Jika engkau memandang segalanya dari Allah, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusahkan hidup mu, pasti Dia akan damaikan hati mu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidup mu, retaknya hati mu, tetapi itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan Mu.... Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu... bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu...amin ya Rabbal-'alamin...
"Erti hidup pada memberi..."

Sunday, September 18, 2011

Kami dua orang sama-sama pening

Sabtu, pagi tadi dapat call daripada best friend forever ajak su temankan dia beli handbag. sib baik su belum buat janji dengan sesapa sebab 10 minit sebelum best friend forever su call ada seseorang kawan  lain call ajak su keluar dating jalan-jalan. disebabkan hari ni mood nak dating jalan-jalan dengan kawan yang lagi sorang tu takde so su setuju temankan best friend 4ever su cari handbag baru.  sebenarnya semalam su merajuk dengan best friend 4ever su ni sebab dia...sebab dirahsiakan... jadi gamaknya hari ni dia ajak su kuar sebab nak pujuk su lah tu....alasan nak cari handbag baru. padahal dia baru je beli handbag keh keh keh. taktik lama. walo bagaimanapun takpe takpe... su kasi dia peluang untuk pujuk su. syiookkk sebenarnya bila ada orang nak pujuk ni. dan nak tengok jugak skill macam mana dia nak guna pujuk su nanti muahahahaa. dah tua2 pun nak bajet merajuk lagi...keh keh keh.

dalam pukul lebih kurang sebelas pagi dia sampai rumah su. sebelum kami keluar dia lepak rumah su jap sambil tengok tv sementara su settlekan kerja rumah. dah siap sumer keje su tanya dia "kul bape sekarang makcik harimau". "dah kul 1.30 lah makcik beruang". "eh, kejapnya masa berjalan... biar benar dah kul 1.30 makcik harimau?? cu tengok jam cu tengok jam...". "betul la...tadi dalam tv dah azan." "eh...betul ke tadi dah azan? kalo gitu biar makcik beruang solat zohor dululah makcik harimau...pastu baru kita gi jalan-jalan....".  maka dengan itu su dengan confidentnya terus ambil wudhuk dan solat zohor. pastu su bersiap-siap. dalam dok syiook tepek-tepek bedak kat muka tu su tertengok jam handphone makcik harimau..... "aikk..makcik harimau ooo makcik harimau...nape jam handphone makcik harimau ni baru kul 12.30? kena betulkan balik jam ni...makcik tersalah setting time ni...sekarang dah masuk time zohor." dengan confidentnya su suruh best friend 4ever tu betulkan balik jam dia. "aku rasa jam aku dah betul la makcik beruang...takde sesapa usik setting pun...". dengan muka yang ala-ala berkerut makcik harimau capai handphone dia. pastu dia capai handphone su pulak... "haa...kalo jam makcik salah jam makcik beruang pun salah tau...ni tengok jarum jam makcik beruang pun baru pukul 12.30 tauu?" asyu pulak dengan muka ala-ala berkerut tak puas hati ambil handphone su ditangan makcik harimau dan kami berdua sama-sama angkat kening dan pastu syu tengok pulak jarum jam tangan syu juga baru pukul 12.30 tengahari.... kepala mula menafsir ni mesti ada yang tak kena nih.. pastu kami sama-sama gelak. "abih tu yang makcik harimau kata tadi dah masuk waktu zohor tu apa ke helnye? makcik dah siap solat zohor dah pun..kah kah kah..sesuka hati ko yek tadi kata dah kul 1.30....". "sebab tadi dalam tv dah azan...makcik harimau menjawab cuba menegakkan benang yang basah." "oooo...dalam tv dah azan yer, berangan yer makcik harimau. ntah2 tadi tu azan dalam cerita tv makcik oiiii...." su tarik telinga makcik harimau dan kami gelak sama-sama. terpaksalah kami tunggu masuknya waktu zohor yang sebenarnya zohor sebelum kami keluar rumah.

lepas zohor kami berdua meneruskan agenda mengukur setiap inci pusat beli belah yang ada di sekitar kole lumpo dan area wangsa maju...destinasi terakhir di wangsa maju ialah wangsa walk. sadisnya apabila dah penat pusing-pusing tapi tak jumpa apa yang kami cari maka kami pun decide nak blah dari wangsa walk. dok cari mesin nak bayar paking kete sampai longgar lutut rasanya baru jumpa. dalam keletihan kami heran caner boleh tak ingat tempat bayar paking tu padahal dah berkali-kali datang bertenggek kat wangsa walk tu...aihhh..apalah nasib hari ini. dua-dua orang dah pening. balik ampang kami singgah pulak kat tesco ampang...adoyaii kawan punya pasal su turutkan aje...
sampai rumah dah penat giler, dah malam...... dah penat tahap merangkak.

walopun penat tapi mata masih lagi gagah takmo tido...sambil layan tenet sambil layan tv...hurmm...bila masa nak tido nih dah masuk sepertiga malam...



No comments:

Cari Blog di sini

Anda Mungkin Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...