Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Tuesday, September 27, 2011

Stacy - Kisah Dongeng Instrumental




Kisah dongeng ini ditujukan kepada....kawan-kawan yang singgah bertenggek di blog ini.


terimalah...dengan seikhlas hati...
jom kita nyanyi sama2...hehee...:)


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sendu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Lembut hati untuk menyayangi

Ya Allah...
redhai ketulusan hati...
ya Allah...
aku sanggup berkorban demi rahmat-Mu...

*
*
*

hari ni dah masuk hari kedua dia kena tahan kat hospital tawakal.
kelmarin pagi dia ada call aku...
semata-mata untuk beritahu yang dia kena masuk hospital.

puncanya??
dokter kata dia terkena jangkitan kuman.
aku cuma terdiam...
tetapi akal mula memproses setiap patah perkataan yang keluar daripada mulutnya.
terkena jangkitan kuman???
teruk sangat ke sampai  kena masuk ward???
bla....
bla....
bla....

*
*
*

yang pasti hari ini hati aku meronta-ronta nak pegi lawat dia kat hospital.
kenapa tiba-tiba terasa hati ini perlu memberikan perhatian dan kasih sayang yang lebih.
terasa dihati keikhlasan untuk memberikan kasih sayang itu.
tetapi apabila difikirkan balik terasa diri tidak mampu untuk memberi lebih dari yang sepatutnya.
atas alasan-alasan tertentu.
dan alasan itu aku jadikan sebagai benteng untuk tidak menunjukkan rasa sayang itu.
biarlah sendiri yang mengetahui betapi hati menyanyangimu.
tidak perlu ditunjuk-tunjuk...
biarlah sendiri yang mendoakan kesihatanmu.
kerana Allah lebih tahu...
maafkan aku.

sungguh diri ini tidak mampu...


:
)

lebih banyak cinta dan kasih sayang untuk diberikan kepada semua orang yang menjadi kesayangan Allah...


Rahsia surah Al-Kauthsar




RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & 
diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.




:)
Dengan penuh kasih sayang...
syu sayang semua.





Thursday, September 22, 2011

Laskar cinta...??


Hurmm...sang kancil...

Su nak panggil dia ni sebagai encik sang kancil...
borak, dan pastu penat jemari dok reply sms...
sikit-sikit...encik sang kancil suruh bukak surah itu surah ini dan ayat ke itu dan ayat yang ke ini...
pastu su buka quran baca terjemahan ayat seperti yang encik sang kancil suruh...
pastu su buat-buat tak paham sebab nak dia bagi explaination...ngehh ngeh ngeh...
last-last encik sang kancil suruh su dengar lagu ni kat bawah....
lagu laskar cinta....???
hurmmm...apa kes. apa kaitan...
sebelum ni su penah dengar lagu ni tetapi tak penah dengar dan faham betul-betul makna lagu nih..
so, takpe...
sekarang masa untuk renung-renungkan makna lagu laskar cinta...

Wahai jiwa-jiwa yang tenang
Berhati-hatilah dirimu
Kepada hati-hati yang penuh
Dengan kebencian yang dalam


Karena sesungguhnya iblis
Ada dan bersemayam
Di hati yang penuh dengan benci
Di hati yang penuh dengan prasangka


Laskar cinta...
Sebarkanlah benih-benih cinta
Musnahkanlah virus-virus benci
Virus yang bisa rusakkan jiwa
Dan busukkan hati


Laskar cinta...
Ajarkanlah ilmu tentang cinta
Karena cinta adalah hakikat
Dan jalan yang terang bagi semua
Umat manusia


Jika kebencian meracunimu...
Kepada manusia lainnya
Maka sesungguhnya iblis
Sudah berkuasa atas dirimu


Maka jangan pernah berharap
AKU akan mengasihi
Menyayangi manusia-manusia
Yang penuh benci seperti kamu..


Wahai jiwa jiwa yang tenang jangan sekali kali kamu
Mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi


Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
Serta kekuatan untuk menentukhan kebenaran yg sejati


Bukankah kita memang tercipta laki laki dan wanita
Dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda


Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati
Bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata...


so, encik sang kancil...he he he he he
nak gelakkan su takkk?
atau nak suruh su baca terjemahan Al-Quran lagi??



Monday, September 19, 2011

CintaNya lah yang abadi, saya mahu cinta itu.




Kadang-kadang kita berdoa utk kuat tapi kenapa byk dugaan,

kadang-kadang kita minta cerdik tp masalah pula yang timbul,
kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula yang datang...
Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru-hara menjadikan kita tabah...
Hebat kan Allah...semua ada hikmah...

