Berusahalah untuk berikan anak anda susu badan, kerana terdapat banyak manfaatnya.
Apa2 aje dalam page ini
Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."
Wednesday, September 19, 2012
Kenali bahagian kaki bayi anda.
Monday, September 17, 2012
Perjalanan hidup.
Perjalanan hidup...
Hidup adalah perjuangan...
Maka hadapilah ia dengan tabah...
Menangislah kalau itu dapat meredakan...
Suasana hari ini saya rasakan sunyi...sesunyi hati saya. di saat saya melontarkan bait-bait bicara kedalam entri ini, suasana alam semakin suram, sesuram perasaan hati saya. sang matahari akan melabuhkan tirainya, seolah-olah berputus asa memujuk rawan hati saya...
Perancangan pada hari ini adalah untuk menyiapkan report yang sepatutnya saya siapkan pada sabtu lepas, tetapi memandangkan undangan 'rumah terbuka' saban minggu berturut-turut telah membantutkan mood dan focus saya untuk menyiapkannya... maka terbengkalailah report tersebut barang seketika. selepas solat zohor, saya berlama barang sebentar diatas sejadah... bermuhasabah diri, merenung kedalam diri, mencari-cari kekuatan dan kelemahan diri untuk diperbaiki. sejenak tanpa diduga terlontar kata-kata dari bibir saya "ya Allah...apakah kesudahan nasib diri ini...ampunkan kesemua dosa-dosaku, rahmatilah aku ya Allah" sejurus...terasa hangatnya air mata saya jatuh kepipi...setitis dua titis tiga titis...sehinggalah saya teresak-esak. basah telekung dek air mata. entah kenapa saya rasa sayu tiba-tiba, terbayang-bayang wajah ibu ayah adik-beradik diruangan mata. mungkin sebab saya rindukan mereka...mungkin juga mengenangkan diri berjauhan daripada mereka. Allah Maha Besar....yang lebih mengetahui segala gelodak rasa yang tersimpan dihati saya sekian lama.
Selepas aminkan doa, saya sambung semula kerja saya di laptop. 30 minit berlalu tiba-tiba seorang kawan yang saya dah anggap sebagai kakak call saya. pada mulanya saya anggapkan dia cuma ingin berborak dan memberi nasihat yang boleh membina semangat saya, tetapi perkara sebaliknya yang berlaku. memang betul dia menasihati, tetapi apa gunanya kalau sekadar menasihati saya untuk memutuskan perhubungan dengan manusia lain? setiap bait patah perkataan yang keluar dari bibirnya membuatkan hati saya sakit bagai terhiris. sungguh buat pertama kalinya saya kecewa dengan nasihat yang tidak membina darinya. saya sedih kerana dia tidak cuba untuk memahami keadaan diri saya. namun apa yang dapat saya katakan...selain mendengar dan sesekali mematahkan beberapa butir bicaranya yang saya rasakan agak keterlaluan dan tidak releven langsung. saya tamatkan talian...wajah ibu dan abah saya kembali difikiran. saya menangis lagi tanpa kerelaan. alangkah bahagia dan damainya rasa hati andai ibu abah dan adik kesayangan saya ada bersama memujuk hati yang rawan dikala ini....
Apa yang terlintas di fikiran saya ketika ini ialah...kasih sayang saudara sedarah sedaging tidak akan sama dengan kasih sayang orang luar walaupun kita anggap dia sebagai saudara. ada ketikanya dia tikam kita dari belakang.
Kejujuran...apa ertinya kasih sayang dan perhubungan andai tanpa keikhlasan dan kejujuran. seorang kawan, sahabat yang baik akan menasihati kawannya dengan naluri kasih sayang dan keikhlasan untuk membina jiwa dan semangat kawannya...bukan menasihati dengan emosi dengki dan buruk sangka yang boleh mematahkan hati kawan lain....
ending untuk hari ini....saya sedih lagi untuk kesekian kalinya :(
wahai Allah, kuatkan lah fizikal, mental dan nurani hamba Mu yang lemah ini...amin.
sambil tengok cerita 'hanya kau yang terindah' tersentuh pulak hati gua tengok munirah ni menangis.
tema pada hari ini...tema air mata kot huhuu.
