Apa2 aje dalam page ini
Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."
Wednesday, April 20, 2011
Kelembutan itu Kebaikan
Tuesday, April 19, 2011
Wednesday, April 13, 2011
Revolusi ku...
Nadi ku degup kencang
Jiwa ku takkan goyang
Keringat kudrat membasahi
Semangat takkan mati
Andai ku jatuh tersungkur
Selagi di kandung tubuh
Akan ku bangun semula
Menggapai bintang
Ku berdoa
Pada Mu Tuhan
Beri kekuatan
Tiada tandingan
Ku berdoa
Dengan nafas ku hela
Ku lihat cahaya
Dunia baru
Revolusi ku
Tuesday, April 12, 2011
Wednesday, April 6, 2011
Sebelum dan selepas; cinta kasih sayang hati
Selalu yg terjadi....
CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.
KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara , nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.
SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.
HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?
Tetapi yg seharusnya ialah...
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah).....hihihihi zaman sekarang
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman
S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa
H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti
Thursday, March 31, 2011
Agoes Salim
Agoes Salim (1884-1954), seorang pejuang yang bergelar Pahlawan Nasional Indonesia dan cendekiawan. Agoes Salim ialah pengasas Partai Penyedar dan menjadi Menteri Luar Negeri (1947-1950).
Pada tahun 1906, Agoes Salim bekerja di Konsulat Belanda di Jeddah. Dia berada di sana sehingga bulan Disember 1911. Semasa bertugas, Agoes Salim mendalami ilmu tentang agama Islam dan hubungan antarabangsa.
Pada tahun 1915, Agoes Salim mula menyertai pertubuhan politik dengan menjadi anggota Sarekat Islam. Dia dilantik sebagai anggota Volksraad (Dewan Rakyat) pada tahun 1921. sehingga tahun 1924. Agoes Salim menjadi orang Indonesia yang pertama menggunakan bahasa Indonesia dalam persidangan Dewan Rakyat di bawah penjajahan Belanda ketika itu.
Agoes Salim meninggalkan Sarekat Islam kerana timbul perselisihan faham dalam pertubuhan tersebut. Dia kemudian menubuhkan Partai Penyedar.
Agoes Salim juga seorang yang aktif dalam bidang kewartawanan. sebelum dilantik sebagai anggota Volksraad, dia merupakan ketua akhbar Neratja (1917-1919). Pada tahun 1927, dia bersama-sama Oemar Said Tjokroaminoto, menerbitkan akhbar harian Fadjar Asia. Agoes Salim pernah mewakili Indonesia dalam Persidangan Perburuhan Antarabangsa di Geneva, pada tahun 1929 dan 1930.
Agoes Salim memainkan peranan yang penting selepas proklamasi Indonesia, 1945. Dia dilantik sebagai penasihat kepada Menteri Luar Negeri dalam kabinet Sutan Sjahrir mulai bulan Mei 1946 hingga bulan Julai 1947. Apabila Amir Sjarifuddin membentuk kerajaan, Agoes Salim dilantik sebagai Menteri Luar Negeri sehingga tahun 1950. pada tahun yang sama, dia dilantik sebagai penasihat kepada Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia. pada bulan Jun 1947, dia mengunjungi negara-negara Timur Tengah untuk memperoleh pengiktirafan atas kemerdekaan Indonesia. pada tahun 1947 juga dia mewakili Indonesia dalam Inter-Asian Relations Conference di New Delhi, India.
Berdasarkan pengalamannya dan pengetahuannya tentang Islam dan pergerakan kebangsaan Indonesia dia diundang memberikan kuliah di Cornell University, Amerika Syarikat dari bulan Januari hingga bulan Jun 1953.
Antara sumbangannya yang lain ialah menyusun istilah ketenteraan dalam bahasa Indonesia untuk Pembela Tanah Air (PETA). sebagai mengenang jasa-jasanya kepada gerakan Islam di Indonesia, dia dianugerahkan gelaran Profesor oleh Perguruan Tinggi Agama Islam Negara di Yogjakarta pada tahun 1954. manakala kerajaan Indonesia pula menganugerahkannya bintang Mahaputra tingkat 1 pada tahun 1960, dan Darjah Kehormatan pada tahun 1961 dan diangkat sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.
Agoes Salim lahir pada 8 Oktober 1884 di Kota Gedang, Sumatera, Indonesia. Dia menerima pendidikan di Horgere Burger School (HBS), dan kemudian belajar secara persendirian. dia meninggal dunia pada tahun 1954.
Wednesday, March 30, 2011
Bila nak kawin
Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak atau bujang lapok
Si dara, ayah takut bergelar andalusia
Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)
Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
(aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)
Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa... haa)
Andai memilih suami/isteri semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)
Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.
Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada
Sunday, March 13, 2011
Setia kasih
Sekali air sungai melimpah. sekali pasirnya pun berubah. itulah falsafah yang menjadi ikutan dan juga bualan. tapi bagiku pula berbeza. sungai mengalir tetap berliku. yang berubah cuma adalah pasir saja. penghujungnya muara. hati ingin berbicara. hati ingin merasai nikmat cinta yang sering diperkata. tetapi sebaliknya
tiada terlaksana. dahan yang patah tiada bersambung lagi. hatiku pasrah dalam mencari mimpi. getar hatiku serta kepayahanku. hanya kau saja sudi memahaminya. setiaku kini hanya satu. dan kasihku bukanlah beribu. biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa...aku tetap setia.
tiada terlaksana. dahan yang patah tiada bersambung lagi. hatiku pasrah dalam mencari mimpi. getar hatiku serta kepayahanku. hanya kau saja sudi memahaminya. setiaku kini hanya satu. dan kasihku bukanlah beribu. biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa...aku tetap setia.
Wednesday, March 9, 2011
Nasib si 'yogurt'
Malam ini yogurt merasa amat kesepian walaupun dikelilingi oleh yogurt yogurt lain.
sedetik lebih yogurt mula menghitung kebarangkalian nasib diri yang bakal menimpanya...
dan akhirnya yogurt mula pasrah,
kerana dia tahu sebentar lagi dia akan menjadi mangsa yum yum yum....
kerana dia tahu sebentar lagi dia akan menjadi mangsa yum yum yum....
Saturday, March 5, 2011
Ketulusan hati
Sedihku sakitku aku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicuba
Demi rahmat-Mu ku memohon
Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah
Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah
Monday, February 28, 2011
Anoksia
Anoksia ialah kekurangan bekalan normal oksigen kepada tisu badan, atau ketakupayaan tisu menggunakan oksigen. Ia juga dinamakan hipoksia. Anoksia anoksik berlaku apabila darah yang mengalir menerusi paru-paru tidak membawa cukup oksigen. Ini boleh berlaku apabila tidak cukup oksigen di udara, seperti pada ketinggian 3000 meter ke atas. Darah juga boleh gagal membawa cukup oksigen oleh sebab kecacatan paru-paru atau oleh sebab halangan dalam saluran udara yang terlibat semasa bernafas. Pernafasan yang cepat dan panjang adalah gejala biasa anoksia anoksik. Keadaan ini biasanya disertai oleh sianosis, pewarnaan kebiru-biruan pada kulit. Kes yang teruk boleh menyebabkan pitam, malah kematian.
Anoksia anaemik berlaku apabila darah tidak dapat membawa bekalan normal oksigen. Keadaan ini berlaku apabila darah tidak cukup amaun hemoglobin (bahan yang membawa oksigen dalam darah atau apabila hemoglobin diubah oleh karbon monoksida atau racun lain. Anoksia lembap terjadi apabila darah mengalir terlalu perlahan sehingga ia kehilangan kebanyakan oksigennya sebelum menyempurnakan alirannya menerusi tisu. Oleh itu, sebahagian daripada tisu menerima sedikit atau tiada oksigen. Contoh, anoksia lembap berlaku semasa suhu sejuk apabila saluran darah di bawah kuku dan di bibir mencerut lalu menyebabkan sianosis pada bahagian badan tersebut. Anoksia histotoksik disebabkan oleh racun yang menyebabkan tisu tidak berupaya menggunakan oksigen yang dibekalkan. Salah satu daripada racun tersebut ialah sianida.
Sumber : Ensiklopedia dunia 2
Sunday, February 27, 2011
Tekad
Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan
Di kiri kanan dugaan cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan
Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba
Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian
Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa
Menggapai cita-cita
Friday, February 25, 2011
Malam ni layanzz encik spiderman3 sensorang
Sampai rumah lebih kurang pukul enam lebih tadi asyu dapat sms daripada osmet asyu. "syu, saya balik kampung tau hari ni...baik baik tinggal sorang kat rumah tu. nurul pun balik kampung juga". alamak..malam ni sorang-sorang la pulak, baru nak gediks buat-buat tayang adiah yang orang bagi ni. silap timing la dorang ni balik kampung hehhee. jadinya terpaksalah asyu layan citer spiderman3 kat tv3 dalam bilik sorang-sorang sambil jenguk-jenguk blog mana yang sempat. dari lepas isyak tadi langsung tak kuar bilik.. nak ke ruang tamu bukak astro terasa macam takut la pulak tetiba ngeh3. sib baik dalam bilik asyu ada tv so layan je lah channel mana yang ada tu...
Jumaat yang penuh berkat! ... hehehe ... sukenya hati dapat adiah : )
Masa lunch tadi ada kawan opis call asyu suruh turun bawah....jeng jeng jeng! tak sangka dapat adiah ni walopun cuak jugak mula-mula tu sebab hari ni bukannya harijadi asyu atau hari yang spesel ke apa...hati dok kata ni mesti dorang dorang ni saja nak kenakan asyu.. last last dorang kata hadiah ni memang untuk asyu. sapa bagi? .....ntah lah sapa bagi. aikk??? takmo lah amik adiah ni...mesti orang lain punya. alaa...dah orang kasi awak amik je lah adiah tu....sapa yang bagi tak penting, yang penting adiah tu memang untuk awak. dengan feeling kompius asyu amik jugak lah adiah tu....
