Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Wednesday, June 23, 2010

Putri Tiga Sebilik



Bahan-bahan:
300 gm beras pulut
1 sudu kecil air kapur
1 mangkuk santan
2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
Air secukupnya
Pewarna hijau, kuning dan merah.

Cara-cara membuat doh:
  1. Mula-mula campurkan serbuk beras pulut dengan air kapur untuk dijadikan doh.
  2. Kemudian, bahagikan doh tersebut kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna hijau, kuning dan merah.
  3. Bentukkan doh kepada bentuk bulat kecil dan masukkan ke dalam air panas yang sedang mendidih pada api perlahan.
  4. Apabila ia timbul di permukaan air, angkat dan masukkan dalam air biasa.
Cara membuat kuah:
  1. Mula-mula masukkan santan, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Kemudian, masak pada api perlahan.
  2. Setelah mendidih, masukkan tepung yang dibentuk tadi. Sedia dihidang.

Udang berempah

Bahan-bahan:
15 ekor udang sederhana besar
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
20 gm biji ketumbar (dikisar)
Garam secukup rasa.

Cara membuatnya:
  1. Perapkan udang bersama semua bahan kisar.
  2. Kemudian, goreng udang yang telah diperap tadi.
  3. Sedia dihidang. Enak dimakan bersama sos bawang putih.

Daging Masala

Bahan-bahan:
300 gm daging
1 sudu garam masala
5 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 cm halia (dihiris halus)
2.5 cm kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1/2 cawan susu cair
3 sudu minyak masak
Air (secukupnya)
Garam secukupnya.

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan kemudian tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.
  2. Setelah itu, masukkan daging yang telah dipotong biarkan beberapa minit sambil di kacau, masukkan garam masala.
  3. Masukkan susu cair dan air, kemudian biarkan sehingga mendidih.
  4. Setelah mendidih, kecilkan sedikit api. Kemudian, renih sehingga daging lembut dan kuah sedikit pekat.
  5. Rasa secukupnya kemudian angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kuzi Ayam

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (dipotong 6 atau 8 bahagian)
3 ulas bawang putih (dikisar)
5 ulas bawang merah (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
5 sudu besar rempah kuzi
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1/2 cawan susu cair
3 sudu minyak masak
Buah badam, gajus dan kismis (goreng)
Rempah-ratus untuk menumis.

Cara membuatnya:
  1. Mula-mula basuh ayam dan toskan.
  2. kemudian, panaskan minyak dan tumis rempah-ratus bersama dengan bahan yg dikisar hingga kekuningan.
  3. Berikutnya, masukkan pula rempah kuzi yang telah di bancuh dengan santan cair.
  4. Tumis hingga naik minyak dan masukkan ayam.
  5. Biarkan seketika kemudian masukkan santan pekat bersama susu cair.
  6. Masukkan perasa dan sedia untuk dihidangkan. Taburkan buah badam, gajus dan kismis.

Wednesday, June 9, 2010

Final Fantasy VIII - Cry on my shoulder

Hold Me For A While

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - ان شاء الله

Nasi Ikan

Bahan-bahan:
4 cawan beras (basuh dan toskan)
2 sudu besar mentega
1 cawan minyak (untuk menggoreng bawang)
6 keping ikan tenggiri
5 cawan air
Penumis (buah pelaga, kulit kayu manis dan lada hitam)
10 ulas bawang merah (hiris dan goreng garing)

Cara menyediakannya:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah hingga garing (bawang goreng).
2. Dalam periuk nasi, panaskan mentega, tuangkan air dan masukkan ikan dan bawang goreng.
3. Setelah mendidih, keluarkan ikan dan masukkan penumis.
4. Akhir sekali masukkan beras dan biarkan hingga masak.

Tip : untuk menghasilkan nasi ikan yang enak, pastikan ikan yang dipilih segar. nasi ini juga enak dimakan begitu saja..selamat mencuba..:)

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...