakala pintu2nya daripada takut hijau dan kunci2nya daripada emas.gambar hiasan sahaja
Dan, aku melihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh malaikat dengan bertanya, “tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?” Aku pun bertanya,
Palestin itu jauh dari kita
Adakah kerana mereka jauh dari kita...maka kita...????
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…