Sunday, July 29, 2012
Puasa itu nikmat walaupun sendirian.
Selamat berpuasa...
hari ni dah masuk hari ke-9 kita umat Islam berpuasa.
Seminggu sebelum puasa saya sempat balik bercuti ke kampung. dalam masa seminggu berada di kampung bersama keluarga sempat lah merasa durian dari kebun kecil abah. hari-hari saya makan durian dengan berseleranya sebab masa kat kole lumpur saya begitu kebulur untuk makan durian tetapi disebabkan dalam kepala dah set yang durian yang ada dijual di area kole lumpur tak fresh dari ladang maka saya sanggup menahan kebulur durian hahahaa.. agak memilih walaupun sekadar hendak makan durian.
maklumkan durian dari kebun abah lagi fresh dari ladang dan semestinya lagi sedap dimakan tambah lagi abah bagi makan free jek muahahhaa :) ada dua tiga kali saya berlawan-lawan makan durian dengan abang, sape yang berjaya makan durian paling banyak dia lah juara hahahhaa. semestinya saya yang banyak kalah.
Mak saya pulak macam faham-faham je yang selera makan saya kebelakangan ini makin menjadi-jadi. sebut je nak makan apa mesti mak buatkan dan semuanya saya sebat dengan lahapnya hahaa. terkejut mak tengok saya makan macam tu. iyelah, semasa saya sakit sebelum ni mak masak apapun saya tak selera, kalau makan pun sikit je sekadar nak ambil hati mak yang penat-penat masak untuk saya...imbas balik waktu itu teringat rungutan emak pada saya. mak kata buat penat je dia masak macam-macam tapi saya makan sikit je. waktu tu saya menangis sedih kerana tak mampu nak makan semua makanan yang mak masak khas untuk saya, waktu itu saya sakit dan mak pun tahu saya sakit sebab itu dia sanggup masak macam-macam untuk saya supaya selera makan saya ada. tapi apakan daya, kalau nikmat selera makan dah ditarik..... sekarang ni lain pulak jadinya, ibarat kata seminggu bercuti di kampung mulut saya tak henti-henti menguyah makanan. alhamdulillah, rezeki balik kampung dan nikmat makan oleh-Nya dikembalikan.
Hari-hari terakhir bercuti dikampung sempat lah berpuasa di kampung dua hari bersama keluarga sebelum balik kole lumpur semula. makan sahur, berbuka dan sama-sama pergi terawih dengan ma dan abah serta adik beradik terasa betapa seronok dan nikmatnya...dan dapatlah jumpa dan bertegur sapa dengan beberapa kerat warga kampung di masjid tu, tapi yang sedihnya ada dikalangan mereka yang dah tak berapa nak cam muka saya...sedih tapi rasa kelakar sebab ada yang kata saya adik kepada adik saya disebabkan saiz badan saya yang kecil comel serta menawan ni muahahhaa *
Toleh kiri toleh kanan ramai pulak warga bangla kat dalam masjid tu....pikir-pikir mesti dorang seronok sebab dapat berbuka puasa free...save bajet belanja makan dorang untuk bulan ramadhan ni...alhamdulillah rezeki bulan ramadhan. nikmat betul berada di bumi malaysia ni kan. lepas terawih ada pula disediakan bubur kacang dengan air teh..seronok dapat makan ramai-ramai walaupun tak kenal mereka2 dalam masjid tu. masa nak balik tu kebetulan pulak ada lagi bungkusan juadah berbuka tadi yang terlebih..mereka bagi sebekas pada saya, alhamdulillah lagi... rezeki itu lah yang saya makan untuk sahur pagi tadi. ada lauk gulai ayam, sayur, sambal, ikan masin dan ikan goreng kicap dalam bekas tu. balik masukkan dalam peti ais dan bangun sahur tadi saya panaskan aje. sedap...nasib baik dorang dah asingkan siap2 lauk2nya dan yang lain2 tu dengan nasi. jadi takdelah makanan tu basi. rezeki jangan ditolak, makanan jangan dibazirkan nanti Allah payahkan rezeki kita.. ma dan abah saya selalu pesan macam itu pada saya, setiap kali setan nak menghasut saya supaya melakukan pembaziran mesti saya akan teringat pesanan ma abah saya dan akhirnya terselamat lah saya dari melakukan dosa pembaziran....dan semoga dengan amalan menghargai rezeki itu Allah akan menambahkan lagi rezeki saya untuk dikongsi dengan orang lain pula..amin ya rabb...:)