Kalaulah manusia tahu hadis ini:

"Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya) -Diriwayatkan oleh Anas bin Malik

Renung2kanlah...

Ya Allah...
hanya pada Mu tempat ku mengadu dan memohon,
kurniakanlah kepada ku ketenangan hati dan perkhabaran gembira...
Aamiin....



Sunday, September 18, 2011

hati yang sedang keliru

makin lari makin perasaan itu datang...
makin menjauh makin ia datang...
hidup ini sungguh pelik...
hidup ini penuh dengan kejutan yang tidak disangka-sangka...
makin difikir makin pening rasa kepala ini...
perasaan itu datang tanpa diundang...
makin ditepis makin ia mendekat...
tolonglah hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya ini...
hanya Allah yang tahu rahsia setiap kejadian...
hanya Allah yang maha mengetahui...
hanya Allah...
hanya Allah...
jiwa ini terasa berat...
jiwa ini pasrah...
Allah...tunjukkan jalan yang lurus lagi diredhai...

*
*
*
keliru dengan perasaan sendiri
keliru dengan apa yang sedang berlaku
keliru keliru keliru

Kami dua orang sama-sama pening

Sabtu, pagi tadi dapat call daripada best friend forever ajak su temankan dia beli handbag. sib baik su belum buat janji dengan sesapa sebab 10 minit sebelum best friend forever su call ada seseorang kawan  lain call ajak su keluar dating jalan-jalan. disebabkan hari ni mood nak dating jalan-jalan dengan kawan yang lagi sorang tu takde so su setuju temankan best friend 4ever su cari handbag baru.  sebenarnya semalam su merajuk dengan best friend 4ever su ni sebab dia...sebab dirahsiakan... jadi gamaknya hari ni dia ajak su kuar sebab nak pujuk su lah tu....alasan nak cari handbag baru. padahal dia baru je beli handbag keh keh keh. taktik lama. walo bagaimanapun takpe takpe... su kasi dia peluang untuk pujuk su. syiookkk sebenarnya bila ada orang nak pujuk ni. dan nak tengok jugak skill macam mana dia nak guna pujuk su nanti muahahahaa. dah tua2 pun nak bajet merajuk lagi...keh keh keh.

dalam pukul lebih kurang sebelas pagi dia sampai rumah su. sebelum kami keluar dia lepak rumah su jap sambil tengok tv sementara su settlekan kerja rumah. dah siap sumer keje su tanya dia "kul bape sekarang makcik harimau". "dah kul 1.30 lah makcik beruang". "eh, kejapnya masa berjalan... biar benar dah kul 1.30 makcik harimau?? cu tengok jam cu tengok jam...". "betul la...tadi dalam tv dah azan." "eh...betul ke tadi dah azan? kalo gitu biar makcik beruang solat zohor dululah makcik harimau...pastu baru kita gi jalan-jalan....".  maka dengan itu su dengan confidentnya terus ambil wudhuk dan solat zohor. pastu su bersiap-siap. dalam dok syiook tepek-tepek bedak kat muka tu su tertengok jam handphone makcik harimau..... "aikk..makcik harimau ooo makcik harimau...nape jam handphone makcik harimau ni baru kul 12.30? kena betulkan balik jam ni...makcik tersalah setting time ni...sekarang dah masuk time zohor." dengan confidentnya su suruh best friend 4ever tu betulkan balik jam dia. "aku rasa jam aku dah betul la makcik beruang...takde sesapa usik setting pun...". dengan muka yang ala-ala berkerut makcik harimau capai handphone dia. pastu dia capai handphone su pulak... "haa...kalo jam makcik salah jam makcik beruang pun salah tau...ni tengok jarum jam makcik beruang pun baru pukul 12.30 tauu?" asyu pulak dengan muka ala-ala berkerut tak puas hati ambil handphone su ditangan makcik harimau dan kami berdua sama-sama angkat kening dan pastu syu tengok pulak jarum jam tangan syu juga baru pukul 12.30 tengahari.... kepala mula menafsir ni mesti ada yang tak kena nih.. pastu kami sama-sama gelak. "abih tu yang makcik harimau kata tadi dah masuk waktu zohor tu apa ke helnye? makcik dah siap solat zohor dah pun..kah kah kah..sesuka hati ko yek tadi kata dah kul 1.30....". "sebab tadi dalam tv dah azan...makcik harimau menjawab cuba menegakkan benang yang basah." "oooo...dalam tv dah azan yer, berangan yer makcik harimau. ntah2 tadi tu azan dalam cerita tv makcik oiiii...." su tarik telinga makcik harimau dan kami gelak sama-sama. terpaksalah kami tunggu masuknya waktu zohor yang sebenarnya zohor sebelum kami keluar rumah.