... balik umah pasni baru nak bukak ...
... (^_^) ...
"Projek Rahsia"
Dari semalam asyu dok berkira-kira sama ada nak ambik risiko ni atau tidak.. sempat juga lah dok mundar mandir jalan ulang alik dari dalam bilik ke ruang tamu...pastu dari ruang tamu ke dalam bilik berulang-ulang kali. macam orang tak betul pun ada. sampaikan housemate asyu sorang tu yang tengah dok kusyuk nonton citer saka jentayu sambil mulut ternganga... menegur asyu.. "syu ko kenapa? ain tengok dari tadi dok jalan ulang-alik bilik ke ruang tamu...naik migrain ain tengoklah...kenapa? ada masalah besar ke? kalau ada share lah...mana tahu kalau ain boleh tolong ain tolong.."
Selepas ditegur oleh ain, asyu terus duduk bersila atas sofa sambil menongkat dagu dengan kedua belah tangan. asyu tengok muka ain, sambil buat muka takde perasaan hehhee... nak citer ke tanak citer ni eh....hati asyu mula lah dok monolog sorang-sorang. kang kalau citer sekarang kang...dah tak surprise lah pulak bila projek tu dah berjaya nanti. dan kalau projek tu tak berjaya seperti yang asyu harapkan nanti...maka biarlah projek ni menjadi rahsia peribadi, sekurang-kurangnya asyu dah ada pengalaman melaksanakan projek tu dan projek tu pun nanti takde lah akan gagal terus cuma akan mengambil masa lambat sikit lah untuk berjaya. kesudahannya asyu cuma cakap "takde papee lah ain...cuma kaki ni je gatal nak exercise malam-malam ni tak reti nak dok diam diam" itu je alasan yang sempat terlintas dalam kepala asyu time tu.. ain mencebik sambil berkata "hurmm ye sangat la tu...tanak share sudah..." sambil menyanyikan bait lagu "gemuruh jiwa! semangat membara...dari puncak ingin ke angkasa...bla bla bla..." asyu berangkat ke paip air untuk ambik wudhuk nak solat............................semoga Allah bagi petunjuk.
Pagi ni asyu benar benar nekad nak sahut cabaran tu. risiko tetap ada, tapi mesti cuba mesti berani. kalau tak cuba asyu tak tahu potensi dan kemampuan asyu. bagun tidur pagi tadi seperti ada jeritan suara dalaman yang kuat dari hati asyu menyuruh asyu sahut cabaran itu. "aku mesti daftar pagi ni jugak! aku mesti cuba buat projek tu sampai menjadi! kalau tak buat sekarang bila lagi aku nak buat! takkan nak tunggu esok lusa tulat tubing...atau dah bongkok esok baru nak pikir untuk bekalan hari tua....oh tidak...masa tu aku dah terlambat! masa tu orang sume dah sampai ke planet pluto tp aku baru nak merangkak naik kebulan pakai tali. itu pun belum tentu tali tu kukuh. silap-silap aku jatuh tergolek kebawah. waktu tu kalau dah jatuh tergolek ke bawah lukanya susah nak sembuh sebab dah tua kan kan? kalau aku buat sekarang, sekurang-kurangnya kalau aku jatuh tergolek pun....tenaga aku masih kuat dan sihat dan kalau cedera pun senang sikit nak sembuh dan masa untuk aku mencuba lagi tetap masih ada...betul tak? yang penting kalau buat sekarang tapi gagal...aku boleh cuba buat lagi...cuba lagi...cuba lagi sampai berjaya...!!
Haa..dan sekarang asyu dah pun daftar masuk program tu...so, tak sabar nak tunggu april nanti! segalanya akan bermula april nanti...dari situ asyu akan melangkah setapak, dua tapak, tiga tapak, dan akhirnya bertapak tapak lagi. semoga ilmu yang bakal dikutip nanti dapat membantu asyu melaksanakan "PROJEK RAHSIA" asyu tu. sebenarnya bukan senang nak buat keputusan ni sebab ni projek personal. seandainya asyu berjaya nanti...ini akan menjadi hadiah yang paling istimewa untuk asyu..untuk ayahanda dan bonda asyu jugak!
Dalam masa terdekat sebelum bulan april, apa yang perlu asyu buat ialah cari maklumat yang berkaitan dengan projek rahsia tu sebanyak mungkin....InsyaAllah. Keputusan telah dibuat, tinggal lagi usaha + doa + tawakal dan yakin Allah akan memakbulkan seandainya kita ikhlas melakukan kerana mengharapkan redha-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)