Setengah jam dari sekarang pulak saya nak ke rumah mak sedara saya di bangi. mereka ajak saya berbuka puasa disana sejak dari minggu lepas lagi. nak tak nak mesti kena pergi juga kalau tak karang sentap pulak mereka tu dengan saya. lepas berbuka nanti saya plan nak berterawih di masjid terapung putrajaya pula. harap tak lupa nak ajak adik angkat saya yang tinggal di putrajaya untuk berjemaah sama-sama dimasjid tu...jumpa nanti nak peluk dia kuat-kuat sebab dah lama tak jumpa kan....
tak sabar dah nak gi bangi...
ok lah, saya akhiri entri saya ni dengan ucapan suci ASSALAMUALAIKUM...dan selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa.
Tuesday, June 26, 2012
...belajar untuk redha...
...dikala sepi, Allah ada di hati...
...dikala sunyi, Allah ada menemani...
...dikala buntu, Allah ada membantu...
...dikala pilu, Allah ada bersama ku...
Rahsia di sebalik solat.
Friday, June 22, 2012
Tahlil
Malam ni ada majlis tahlil di rumah abang din di seksyen 7 shah alam.
petang ini selepas waktu zohor saya akan ke rumah anak-anak yatim di hulu klang kerana ada aktiviti yang akan dilakukan bersama dengan anak-anak yatim disana. sebenarnya dah terasa teruja sangat kerana tak sabar untuk bersama-sama mereka. tahlil malam ni...rasa macam malas nak pergi sebab nun jauh di shah alam sana. jalan dari ampang ke shah alam sudah semestinya jam seperti biasa. malasnya nak menempuh jalan jam melainkan saya bertolak awal kesana, tapi hasrat hati saya nak berlama-lama di rumah anak-anak yatim tu...
sekejap tadi dia dah call untuk ingatkan saya supaya pergi ke majlis tahlil tersebut. saya bagi alasan sebab takut tak sempat nak kesana tepat pada waktunya tapi alasan saya ditepis...jadi, terpaksa lah saya terus merangkak ke shah alam selepas aktiviti bersama anak-anak yatim pada petang nanti.
aku ibarat BUTTERFLY
ketika waktu mendatangkan cinta. aku putuskan memilih dirimu...setitik rasa itu menitis dan semakin parah. bisa ku rasa getar jantungmu mencintaiku apa lagi aku.jadikan lah diriku pilihan terakhir hati mu...
butterfly...terbanglah tinggi...setinggi anganku untuk meraihmu. memeluk batinmu yang sempat kacau kerana merindu...
butterfly...fly away so high...as high as hopes i pray...to come and reach for you...rescuing your soul
that precious messed up false me and you...
jalan ini jauh namun kita tempuh. bagai bumi ini hanya milik berdua. biar ku berlebihan mendekatimu namun ku tunggu....
butterfly...
sejauh mana cinta dia...
mampukah dia menyanyangi dan mencintai seadanya aku?
sanggupkah dia berkorban dan bersusah payah bersama aku
dalam mencari makna cinta dan bahagia...
bahagia hingga hujung nyawa...
bahagia dunia akhirat...
dongeng...
cinta romeo dan juliet seakan dongeng bagi aku...
cinta shah jehan dan mumtaz seakan dongeng bagi aku...
cinta laila dan majnun juga seakan dongeng bagi aku...
habis...cinta yang bagaimana impian aku?
sesungguhnya....
aku amat mendambakan cinta...
seperti cintanya Rasulullah kepada Saidatina Khadijah dan isteri2nya...
cinta dibawah naungan Ilahi...
cinta dibawah rahmat Ilahi...
