Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Saturday, December 4, 2010

"Siapa yang dalam hatinya ada iman? keluarlah dari neraka!"



Hadis Kudsi....



Daripada Abu Said al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum Mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka mengatakan, 'Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami. Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka.'

"Allah berfirman, 'Pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka.' Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka. Di antara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya. Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata: 'Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami."

"Allah berfirman: 'Keluarkan sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar.' Kemudian Allah berfirman lagi: 'Siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar?' Hingga firman-Nya: 'Siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah (keimanan)."


(Riwayat al-Nasa'i dan Ibn Majah)


No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...