Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Tuesday, January 18, 2011

7 kelebihan dalam setiap hari yang 7



Allah telah menghiasi 7 perkara dengan 7 perkara
kemudian Allah menghiasi pula tiap-tiap 7 perkara itu dengan 
7 perkara yang lain untuk mengkhabarkan kepada orang yang berilmu
bahawasanya 7 itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan
kedudukan yang agung di sisi Allah....

Allah menghiasi angkasa dengan 7 lapis langit,
kemudian Allah menghiaskannya dengan 7 bintang...
Allah juga menciptakan bumi tempat tinggal kita terdiri daripada 7 lapis pula...
setelah itu Allah menciptakan bumi dengan 7 lautan yang besar dan terdiri daripada 7 pintu neraka.
Allah juga menciptakan 7 ayat surah al-Fatihah sebagai pembuka kitab.
dalam ibadah haji kita juga disuruh mengerjakan 7 kali tawaf, saei dan melontar.

Allah menjadikan seminggu itu terdiri daripada 7 hari,
dalam hari-hari tersebut ada kelebihan dan kenangan yang merupakan rahsia utama
Allah sangat besar kekuasaannya dan sangat tinggi kalimatnya serta berterusan nikmatnya...



Wednesday, January 12, 2011

Pilih pilih pilih...;)

Pilih yang awk suka bercakap dengan dia... - kubakoya.com

Dato' Abdullah Hussain




Lahir pada tahun 1920, Sasterawan Negara yang kelapan. Sumbangannya yang cukup penting dalam kesusasteraan Melayu ialah dalam bidang cerpen dan novel. Di samping itu, dia juga pernah menghasilkan puisi, novel dan cerpen asing.


Penghijrahan Abdullah ke Pulau Pinang dan bekerja dengan akhbar Sahabat memulakan usahanya menghasilkan karya. Karya awalnya "Binti Penghulu" diterbitkan secara bersiri di dalam akhbar Sahabat, diikuti dengan cerita "Harta dan Jodoh Menanti di England" sebanyak 38 siri. 


Abdullah mendapat pendidikan di Anglo-Chinese School, Alor Star, Kedah (1937). Dia pernah belajar di Syonan Koa Kunrenzyo (Sekolah latihan Pegawai-pegawai Tinggi) di Singapura ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1943. Sebelum itu, dia bertugas dengan akhbar Sahabat di Pulau Pinang (1939), dan kemudiannya menjadi pembantu pengarang akhbar Saudara pada tahun 1940. 

Semasa di Aceh, Abdullah mengasaskan akhbar Acheh Shimbun. Dia turut sama dalam perjuangan kemerdekaan Indonesia selepas Jepun menyerah kalah dan Belanda kembali ke Indonesia. Pada tahun 1947, Abdullah bertugas sebagai Kepala Polisi Pulau Sabang sebelum kembali ke Pulau Pinang pada tahun 1948 dan bertugas sebagai Pengurus Cardova Trading Company, dan kemudiannya Pengurus Pacific Trading Company di Phuket, Thailand, sehingga tahun 1949.

Pada tahun 1950, Abdullah menjadi wartawan bebas dan mengendalikan majalah Puspa di Jakarta, Indonesia. Tahun berikutnya dia berpindah ke Singapura untuk menjadi wartawan akhbar Merdeka, Berita Indonesia, dan Majalah Merdeka. Pada tahun 1952, dia menjadi Pengurus Empiric Film Company dan kemudiannya bertugas sebagai pengarang majalah Bintang (1955) dan majalah Filem serta Mingguan Warta Masyarakat pada tahun 1957. Setahun kemudian dia bertugas pula sebagai editor akhbar Semenanjung, dan pada tahun 1960 dia dilantik menjadi Pengurus Penerbitan P. Ramlee dan pengarang majalah Gelanggang Filem.

