Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Friday, September 16, 2011

Balak mana pulak ni...

Santai-santai sambil kunyah keropok yang aku bawak dari kampung.
kat tv3 ada citer spiderman...pasang tv tapi aku jeling2 camtu jer. sorry lah encik spiderman aka peter i dah ilang fokus kat u...
tangan dok tekan-tekan keyboard, kejap layan encik google, kejap pulak layan handphone. 
kepala lebih fokus kat satu nombor yang tiba-tiba muncul di skrin hphone aku sejak raya pertama tempoh hari. dah naik bosan dah aku dengan nombor mamat ni. tak larat dah nak reply sms nak angkat call. ntah sapa sapa ntah...bila suruh perkenalkan diri dia buat bodo macam mangkuk hayun bertingkat-tingkat. kalo tak respon dikatanya kita sombong. pastu siap ajak jumpa. apa ke bongok lelaki macam gini. jangan harap aku nak jumpa awak saje2. bukan kenal pun. yang dia tu nak main-main, nak sorok sorok apa ke jadahnya. perasan nak jadi jejaka misteri konon...porah. ingat aku suka ke lelaki perangai macam ni. siap suruh teka pulak dia tu sapa. macam lah die tu glemer sangat nak suruh org teka teka...ceitt!
kalu ikhlas nak kawan tu berterus terang aje lah. tonjolkan diri perkenalkan diri. tak payah nak jadi manusia halimunan.
tak suke betul aku dengan lelaki macam ni. nyampah tahap takleh nak kompromi dah ni.
aku bagi tempoh sampai pukul 12 malam ni aje. kalo dia takmo perkenalkan diri juga dan masih lagi kacau aku, lepas ni jangan harap saya nak respon call atau sms awak yer encik bongok...pasni awak jangan sesuka hati kata aku sombong yer bongok. sendiri fikir okeh.

*hati tengah tak puas hati dengan manusia halimunan yang tak reti bagi salam, sesuka hati main terjah jer sms dan call orang...ceiittt! report polis kang!!



No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...