lepas zohor kami berdua meneruskan agenda mengukur setiap inci pusat beli belah yang ada di sekitar kole lumpo dan area wangsa maju...destinasi terakhir di wangsa maju ialah wangsa walk. sadisnya apabila dah penat pusing-pusing tapi tak jumpa apa yang kami cari maka kami pun decide nak blah dari wangsa walk. dok cari mesin nak bayar paking kete sampai longgar lutut rasanya baru jumpa. dalam keletihan kami heran caner boleh tak ingat tempat bayar paking tu padahal dah berkali-kali datang bertenggek kat wangsa walk tu...aihhh..apalah nasib hari ini. dua-dua orang dah pening. balik ampang kami singgah pulak kat tesco ampang...adoyaii kawan punya pasal su turutkan aje...
sampai rumah dah penat giler, dah malam...... dah penat tahap merangkak.

walopun penat tapi mata masih lagi gagah takmo tido...sambil layan tenet sambil layan tv...hurmm...bila masa nak tido nih dah masuk sepertiga malam...



Friday, September 16, 2011

Balak mana pulak ni...

Santai-santai sambil kunyah keropok yang aku bawak dari kampung.
kat tv3 ada citer spiderman...pasang tv tapi aku jeling2 camtu jer. sorry lah encik spiderman aka peter i dah ilang fokus kat u...
tangan dok tekan-tekan keyboard, kejap layan encik google, kejap pulak layan handphone. 
kepala lebih fokus kat satu nombor yang tiba-tiba muncul di skrin hphone aku sejak raya pertama tempoh hari. dah naik bosan dah aku dengan nombor mamat ni. tak larat dah nak reply sms nak angkat call. ntah sapa sapa ntah...bila suruh perkenalkan diri dia buat bodo macam mangkuk hayun bertingkat-tingkat. kalo tak respon dikatanya kita sombong. pastu siap ajak jumpa. apa ke bongok lelaki macam gini. jangan harap aku nak jumpa awak saje2. bukan kenal pun. yang dia tu nak main-main, nak sorok sorok apa ke jadahnya. perasan nak jadi jejaka misteri konon...porah. ingat aku suka ke lelaki perangai macam ni. siap suruh teka pulak dia tu sapa. macam lah die tu glemer sangat nak suruh org teka teka...ceitt!
kalu ikhlas nak kawan tu berterus terang aje lah. tonjolkan diri perkenalkan diri. tak payah nak jadi manusia halimunan.
tak suke betul aku dengan lelaki macam ni. nyampah tahap takleh nak kompromi dah ni.
aku bagi tempoh sampai pukul 12 malam ni aje. kalo dia takmo perkenalkan diri juga dan masih lagi kacau aku, lepas ni jangan harap saya nak respon call atau sms awak yer encik bongok...pasni awak jangan sesuka hati kata aku sombong yer bongok. sendiri fikir okeh.

*hati tengah tak puas hati dengan manusia halimunan yang tak reti bagi salam, sesuka hati main terjah jer sms dan call orang...ceiittt! report polis kang!!



Thursday, September 15, 2011

Cerita hari ini

Cerita hari ini...apa cerita?
haaa...ni nak criter la ni...jap amik mood.
pagi tadi saya bersiap hampir sejam depan cermin sebelum pegi kerja.
puas dressing...pastu acara tepek tepek bedak pulak kat muke.
selalu pagi2 kalo mood malas mari sebelum masuk keje saya tepek2 ala kadar aje kat muke.
bedak alas dengan lipstik dah cukup.
tapi pagi ni lain pulak rasanya. lepas tepek bedak rasa tak puas hati pegi basuh muka pastu tepek lagi sampai puas hati huhuuu....ini semua gara-gara adanya majlis sambutan hari raya kat opis su.
memasing pakai lawa2...yang pakai macam mak datin, macam pak arab pun ada.
pendek kata happening lah tadi. makanan pun best2 dan sedap2.
sambil2 makan sambil dihiburkan dengan persembahan.
suka suki hari raya....saja nak seronok2 sambil eratkan hubungan silaturrahim.
berhibur, menghibur dan dihiburkan.
saya juga tidak terkecuali...menghiburkan mereka2 sume plus menghiburkan diri sendiri.
saya menyanyikan lagu senandung hari raya. sib baik tak hujan masa saya nyanyi tu...
maklumlah suara sedap sangat sampai bergegar mikrofon muahahahhaaa...
tobat pasni saya tanak nyanyi lagi....tapi macam nak nyanyi lagilah pulak.



Selamat ari rayer, maap zahir batin okey....:)


Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...