Pada bulan Januari 1961, Abdullah berhijrah ke Kuala Lumpur dan menjadi pembantu pengarang kanan di Oxford University Press (1961-1964) dan kemudiannya pengarang majalah Angkatan Baru. Mulai tahun 1968, Abdullah bertugas sebagai pegawai penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka sehingga tahun 1978. Disini Abdullah turut menjadi salah seorang anggota sidang pengarang majalah-majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, dan Dewan Sastera. selepas bersara daripada jawatannya di Dewan Bahasa dan Pustaka, Abdullah dilantik menjadi Ahli Cipta di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1979-1981) sebelum berhijrah ke Brunei Darussalam untuk berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada tahun 1982. Ketika di Brunei, Abdullah menjadi Ketua Bahagian Penerbitan di samping mengendalikan majalah Bahana dan Mekar sehinggalah dia kembali semula ke Kuala lumpur pada tahun 1992.


Abdullah ialah anggota ASAS 50 dan salah seorang pengasas Persatuan Wartawan Melayu Singapura. Selain itu, Abdullah juga ahli PENA dan GAPENA di samping menjadi pengasas Persatuan Penterjemah Malaysia. Dia juga merupakan penterjemah yang aktif.


Sumbangan Abdullah dalam kesusasteraan Melayu amat besar. Antologi puisinya, Menanti Kekasih yang terbit pada tahun 1948, merupakan antologi puisi Melayu terawal diterbitkan dalam tulisan Rumi. Kumpulan cerpennya ialah Kota ke Kota (1977), Sebuah Pekan Bernama Semporna (1982) dan Cahaya Langit (1987). Novel-novelnya pula seperti Terjebak (1965), Interlok (1971) dan Imam (1995) merupakan rujukan yang penting dalam perkembangan novel di Malaysia.

Selain cerpen dan novel, Abdullah juga menghasilkan autobiografi yang berjudul Sebuah Perjalanan (1984). Dalam bidang kebahasaan, Abdullah menghasilkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (1965), sebuah kamus peribahasa yang masih menjadi rujukan penting di Nusantara sehingga kini.
Abdullah menerima S.E.A. Write Award di Bangkok pada tahun 1981. Dia menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1996. Abdullah juga dianugerahkan Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) pada tahun yang sama yang membawa gelaran Dato'.

Abdullah Hussain lahir pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau, Yan, Kedah.




 

Tuesday, January 11, 2011

Hadith Rasulullah



 "Berdoalah kepada Allah dan hendaklah kamu percaya bahawa Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa dari hati orang yang lalai dan lengah."
(HR: Abi Hurairah)


Rasulullah S.A.W bersabda:

"Kebajikan ialah akhlak yang baik."
(HR: Muslim)

"Orang yang paling Aku cintai dan yang terdekat dengan Ku
pada hari kiamat adalah yang terbaik akhlaknya."
(HR: Bukhari)

"Barang siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian
hendaklah ia berkata yang baik ataupun ia diam."
(HR: Bukhari)







Barangkali...

barangkali kita masih duduk menunggu
barangkali kita sedang tercungap mengejar sesuatu
barangkali kita hanya berdiri terpaku kelu
membatu bisu memerhati serak waktu
tertib berlalu mencantas tiap detik
catan tingkah dan laku
mimpi apa teman
mimpi apakah kawan
kerlinglah di hadapan
tinjaukan perjalanan panjang yang kian pendek ini
barangkali.....berakhir dengan
segunung harapan
hanya aku yang rasakan segalanya
tiada siapa yang pernah cuba mengerti
hati dan perasaan ini.....hancur semua
umpama air di daun keladi tua
menunggu rahmat dan kasih abadi Tuhan.


Allah S.W.T berfirman :



"Dan sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepada kamu dua jalan, 
jalan kebaikan untuk dijalani dan jalan kejahatan untuk dijauhi."


"Syurga-Ku lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. 
nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, 
dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut."


