"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya."
Pengajaran doa:
- Dalam pelbagai permintaan yang kita sampaikan kepada Allah dalam doa harian, jarang-jarang kita berdoa agar sentiasa berada dalam petunjuk Allah. Kita juga perlu berdoa agar Allah memelihara kita daripada terpesong ke dalam ajaran yang sesat atau ke arah agama lain.
- Maka doa di atas diajar oleh Allah di dalam al-Quran, surah Ali Imran, ayat ke lapan, agar kita sentiasa berada di bawah petunjuk Allah.
- Melalui doa ini juga kita meminta Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita. Rahmat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk umpama kebahagiaan , ilmu, kesihatan dan sebagainya.
- Doa ini patut dibaca setiap hari, lebih baik sebagai doa lazim selepas solat fardu.
Dari Ibnu Mas'ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."
No comments:
Post a Comment