Friday, June 1, 2012
Lagi HP casing.
Hp casing yang ni syu buat sebelum casing kaler biru tu. menjadi rebutan kawan-kawan opis syu sampaikan ada yang tolak-tolak bahu...muahaha klakar klakar. ada yang suruh syu buat lagi satu casing yang sama sebijik dengan casing yang ni tapi syu tak mau buat. exclusive hasil tangan syu cuma ada satu je kat atas dunia ni... ayat yang membuatkan mereka bengang kih kih kih. kalau ada yang nak copy design pun mesti tak sama sebab hasil tangan individu yang berlainan mesti berbeza kan...kan... ibarat kata, kembar seiras pun tak sama walaupun pada hakikatnya nampak sama iras tapi mesti ada sedikit kelainan yang akan membezakan mereka berdua. betul tak? kalau sesapa rasa betul sila 'like' ehheee...
* gambar ni kawan syu yang snap sebab tu tak cantik.
* bunga kuning tu pun sepatutnya takyah enterprem...menyemak dan mencacatkan gambar casing tu je kan kan...
* harap-harap dia tak baca lah ayat perenggan bawah entri ni...kalau tak................*&*^&%^$*@##^%&%$....
Thursday, May 31, 2012
HandPhone casing.
Monday, May 21, 2012
Friday, May 18, 2012
Ogeechee Bear
Blob Bunny tiga sekawan.
Friday, May 11, 2012
Sudah cukup sudah
Layan aje lah... sudah cukup sudah. pergi main jauh-jauh...syiuuhhh syyiiuuuhhhh...
Thursday, May 10, 2012
Spageti Carbonara Itali.
Bahan-bahan:
1 bungkus spageti, direbus.
1 biji bawang besar, dipotong dadu.
4 ulas bawang putih, dicincang.
10 batang sosej ayam, dipotong dadu.
1/2 sudu makan serbuk pati ayam.
2-3 sudu makan mentega.
1 sudu makan serbuk lada hitam (ikut rasa).
5 biji kuning telur.
Keju parmesan, diparut.
1/2 cawan air.
Garam secukup rasa (jika perlu).
Cara membuatnya:
1. Panaskan kuali yang tidak melekat dan masukkan mentega. tumis sosej, bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan air dan serbuk ayam dan kacau rata. Masukkan spaghetti dan kacau rata lagi.
3. Tutup api dan masukkan kuning telur sambil dikacau. Pasang api semula untuk beberapa saat saja dan padamkan.
4. Masukkan keju dan kacau sampai pekat. Spaghetti ini tidak berkuah. tabur lagi keju itu apabila mahu dihidangkan.
*selamat mencuba...:)
1 bungkus spageti, direbus.
1 biji bawang besar, dipotong dadu.
4 ulas bawang putih, dicincang.
10 batang sosej ayam, dipotong dadu.
1/2 sudu makan serbuk pati ayam.
2-3 sudu makan mentega.
1 sudu makan serbuk lada hitam (ikut rasa).
5 biji kuning telur.
Keju parmesan, diparut.
1/2 cawan air.
Garam secukup rasa (jika perlu).
Cara membuatnya:
1. Panaskan kuali yang tidak melekat dan masukkan mentega. tumis sosej, bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan air dan serbuk ayam dan kacau rata. Masukkan spaghetti dan kacau rata lagi.
3. Tutup api dan masukkan kuning telur sambil dikacau. Pasang api semula untuk beberapa saat saja dan padamkan.
4. Masukkan keju dan kacau sampai pekat. Spaghetti ini tidak berkuah. tabur lagi keju itu apabila mahu dihidangkan.
*selamat mencuba...:)
Subscribe to:
Posts (Atom)








.jpg)