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu
diri mereka dan harta mereka dengan syurga."
(At-Taubah: 111)


"Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."
(Ar-Ra'ad: 28)


"Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu,
sembahlah Tuhanmu dan lakukanlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan."
(Al-Hajj: 77)


Firman Allah dalam hadis Qudsi yang bermaksud:
"Siapa yang tidak reda dengan Qadak dan Qadar Ku, carilah Tuhan yang lain selain-Ku."
(Riwayat Baihaqi)





Spesis baru ikan tanpa mata ditemui



JAKARTA - Sejenis ikan tanpa mata dan katak yang membawa berudu di atas belakangnya merupakan antara spesies baru haiwan yang ditemui sekumpulan saintis di kawasan timur Papua, Indonesia.

Kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Pembangunan Montpellier, selatan Perancis, membuat penemuan itu semasa mengkaji beberapa buah gua, sungai bawah tanah di kawasan pedalaman, Pulau Papua New Guinea baru-baru ini.

"Ikan ini setakat yang kami ketahui merupakan ikan gua pertama yang ditemui di Papua," kata saintis IRD, Laurent Pouyaud.

Penyelidikan selama tujuh minggu itu yang disertai beberapa ahli biologi, pengkaji haiwan dan pakar arkeologi merupakan projek perintis bagi mengkaji kepelbagaian hidupan di rantau berkenaan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Maritim Indonesia dan Institut Sains. - AFP





Laksam

  

Laksam merupakan sejenis masakan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.
Kuah
  1. 300 gm isi ikan
  2. 150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
  3. 4 ulas bawang merah (dikisar)
  4. 4 ulas bawang putih (dikisar)
  5. 1 batang serai (dikisar)
  6. Sedikit halia (dikisar)
  7. 2 kiub pati ayam
  8. Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun dan daun salam (dihiris)
  9. Sedikit lada hitam
Laksam
  1. Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung beras
  2. 1 cawan tepung ubi
  3. 2-3 cawan air
  4. sedikit garam

    Cara penyediaan

    Tepung beras, tepung ubi, garam dan air dibancuh sehingga sebati. Gunakan tudung periuk sebagai loyang dan guna satu senduk adunan bagi setiap loyang. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan kepingan laksam dari loyang dan digulung. Ulang proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Matikan api dan ia sedia unduk dihidangkan.

    Cadangan Hidangan

    Potong tepung laksam anggaran 1 sm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan.



    Saturday, January 8, 2011

    Petua menghilangkan penyakit hati busuk

    Jenis Penyakit Hati: Iri, Dengki, Fitnah, Hasut,
    Prasangka Buruk, Khianat, dan lain-lain

    1. Tidak Banyak Bicara
    Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, gosip dan lain-lain.

    2. Jaga Emosi dan Nafsu
    Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunah maupun puasa wajib Ramadhan.

    3. Selalu Mengingati Allah SWT
    Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-Qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

    4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati
    Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.


    Thursday, January 6, 2011

    Ku pasrahkan...

    Ku memohon dalam sujudku pada Mu
    ampunkanlah segala dosa dalam diri
    ku percaya Engkau bisa meneguhkan
    pendirianku...
    keimananku...
    Engkau satu cinta
    yang selamanya aku cari
    tiada waktu ku tinggalkan
    demi cintaku kepada Mu
    walau seribu rintangan
    yang menghadang dalam diri
    ku teguhkan hati ini
    hanya pada Mu
    ku pasrahkan.
    Allah selamatkanlah hamba ini
    dari segala fatamorgana dunia
    Allah jauhkanlah hamba ini
    dari hidup yang sia-sia.

    As-syams' (^_^)




    Blogwalking.


    Blogwalking....
    dah penat dah berblogwalking malam ni.
    rasa sangat mengantuk sehingga mata pun dah sepet gile dah...ngeh3.
    esok nak kerja so, mesti tidur sekarang memandangkan jam dah pun masuk pukul 3.35 am ....
    baibai all and see u next entri ok hehhee ;)


    Cari Blog di sini

    Anda Mungkin Meminati

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...